salam
facebook aku dah okay. sebenarnya bila aku dapat balik bukak facebook, aku tengok status orang lain. ramai yang kata diorang tak boleh bukak facebook jugak. jadinya bukan internet aku la masalah tapi faceb0ok! grr. pukul 6.15 petang, akhirnya facebook aku dapat dibuka.
aku rasa sindrom ketagihan facebook dah datang balik. dulu2 aku ketagih twitter tapi sejak2 aku asyik dok main baking life ni, aku selalu ada kat facebook. dulu rasa malas sangat nak bukak facebook. punyala malas. bayangkan tadi tak boleh bukak facebook, aku gelisah!! bebel tak payah nak cakap la kan. pot pet pot pet. hahhaa!
antara ciri-ciri orang yang ketagihan facebook
1) bukak laptop je, connect internet je, terus bukak facebook.com. aku pun macam tu. walaupun aku ada blog, tagged, twitter dan lain-lain, aku tetap buka facebook dulu.
2) sentiasa terbayang apa ada dalam facebook ketika offline.
3) rasa gelisah dan tak tenang bila dok satu tempat yang tak de internet! tambah2 dalam waktu yang lama.
4) aktifkan status facebook di handphone. aku pun dulu. wahaha guna fb2mobile. maxis. walaupun mahal,sebab kan laptop aku rosak, aku sanggup aktifkan. tak dapat tengok facebook orang lain, asalkan dapat update status pun dah cukup baik. haha
5) facebook menjadikan tempat luahan perasaan. aku banyak luahkan perasaan kat facebook. serius. aku tengah happy ke tengah sedih ke, aku mesti akan tulis status. status aku bergantung pada mood aku. kalau aku benar2 marah, aku akan tulis status untuk lepaskan geram. kalau aku sedih, aku mesti akan tulis status sedih dan profile picture mesti jadi gambar sedih. kalau happy, mesti aku akan tulis status gak. haha.
6) masa dihabiskan hanya dengan bermain facebook. rela tak makan atau tak tido, asalkan dapat menatap facebook depan mata.
7) cuba beramah mesra dengan game-game yang disediakan oleh facebook. lepas tu set time pukul berapa nak kutip tanaman atau serve makanan. hahaha samaada farmville atau baking life. dua2 aku gila! haha
8) sentiasa mengharapkan orang ramai memberi komen. ada kawan sampai 4000, tapi kalau setiap status tak de komen tak guna jugak kan. best sebenarnya ada facebook kalau ada kawan2 yang best2 dan ramah2! apa kita update je, mesti ada kawan yang LIKE atau komen. so terjadilah satu medan 'ramah mesra' di situ.
9) suka sangat mencuba aplikasi dalam facebook. pelbagai! lepas tu publish kat blog. huahua padahal guna facebook aje pun! haha contohnya gambar ini
aku guna aplikasi kat facebook. itu gambar muka aku aje la. rambut tu diorang sediakan. aku just masukkan gambar muka aku aje, muahahaha nampak real kan?
10) selalu promote facebook kat kawan-kawan. kalau jumpa kawan lama je, mesti tanya, ' eh ada faceboo tak? add la aku. blablabla'. kenapa tak tanya, 'eh ko ada blog tak, ni URL blog aku. siapataksayangsayasayataknakkawandengandia.blogspot.com.'
11) kalau orang sembang dengan aku masa aku bukak facebook. konfirm aku dengar sebelah telinga je sebab kusyuk tatap gambar orang, tak pun kusyuk komen dengan orang. hehe leka weh. serius. haha
12)LIKE semua status yang baru diupdate. tak kira la status sendiri atau status orang lain. huahua asal tulis status nampak dia aje yang LIKE. haha aku tak penah LIKE status sendiri okay ;P
cukuplah 12 yang aku rasa ada pada aku. hehe masa laptop rosak dulu, adoi., aku selalu ajakpegi cc semata-mata nak online facebook. alahai..
apa2 pun, facebook facebook jugak. kewajipan dan tanggungjawab jangan diabaikan. berpada-padalah online facebook. aku tak apa la, tak keje lagi. esok2 dah keje, lupa la facebook ni. hehe
tengah fikir, lepas kawin aku nak main facebook lagi tak?
yana gila fb.. tapi kalau sehari xbukak rasa ok kot.. :DD
ReplyDeletehahahha.. dula ketagih jugak.. skang more prefer to blog..
ReplyDeletewah gambar.. kontroversi nih.. mara makwe laki tuh nanti.. hehehhe,...XD
bahaya kau ni fatin. aku sekarang dah tak gelisah sangat kalau tak dapat bukak facebook. tak gelisah sangat, maksudnya gelisah jugak sikit. tapi twitter all the time la, sebab twitter ni lagi simple. aku suka!
ReplyDeleteerr..pelik tak tiba-tiba aku komen blog hari ni? hahahaha
FB ?DULU KETAGIH .
ReplyDeleteMALAM EXAM SPM , BUKAK TU ! SEKARG BLOG PULA !!
aku pon cam addict jer.
ReplyDeletekenapa eh leh ketagih fb ni..cm hisap dadah plak
ReplyDelete