Sunday, January 2, 2011

TEMAN WANITA KHAIRUL FAHMI SASARAN PEMINAT.

Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2011/01/02
FAHMI dan Aimie Harmelia sudah lama kenal hati budi masing-masing.

FAHMI dan Aimie Harmelia sudah lama kenal hati budi masing-masing.


Penjaga gol nombor satu negara nasihat Elie sabar hadapi dugaan hidup


KUALA LUMPUR: Tempias populariti penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat, turut melanda teman wanitanya, Aimie Harmelia Mohd Hashumi, apabila ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuat akaun Facebook mengutuk dirinya.

Bagaimanapun, lepasan pelajar diploma Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Kelantan itu yang lebih mesra dengan panggilan Elie berkata, dia dan Khairul Fahmi sudah menduga perkara sebegini akan berlaku dan percaya ia tidak akan menjejaskan hubungan mereka.
“Saya tidak berapa terkejut sangat dengan tindakan mereka membuat akuan Facebook mengutuk diri saya kerana sejak awal lagi kami sudah bersedia dan menduga perkara sebegini akan berlaku. Lagipun kami tidak ada masa hendak melayan perkara begini.

“Saya tahu pun daripada rakan. Pada saya biarlah apa orang nak lakukan kerana kita tak boleh hendak sekat sebab tidak tahu siapa yang buat akaun itu. Lagipun benda ini tidak sedikit pun mencalarkan hubungan kami,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Elie berkata, dia bersyukur kerana keluarga kedua-dua pihak memahami situasi yang berlaku dan sentiasa menyokong mereka berdua.

“Keluarga tidak ada masalah, begitu juga dengan Fahmi. Dia sentiasa menasihati saya supaya anggap ini sebagai ujian dalam hidup. Walaupun agak terkilan tapi perkara sudah terjadi tiada apa yang boleh kami lakukan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai laman blognya yang menjadi punca utama timbulnya perkara ini, Elie berkata blognya itu ibarat diari hidupnya dan sepanjang dia menulis di dalam blog, tidak pernah sekalipun dia menyakiti dan menyentuh sesiapa.

“Itu blog saya, tulisan saya, apa yang saya tulis adalah hasil nukilan hati saya... Ibarat diari hidup saya. Tak sangka pula ramai yang membaca blog itu dan menjadikan ia satu isu.

“Ada juga yang cuba mengaitkan Fahmi dengan beberapa artis wanita. Saya tidak cemburu atau risau sedikit pun. Saya kenal Fahmi sudah lama dan kami sudah kenal hati budi masing-masing.

“Sebelum Fahmi menjadi pemain utama kebangsaan lagi kami sudah kenal. Saya yakin dia tidak akan begitu dan mustahil perkara ini akan terjadi,” katanya.

Sementara itu, Khairul Fahmi sendiri menyatakan sudah menjadi lumrah dalam perhubungan diuji dengan pelbagai rintangan dan ini sedikit sebanyak dapat dijadikan ingatan kepada mereka.

“Biarlah apa orang nak lakukan dan cakap mengenai kami. Kami tidak ambil pusing kerana kami yang tahu dan kenal hati budi masing-masing.

“Kita tidak boleh nak tutup dan halang kehendak orang, dan yang terbaik kita teruskan kehidupan dengan sebaik-baiknya,” katanya.



psst. aku respek dengan awek khairul fahmi ni. serius. dia tak mudah melatah dengan dugaan2, sampai ada orang buat fan page semata2 utk mengutuk dia tapi dia sikit pun tak mengamuk. memang respek. bertuah sangat2 khairul fahmi dapat awek macam dia. sama2 la kita doakan kebahagiaaan diorang. bukan dengan mendoakan yang buruk2 tentang mereka. kebanyakan orang yang dengki ni orang yang jeles tengok kebahagiaan orang lain. terlalu obses pada khairul fahmi sampaikan terpaksa buat macam2 untk menjatuhkan maruah kekasihnya. aih, manusia jenis apa la tu..

semoga bahagia ye. :)

