salam
ini entry pasal salah sorang kawan aku. aku baru perasan, ni tahun ketiga aku menulis tentang beliau pada 18 februari. kali ketiga. kiranya juga, ini tahun ketiga aku menulis blog. aku mula menulis blog bulan februari tahun 2009.
sebelum tu, jom tengok post pasal beliau sebelum2 ni:
mari singkap kisah perkenalan kami dahulu.
lupa nak bagitau, aku namakan sadeline vateria sebagai iceq. haha dah memang itu nama panggilan beliau. ringkas dan senang nak taip. hik hik
kitorang kenal kat dunia alam maya. kat laman sosial friendster. aku rasa tahun 2008. sebab masa tu aku baru pakai broadband dan baru menjebakkan diri dengan grup 1989 kat friendster. masa tu facebook tak de lagi. so yang ada hanyalah myspace dan friendster. masa tu memang rapat sangat2, so setelah lama kitorang dalam grup tu, ada la dalam beberapa bulan, diorang plan nak buat gathering untuk grup 1989. iceq dan amad yang handle. aku ikut aje. lagipun masa tu aku dok kat KL lagi.
dan inilah pertemuan pertama kami:
kat KL SENTRAL. on the way nak pergi Mid Valley.
9 orang masa tu yang datang. sikit tapi serius meriah. bayangkan antara 9 orang tu, kitorang tak pernah berjumpa langsung. so itu pertemuan kali pertama untuk kami 9 orang. masing2 tak penah jumpa dengan diri masing2.
lepak, makan, borak2, berkongsi cerita dan macam2.
ini gambar sebelum balik. masa ni singgah makan. 2x kitorang makan masa jumpa tu. heee~
opss lupa. kitorang buat 1st gathering pada 28/11/2008.
lepas tu grup 1989 sepi. sejak adanya facebook. ramai yang berhijrah ke facebook. termasuk aku. dah lama aku tak jenguk grup tu. lama sangat. terlalu banyak suka dan duka dalam grup tu untuk dikenang. terlalu banyak. kerana grup tu la, kitorang boleh jadi kawan rapat. tak kira laki atau perempuan. semuanya sama saja ;D
masuk tahun 2010, pertama kali hubungan aku dan iceq dilanda goyah. atas satu peristiwa yang aku takkan pernah lupa, aku menarik diri dari grup 1989 tanpa desakan sapa2. sebenarnya diorang ada tubuhkan grup 1989 kat facebook. tapi entahlah. mungkin kerana seseorang yang aku tak penah kenal langsung dari grup 1989 friendster, tetiba datang tanpa diundang. aku mengundurkan diri dari grup 1989 facebook. aku remove private grup 'family 89' dan grup 1989 for malaysian.
dan hubungan aku dengan iceq, goyang sangat2, atas satu peristiwa jugak, aku dengan dia langsung tak bertegur sapa. hati aku sungguh tak tenang. dia jugak,. aku tahu bila dia luahkan segalanya dalam blog. masa tu aku rasa sedih sangat tapi entahlah, ego tinggi dan aku tak mahu mengalah. dan aku rasa salah aku juga kerana meninggalkan dia tanpa sebarang kata. aku cuma tidak mahu mengeruhkan keadaan sebenarnya.
dalam seminggu kot kitorang tak bertegur sapa, walau iceq ada tegur tapi serius, aku macam dah tawar hati, dingin, sepi. dalam seminggu dan satu malam, kitorang bertemu dalam ym. aku tegur dia dulu. dan masa tu ada la beberapa jam kitorang ym, luah segala perasaan, hentam sesama sendiri, semua yang ada dalam hati, semua aku luahkan malam tu. segalanya2, aku menangis2 masa tu. serius, aku sayang kat dia., tapi entahlah. malam tu jiwa kacau sangat2. setelah kitorang melepaskan segalanya2 dan malam tu kitorang kawan balik. dan jiwa aku dan dia tenang.
kitorang amik masa yang lama jugak untuk kembali rapat macam dulu. bukan automatik kitorang terus jadi rapat. dan alhamdulillah, kitorang dah jadi macam dulu. bergunanya saat kitorang lepaskan segala perasaan masa tu. sungguh.
dan hari raya puasa yang keempat tahun 2010, kitorang jumpa lagi. kali ni dia datang beraya kat sg petani kedah, dan kitorang plan nak jumpa kat penang. tapi sampai kat pasific aje sebab sesat. hakhak. iceq datang sambil ditemani, kawan baik beliau, iaitu famy, famy pun kitorang kenal dari grup 1989 friendster. cuma ni 1st time jumpa dia.
ni gambar2 pertemuan kedua kami di mc donalds, pasific.
sedap kot tengok dia makan. aku yang terliur. wuwuwu
budak kecik makan triple cheese burger, pergh..
siapakah jejaka di sebelahnya?
iceq dan famy.
aku dan dia. tak banyak bergambar masa ni sebab malu-malu kucing lagi. meowwww~ kahkah aku pegi jumpa iceq dengan okay. haha jadi photographer jer.
dan sekarang, aku baru faham. kerana pertelingkahan itu, sebenarnya yang mengeratkan lagi hubungan. kenapa aku cakap macam tu?
