Pages

Tuesday, November 23, 2010

SEJADAH CORAK BABI

salam

pagi2 baca berita ini kat metro online.




pix_middle

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.


“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.


Astaghfirullalazim.... kebetulan atau konspirasi? :(

16 comments:

  1. ish.bahaya betul.sy pon tak perasan kalau tgk sekali imbas je..

    ReplyDelete
  2. iqa: yup. isk2. xsngka ada jugak cm ni

    ReplyDelete
  3. pengajarannya,, sebelum beli apa-apa kene tengok dengan teliti.. kan kan?

    ReplyDelete
  4. ilusi optik..
    bergantung kpd mte yg melihat..
    dn thap imaginasi yg melihat..

    p/s:t'igt kes crocs dlu..

    ReplyDelete
  5. siti: yup. harus teliti :)

    fadh: crocs xnampak sgt. yang ni nampak sgt..adess..hoho..thanx komen :)

    ReplyDelete
  6. aduh... buta ke mata aibaks ni? tak nampak plak...

    ReplyDelete
  7. dah macam paper metro pulak.. har har har

    ReplyDelete
  8. aibaks: ntah la. haha sy nampak je.

    hamzah: cita2 nak jadi wartawan xkesampaian..kekekee

    ReplyDelete
  9. Berhatii2 dalam setiap perbuatan.. hehe..

    ReplyDelete
  10. tu la obvious gler muka babi kat sejadah tu...
    dlu muka anjing..
    sekaran babi lak
    macam2 hal la

    ReplyDelete
  11. iskk..design cam khinzir..adui la..

    ReplyDelete
  12. teratai; ya :)

    dayah: tau xpe. pelik3..

    mahira: tu la pasal. adess

    ReplyDelete
  13. Kat mana b**inya?xnampak pun...Jenuh tengok kat telunjuk pakcik tu.

    ReplyDelete
  14. raidenovich: part hidung dia tu ketara sgt..huhu

    ReplyDelete

Please smile. It's sadaqah and people will feel easy with you. Please. Smiling is a manner.

And whatever you do of good deeds, truly, Allah knows it well

Everybody, thankyou, for everything, every single small thing. May Allah bless all of you, all of us.