Saturday, January 1, 2011

6 LAMAN WEB SOSIAL AKU. KEH3

salam

arini masih lagi 1jan. hehe lambatnya masa berlalu. hehe ni entry kedua aku tulis arini. saja boring2 tadi. aku tengah taip ni sambil tengok drama lepaskan aku pergi. lakonan aaron aziz yang kacak2 dan sangat2 kacak walau pun ada anak2 dah.. hehe

banyak sangat laman web sosial dalam hari ini. macam2. banyak yang aku dah buang. antaranya skype dan hi5. itu memang betol2 aku bosan sampai aku delete terus. haha. dasyat kan.. weee.

jom2 lihat 6 laman web sosial yang aku ada.


twitter. lama dah aku buat tapi baru2 ni je aku aktif balik. skrg tweet aku dah 1000. masa aku print screen ni, belum sampai 1000 lagi. haha best gila rupanya twitter ni. hoho background gambar haris idola kecil 3. motif?? saja =p aku sayang twitter banyak2. follower baru 81



tagged. tagged yang kedua aku dah buat, yang 1st aku dah delete. yang num 2 ni aku tak guna nama aku. keh3., saja. aku tak nak org kenal aku. gambar pun aku crop letak mata je. keh3, skrg friend dah 300++. nak add? grr, search sendiri :P


ni kegilaan aku dulu. sumpah sangat gila dengan myspace dulu. ni myspace keempat aku. guna emel skrg. 1st emel, ex aku, fazlan buatkan. num2, aku buat tapi bila dah putus, pasword pun dah tak boleh bukak. aih. num3, 'kawan' nama ijal buatkan. budak gombak. ada je sampai skrg. tapi aku tak penah bukak dah. yang tinggal hanya kenangan. hihi yang ni arief buatkan. kawan masa sekolah menengah, background tu ali budak grup 1989 buatkan. hoho sweet kan. ada bunga2..aku dah lama gila tak on9 myspace. budak2 dulu je, skrg dah matang okay. :P friend ada 2800+


frienster! haha friendster ni dulu pun kegilaan aku jugak. sangat2 la kan. dan friendster yang menemukan aku dengan faiq. background? comel kan. aku suka. bulat2. hehe warna dia lembut je. aku jarang dah bukak friendster. yang tinggal hanya kenangan.. friend ada 941


formspring. dulu aje hangat membara bila buat ni. haha skrg dah tinggal hangat2 tahi ayam. erk. soalan 754 aku tak jawab lagi.. arghh.bila ntah nak abis jawab soalan2 ni,, aih. penat kot. dah berbulan2 aku tak tanya org, org still tanya aku lagi..wuu. background? sedap kan kek tu =p


facebook. HAHA kegilaan remaja masa kini. sapa yang tak de facebook, susah nak jumpa la kan. ada jugak la tapi tak ramai. hoho. kawan ada tak sampai 700. hehe hanya yang betol2 kawan je akan stay dalam fb aku. banyak dah aku remove. blogger pun ramai. nak add? search saja. bagitau dulu anda blogger :P


majoriti pink kan? haha sebab aku suka pinkkkk!!

laman web sosial apa yang korang ada tapi aku xde?

SAMBUTAN TAHUN BARU 2011 DI PADANG ASTAKA, KEMAMAN

salam!

wah. internet sangat la laju. hoho walaupun hujan kat sini makin hari makin lebat, tapi tak ganggu pun internet ni. keh3. yang terganggu adalah aku kerana kesejukan yang amat sangat, nak tido pon tak boleh sebab rasa sejuk sangat2. adesss!

selamat tahun baru kepada semua. mulakan dengan azam tahun baru yang lebih baik dari sebelumnya. semoga tahun 2011 akan meninggalkan 1000 kemanisan pada kita semua :) 

semalam 1st time sebenarnya aku pergi sambut tahun baru secara live kat luar. sebelum2 ni kat depan tv aje. haha kat umah aje. yela, dulu kan duduk KL, kalau KL xpayah cakap la kan. sesak gila2 ar. baik duk depan tv. boleh tengok muka artis dekat2, nampak jerawat. hihi.

