Friday, June 3, 2011

VIDEO : KISAH CINTA SEPASANG TELUR

salam..

masih tak sihat. ditambah pulak dengan sakit perut. argh. satu-satu datang. huhu sabar je la. tapi serius aku masih mengantuk saat ini sebab aku tak cukup tido semalam. lebih dari 5x aku bangun untuk ke toilet. last-last kejut mama aku. sebab dah tak tahan sangat. alahai..

doakan aku cepat sembuh :)

aku nak kongsi satu video untuk korang ni. video ni hasil tangan 100% . hehe sungguh manis rasanya. kehkeh

KISAH CINTA SEPASANG TELUR


sila lihat. 1minit 7 saat je. kejap je. tapi banyak kisah tersembunyi. hehe


dah tengok? best tak? sweet kan? haha

sesiapa yang nak berhubung dengan beliau, sudi2kan la menjenguk ke blog beliau iaitu..



atau pun ke facebook beliau. terutama yang mempunyai sama minat dengan dia, bab fotografi ni, untuk minta pendapat ke, bertukar2 pendapat ke, boleh la berhubung dengan beliau di..


beliau jugak menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan dan majlis2 lain. dan juga sebagai assistant photographer kepada yang berminat.. sila pm beliau untuk maklumat lanjut ;D

kat facebook beliau, banyak gambar2 hasil tangan beliau. sila la ke sana ye ;)


seronok lihat hasil tangan suka sangat. hehe tambah2 kisah telur tu. rasa sweet sangat2. lepas ni nak lagi la, banyak2 :P

korang rasa apa bila tengok video tu? hehe




Thursday, June 2, 2011

NASI KERABU SEDAP!!

salam..

selamat pagi!! aku bangun awal pagi weh. tak boleh tido sebab teringatkan daniel erish. kekasih adinda evans. sapa adinda evans? anda boleh google sendiri. aku malas nak buat post pasal dia. kehkeh malas la, takkan post aku boleh famous macam post kat entry dia, siap jadi trending kat twitter.. apa2 pun aku nak tulis..


ADINDA EVANS
ADINDA EVANS
ADINDA EVANS
ADINDA EVANS
ADINDA EVANS
ADINDA EVANS
ADINDA EVANS


ok. main keyword la konon. entry hot sekarang ni. okay? kehkeh nak tau sapa adinda evans? pegi google. yang pastinya tak de kena mengena dengan juliana evans. ok, lupakan beliau.

aku nak cerita kisah aku 29 mei pulak. mak ngah dan keluarga kak ita tido rumah aku malam tu, sebaik saja aku sampai di kemaman. 1st time diorang datang. alang2 kan datang dari skudai, singgah ke kemaman dulu. tido semalam..

so pagi2 buta, 29 mei tu, diorang teringin nak makan nasi dagang. so abah pun bawaklah pergi satu kedai ni, abah kata nasi dagang sedap, nasi kerabu sedap.. so aku pun ikut jugak la. takkan nak lepas peluang pulak kan. hik hik

aku tak ingat la kedai tu area mana, sebab banyak aku pejam mata. sebab mengantuk. awal2 pagi kan. hehehe

dua pupu aku. anak kepada sepupu aku, kak ita. nama dia hadif ;D

dah sampai sana, orang tu kata nasi dagang pulak tak da, yang ada nasi kerabu dan nasi lemak saja. lepas tu kitorang pakat2 order nasi kerabu. mama last sekali order sebab dia tak lalu makan nasi kerabu. begitu jugak aku. aku masih terbayang nasi kerabu tak sedap yang penah aku makan dulu. sumpah tak sedap. aku serik dah nak makan. lepas tu aku makan kat tati. sedap. tahun 2009. dah 2 tahun aku tak makan nasi kerabu..

tengok orang lain order, aku terliur. lantas aku mintak sepinggan nasi kerabu. tak nak budu. tambah ayam panggang.

bila nasi kerabu dah sampai..

mama dan abah :)

kak ita dan abg lan :)

mak ngah dan anak2 kak ita :)

terliurnyaaaaaaaa. ayam panggang yang sedappppppp...

ok. semua makan nasi kerabu.


bila makan je, pehhhhhhhhhh. ini baru sedapp. ini betol2 menyelerakan aku. aku rasa nak tambah sepinggan je lagi. kahkah. sedapp. haa. ini baru betol2 buat aku suka makan nasi kerabu. aku cerewet sikit kalau makanan kat sini k. memilih haa. tapi pakcik tu buat nasi kerabu sedap sangat.. apsal ada tempat lain yang jual tak sedap ek?

licin pinggan aku. kui2. sedap sangat kan ;D

hadif :D

lepas tu balik. diorang pun balik.. daaa. byee.

abah abah, nanti makan nasi kerabu kat kedai tu lagi tau. hehe insyallah, ini bulan terakhir aku di sini.