>> aku dan iceq kawan rapat dan gado gado gado dan bila ada sesi meluahkan perasaan, akhirnya hubungan itu kembali pulih.
>> aku dan abil. antara BFF aku. sama macam iceq. aku kenal kat grup 1989. yang bezanya kitorang tak penah jumpa. kitorang penah jadi rapat sangat2, lepas tu bergado dan berbulan2 lamanya, tu gado sebab ada orang tolong lagakan, dan bila sama2 sedar salah siapa, hubungan tu kembali pulih.
>> aku dan lynna, BFF aku jugak. sama macam iceq dan abil. kenal kat grup 1989 gak. aku penah jmpa lynna sekali. kat queensbay. dulu pun kitorang rapat dan atas sebabnya yang sama macam aku dan abil, kitorang bergado. dan setelah sekian lama, kitorang rapat balikk. tu yang boleh berjumpa dan sampai sekarang kitorang tetap rapat.
satu ja sebab yang aku tak pernah benci diorang, diorang tak penah hasut aku supaya jangan kawan dengan orang lain. tak pernah. :)
12/2/2011, mesej dari iceq:
IF I HAD A FIGHT WITH U, I'LL FORGIVE BUT I WONT FORGET. AND I HOPE U'LL BE THE SAME. DONT FORGET THE AWFUL FIGHT SO WE WONT FORGET THE SAME MISTAKE IN THIS PRECIOUS FRIENDSHIP.
dan hari ini, hari kelahiran beliau. yang ke 22 tahun. usia makin meningkat.
selamat hari lahir yang ke 22 tahun wahai sadeline vateria. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, semoga persahabatan ini kekal selamanya. apa yang terjadi pada hubungan kita dulu, kita jadikan pengajaran dan jadikan panduan untuk kukuhkan lagi persahabatan. semoga berjaya dalam hidup, semoga menjadi pakar forensik yang berjaya, semoga kita dapat merasa kebahagiaan dan takkan pernah ada orang pun yang akan cuba putuskan kita. semoga err err. jangan lupakan aku XD
masa ni beliau dating dengan nabila kat melaka. jeles! haha
sadeline vateria.
panjang pulak entry ini. hehe terima kasih kepada korang sebab sudi baca sampai habis. nak kenal2 dengan iceq? oh no. aku tak kasi. huahuahua. :P
entry pasal BFF yang lain, akan menyusul. lynna bulan april nanti dan abil bulan ogos nanti. hoyehh!
bacalah dengan hati bukan hanya dengan mata. err err. ayat baru. kehkehkeh
drama itu perlu klau nk persahabatan kekal lama..hehehe
ReplyDeletebetul:) setuju sgt..:)
ReplyDeletesemoga persahabatn kamuu kekal selamanya yer..
ReplyDeleteterharu lagi!!! n this time it's super duper terharu! haha..
ReplyDeletemillions and greatest thanx untuk kamu sayang, ehehe..
igt lagi masa gado2 tu, aku igt ko marah org lain, rupanya ko marah aku.. tp aku xpenah perasan.. huuu.. tp skg sume dah kembali normal.. happy sangat2 tau!! :DD
n lagi sekali aku pesan, apa2 yang aku wat silap, sila gtau cepat2! n tego aku.. xmo dah gado2 truk cam dlu, pedih ow.. rasa xtenang dia sama cam rasa xtenang masa clash ngn faris n ehem2 tu.. :(
*i'll keep this friendship forever, even god had set us apart.. :D
biasalah kawan mesti ada gado2 kan..hehe
ReplyDeletewah ..melalui alam maya !
ReplyDeletesemoga persahabatan itu kekal .
wah~ best nya ada bff :)
ReplyDeletewah!bestnye~t ley la bnje cipa pulak..heee~:)cipa dtg bwk award..amek tau!
ReplyDeletehttp://nurfazilaharsat.blogspot.com/2011/02/award-utk-sume-follower-cipa.html
sahabat dulu, kini dan selamanya...bagus BFF awak tue
ReplyDeletekecik molek org nye.. semoga pershbtn kamu kekal.. =D
ReplyDeleteJom Kira BMI
kak, jom tukar banner nk?
ReplyDeletesetuju.pergaduhan tumengeratkan lg hbgan bile ia kembali jernih..
ReplyDelete