ok, semalam pergi kat padang astaka kemaman. selalu ada event kat sini. selalu jugak kitorang lepak kat sini. aku pergi dengan family aku la. mana ada kawan kat sini. aku tak pernah nampak pun kawan2 sebaya aku kat sini. adess. haha tapi ok jugak. keluar dengan family lagi best

sampai je sana, aku dan mama aku singgah kat karnival sebelah padang astaka tu. tunggu cabutan bertuah. tapi tak bertuah pun malam tu. ades. hoho sempat rembat 4 helai tudung. buat kali terakhir, hik3. sementara ada duit ni kan. skrg dah tak de duit dah. haha

jom, gambar menceritakan segalanya.


5minit sebelum bunga api meletup. err. aku baru pergi padang astaka ni. hehe


hujan rintik2.


tapi ramai jugak ada. siap pakai payung. kamera aku ni dah la bukan kalis air.


penduduk kemaman sedang menanti saat jam 12 tengah malam


alalala cute nya baby ni. sempat snap gambar dia. asyik pandang aku je. abis la mata dia kena flash. hoho


kamera aku ni, aku angkat tangan tinggi2. aku tak setinggi ni okay. poyo je, hakhak



tengah kira saat2 ketibaan tahun baru!


ramai yang tak lepaskan peluang merakam detik2 terbabit


sama2 mengira


pong pang pong pang. haa, dah keluar , dah tepat pukul 12. bunga api sekali je meletop. hakhak. aku tak sempat rakam. keh2







ramai yang dah balik masa ni


dia pandang aku, aku snap gambar dia. kah2, mintak2 dia tak de blog


lepas tu ada beberapa persembahan utk semua. dari band2 kat kemaman


kelihatan, datuk seri ahmad sabery chik dan balqis idola kecil 3!


argh. masa ni gelap pulak. ades dapat tengok balqis depan mata weh. agak teruja la kan. sebenarnya time aku dok tunggu cabutan bertuah kat karnival tu, balqis dah nyanyi dah kat padang tu. abah la cakap. dia tengok.wuwuwuwu. sempat tengok kejap aje la. wee. sedih dowh.


baju dah la sama warna dengan aku. pattern je lain2. hakhak. kamera pulak kabur2 masa ni sebab hujan rintik2. argh. xpala, aku dah rakam segalanya dengan mata aku sendiri, best woo dapat tengok balqis yang aku minat2 kat depan mata =p


datuk seri ahmad sabery chik pulak menyampaikan dua buah lagu





gelagat seorang pakcik yang menghiburkan hati penonton. hoho.







berduet dengan amirah. aku dah lupa sapa dia. huhu nama je ingat



hoho best masa ni, pakcik tu diajak naik ke pentas. memang gamat la suasana kat sini. macam tengok konsert artis popular. hehe



otw nak balik. ramai dah yang balik..


sempat mengabadikan kenangan kat depan jam besar kat kemaman ni. hehe


aku sampai umah 1.30 pagi kot sebab kitorang pergi makan dulu. hehe



memang best la. haha suka2. mata mengantuk gila tapi gagahkan diri jugak. aku rasa semakin hari semakin best pulak dok kat kemaman ni. haha nak tak nak aku kena belajar jugak untuk mencintai tempat tinggal aku sekarang..heee



haa. tudung2 yang aku dah beli kat karnival tu sepanjang berlangsungnya karnival tu. keh3. ada 13 pasang. fuh! kalau pergi je mesti beli. hakhak


happy sangat bila BEN ASHAARI iaitu blogger terkenal request nak follow twitter aku, sumpah dia memang tak penah sombong :)


ok2. selamat tahun baru ye kawan2 semua. :) dan happy birthday pada yang lahir pada hari ini. hehe.


update: pelakon tiramisu, faizal yusof, bekas suami siti nordiana telah disahkan meninggalkan dunia di hospital pusrawi kerana serangan jantung. sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau. al-fatihah.

ARTIKEL RAKAN BLOGGER