Pages

Friday, September 23, 2011

TAK RUGI BELI TIKET RM8 MENONTON BINI-BINIKU GANGSTER

salam..

seperti yang semua tahu, filem bini-biniku gangster telah ditayangkan di pawagam pada 22/9/2011. dan kebetulan hari khamis tu aku memang cuti. punya seronok tak terkata sebab boleh tengok wayang hari tu ;p

err. kejap. meh nak cerita serba sedikit pasal bini-biniku gangster ni..

poster..

pelakon

shaheizy sam : HERRY
yana shamsuddin : MANJA @ KAK YONG
intan ladyana : REANNA


penerbit : DAVID TEO
pengarah : ISMAIL BOB HASHIM
penulis skrip : YANA SHAMSUDDIN dan FADZIL ZAHARI


sinopsis

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.




pendapat aku.

filem ni kekuatan ceritanya terletak pada shaheizy sam dan yana shamsuddin. jujur dari hati aku, memang hebat lakonan diorang. terutamanya yana shamsuddin. lakonannya sangat menyerlah dan aksi yang ditonjolkan membuatkan aku kagum.. whoaaa. ditambah dengan kehadiran intan ladyana betol2 melengkapkan kisah ini.

ditambah pulak dengan watak mat saja, memang tak kering gusi la. haha lawak gila~ best2. pelakon baru ek dia? tak pernah nampak pun. hee. pelakon2 lain, boy nurul iman, dengan zul, memang lawak. kiranya penyeri di dalam filem ni.

masa mula2 aku tengok trailer, aku tak sangka apa akan jadi pada endingnya. memang terkejut ar. korang takkan percaya sapa gangster yang sebenar2nya. ahaks.

nak tau endingnya?? kena la tengok sendiri ye. hee. kang aku cerita, spoil mood korang pulak ;p

mak aku pun puji filem ni. langsung tak boring. asyik2 berlawan je. kat dapur pun boleh nak bergado, haha..

shaheizy sam, anda memang hebat! yana shamsuddin, anda semakin mendapat tempat di hati peminat ;)

tak rugi la beli tiket rm8 untuk tengok filem ni! kalau la tiket rm20 pun, aku tetap tak rasa rugi sebab langsung tak mengecewakan para penonton!! hee.


'suami didahulukan, pencapaian diutamakan'

menanti tayangan filem al-hijab pada 6.10.2011 pulakkkkkkkkk

itu pendapat aku je la. hati aku, mata aku. orang lain tak tau la pulak macam mana. hik3 lain orang lain citarasa =p

15 comments:

  1. rse nk g tgk je
    :D
    acting dieorg terbaek la kan...

    ReplyDelete
  2. ala jeles nya
    sorg2 buat entry ckp cita nie best
    nk g tgk jgk lh

    ReplyDelete
  3. ooo... tunggu pirate la... muhahaha...

    ReplyDelete
  4. mcm best tp x de mse kod nk g tgk.
    huhu

    ReplyDelete
  5. best eh?? nati ada masa aku nak tgk ah tp aku kureng suka si yana tuh

    ReplyDelete
  6. Aku harap bini aku pun gangster macm aku..kifkifkif

    ReplyDelete
  7. nk tgok esok...ngee~
    dtg folo sis nieyyy >.< peace

    ReplyDelete
  8. tk sabar nak tgk

    tp tgk bila suami donload

    hehehe

    ReplyDelete
  9. ye ke best... nanti ada masa lah saya terjah panggung wayang ngan kawank2.. ehe

    ReplyDelete
  10. berminat jugak nk tengok filem ni.
    cuma takde masa free dan kawan nk temankan. hehe

    ReplyDelete

Please smile. It's sadaqah and people will feel easy with you. Please. Smiling is a manner.

And whatever you do of good deeds, truly, Allah knows it well

Everybody, thankyou, for everything, every single small thing. May Allah bless all of you, all of us.