SUSAH NAK CARI NASI KERABU YANG SEDAP, betol ke?



Wednesday, June 1, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN KEMBAR

salam..

aku tak sihat. demam. menggigil badan ini. makan ubat pun tak kebah. tak apa la, online kejap la. mana tau baik kan. hik hik

al-fatihah kepada arwah mr teh sharifuddin kerana meninggal dunia pada pukul 1.20 pm tadi. terkejut sangat. arwah mengajar aku subjek BI di unikl msi selama 3 sem. sem terakhir aku dapat A. alhamdulillah. dia banyak tolong aku dalam BI ni. al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

entry kali ini aku nak bercerita pasal kisah aku pergi jengka, pahang 28mei yang lepas. hehe sori lambat. satu2 nak kena cerita. gambar2 banyak dah aku upload kat facebook. kat sini adalah gambar yang ingin dikongsikan bersama pembaca blog aku..


jom layan2 pic masa kat jengka ;D

ni pic kat rumah pak lang, kat balakong. ;)

mama dan aku. mama nampak cengkung. ke aku yang tembam sangat. agaga.


kami bertolak pada pukul 7.45 rasanya. sampai ja kat jengka tepat pukul 11. cepatkan. tak la jauh sangat dari KL.

tapi malangnya sesat!! hehe ni pertama kali abah dan pak lang ke jengka. jengka kat sini banyak ye. ada jengka 1, 2, 3, 4 sampai la ke 25 kot. ke ada lagi entah. jarak dari satu jengka ke jengka yang lain memang jauh la. hehe kitorang nak pegi ke jengka 7..

berpuluh2 orang dah kami berhenti tanya tapi tetap tak jumpa jugak signboard ke jengka 7. yang ada jengka 10, 9, 8. tetiba jengka 7 hilang. terus keluar ke jengka 5. hahaha mahu tak panik kan..

so berhenti kejap la. masa ni dah hampir pukul 12. sejam berlegar2 dalam jengka tu..

abah tengah bincang dengan pak lang..

cari punya cari, jumpa signboard ni. hahaha rasa nak pengsan..


akhirnya pukul 12.15 kot, baru la jumpa jengka 7. lompat girang tak terkata la. makeup yang pakai dari pagi tadi terus cair. pagi2 comel je semua, dah sampai, comot habis!

inilah felda jengka 7. abah suruh snap pic ni buat kenangan. hehe

kawasan jengka 7..

sampai di dewan.. hehe kenduri ni buat kat dewan ya..



sampai je sana, terus makan. haha kebetulan mama dapat makan sekali dengan pengantin. semua adik beradik sebelah mama la. aku dan abah dapat dok meja VIP. kami berdua saja untuk satu meja. apa lagi, lauk punya la sedappppppp. layanan yang diberikan amat bagus sekali. lebih 3 pinggan kot makan, ratah lauk. ekeke. macam2 la. sedap + lapar..


ni semua sepupu2 aku..

mak ngah dan pak ngah. kak shaliza tu la sepupu aku. aku tak dapat pergi kenduri kat skudai 1mei hari tu. jadinya kitorang pergi kenduri sebelah pihak lelaki. kat jengka ni..

makanan punya la sedap2. puas makan!

acara memotong pulut kunyit. kedua2 lelaki itu adalah kembar. sebelah kiri pasangan hery dan shaliza. sebelah kanan aku lupa nama nya. huhu.

suap menyuap pulak. kak shaliza tu kembar jugak dengan abg sharil. cuma dia belum kawin. tak sangka, jodoh kembar bertemu kembar ;D

amik gambar dengan pengantin..

pengantin dengan pak lang, mak lang dan mak ngah..

ni la keluarga pihak lelaki. ramai kan. hehe sungguh layanan yang diberikan amat baik. berbudi bahasa betol adik beradik abg hery ni. :)

lagi 3 tahun, aku pulak akan duduk di kerusi tersebut. agaga..

aku dan akak :)

mama dan akak :)

mama dapat coklat. hanya utk yang makan di meja pengantin je. nyum2. sedappppppppp..

ini adalah untuk satu kotak. souvenier untuk tetamu vip. kami dapat 5 kotak. hehe punya la banyak. :) air tu sedapppppp..

kami dapat jugak :)

lepas tu, kitorang balik dalam pukul 2.30. balik ke rumah homestay yang mak ngah sewakan untuk adik beradik sebelah akak shaliza. cantikk. rm60 je semalam. berbaloi sangat. tuan rumah siap sediakan kuih muih dan layanan yang diberikan pun baik :)

pukul 3 lebih, bertolak balik ke kemaman..

esoknya............. err kisah esok aku akan sambung pada entry yang akan datang ye. kui3.

kembar bertemu kembar. best kan? hehe ;D abang sharil je tak kahwin lagi. aku pun. keh3

ARTIKEL RAKAN BLOGGER