Pages

Monday, July 11, 2011

SELAMAT TINGGAL KEMAMAN..


salam..

internet sudah kembali pulihhh! haha tengok, bukan sebab broadband aku dah limit, tapi line kat sini yang bermasalah. 2hari pulak tu. tapi kan, kakak maxis tu salahkan aku pulak. hehe tetiba petang tadi internet dah okay, jalan lalu luar biasa sampai aku boleh tengok kl gangster tadi tanpa perlu loading2. hakhak.

ok. berita gembira aku umumkan sebesar hati.

hari ni aku akan pulang ke kulim!!!! yeayy., gila punya happy. nak tau sebab apa? dah 8 bulan aku tertinggal kat kemaman ni haaaaaaaa. dah macam2 kenangan pahit manis aku tempuh. menangis, meraung bila abah asyik tak dapat cuti nak balik kulim, bayangkan, kitorang start plan nak balik raya cina hari tu, terpaksa ditangguh2 akhirnya sampai la bulan julai! bergelen2 dah air mata aku dicurahkan di sini.wuwwuwuw.

dan bila abah kata semalam, esok balik kulim. pehhh. punyala seronok.

ketika entry ini anda baca, aku sudah on the way balik ke kulim. aku buat auto publish la. hehe sekarang ni, masa aku tengah menaip, pukul 10 malam. hakhak. esok baru aku publish. err..

perancangan untuk harini, bertolak 5.30 pagi lepas tu nak singgah KL, untuk shopping untuk raya. Insyallah. hehe lepas habis shopping terus balik. agak kelam kabut la, sebab tak nak la sampai kulim sampai lewat malam. so beli je la apa yang kita nampak :P

8 bulan tak balik, aku tak tau rumah aku jadi macam mana. hehe hutan kah? aiyookk.. berdebar2 aku. hik hik.

banyak benda nak kena settle kat kulim, aku nak konvo bulan 10 ni, dan macam2 lagi la selain banyak perancangan dengan buah hati. :P wahh 8 bulan tak jumpa tauuuuuuuuuu. haha..

nak blogwalking rasanya tak sempat lagi buat masa sekarang. minggu ni je kot. insyallah aku akan kembali seperti biasa bila semua dah settle. terima kasih ada yang sudi singgah blog aku.

banyak lagi hadiah contest/GA yang aku belum dapat. so? hehe yang aku menang start bulan julai aku dah kasi alamat rumah  yang lepas2 punya tak dapat2 pun lagi, banyak jugak la. yang dah lebih 2bulan pun ada dan ada yang aku dah bagitau awal2 aku nak balik kulim. hehe aku risau hadiah hilang aje. nak buat macam mana, redha aje la :)

aku takkan balik kemaman kot. mungkinlah. abah dan mama tetap dok kemaman. aku je dok kulim :)

doakan aku selamat pulang ke kulim! :)

selamat tinggal kemaman. jangan rindu aku. hihi

13 comments:

  1. berhati-hati di jalanraya okey....selamat sampai..

    ReplyDelete
  2. Salam, fatin. Dah sampai rumah...? Hehehe... Cerita la ya....")

    ReplyDelete
  3. nak ikut..heeee..

    balik cepat2 kat blog ni tau..heee

    ReplyDelete
  4. abah sanggup beli astro first semata-mata nk tgok kl gangster..kamo download eh yang?

    ReplyDelete
  5. kirim salam dgn semua org kulim..hihi..*_*..take care..

    ReplyDelete
  6. take care ye fatin..

    owh ye,fatinade mnang dlm GA la..xtau la fatin dh tau ke blum..

    http://dilazfamily.blogspot.com/2011/07/pemenang-3rd-giveaway-dilaz-family.html

    ReplyDelete
  7. wah balek kulim ek...
    ati2 balek..
    takecare ye.. cci
    doakan sumenye berjalan
    dengan lancar amin ;)

    ReplyDelete
  8. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip tip cuci enjin kereta

    Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

    uihhhh k untuk kemaman K juga untuk kulim good luck disana yerr

    ReplyDelete

Please smile. It's sadaqah and people will feel easy with you. Please. Smiling is a manner.

And whatever you do of good deeds, truly, Allah knows it well

Everybody, thankyou, for everything, every single small thing. May Allah bless all of you, all of us.