Pages

Monday, May 23, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN IMPIAN SAYA..

salam..

ingat post pasal majlis pertunangan impian aku? kalau ada yang pernah baca, bagus la. ekeke. aku pernah masuk satu contest ni dan menceritakan pasal majlis pertunangan impian aku. alhamdulillah menang buku adab malam pengantin..

tetiba rasa nak publish kat sini pulak pasal majlis pertunangan impian aku yang aku buat sendiri tuu. kat post yang aku hantar untuk masuk contest ni.. hehe jom baca!!


MAJLIS PERTUNANGAN IMPIAN SAYA

mengenai konsep hantaran,saya memilih konsep sederhana tetapi menawan. saya ingin menggunakan tema putih dan pink kerana saya sangat sukakan warna tersebut.. selain itu warnanya yang lembut dan sedap mata memandang dan pasti menawan hati..

mengenai jumlah hantaran.. biasanya pada majlis pertunangan, orang akan memilih 5-7 ( lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang). tapi pada majlis pertunangan saya nanti, insyallah saya akan memilih number 8-11 ( lelaki 8 dulang, perempuan 11 dulang).

antara hantaran2 yang saya ingin berikan kepada pihak lelaki adalah :

-sirih junjung
-baju kemeja
-tali pinggang dan wallet
-kain songket
-sejadah
-tuala
-kuih muih/pulut kuning
-coklat atau manisan
-kek
-potpourri
-buah-buahan



sirih junjung


baju kemeja

tali pinggang/wallet.


kain songket


sejadah



tuala



bahulu


coklat



kek


potpourri


buah-buahan


gambar2 hantaran di atas diambil di ruangan google. hehe. lain2 gubahan serta penggubahnya. itu hanyalah impian saya. semoga menjadi kenyataan dan dapat menyediakan yang lebih sempurna..

mengenai gubahan hantaran, saya akan menyediakan beberapa bulan sebelum majlis pertunangan dan saya mungkin tidak akan menyewa tempat letak hantaran atau mengupah orang membuatnya demi menjimatkan kos. insyallah, saya akan cuba menyediakan sendiri berpandukan majalah dan internet dah gambar2 hantaran yang sedia ada. selain dapat menjimatkan kos, kita akan lebih rasa puas hati bila dapat memberi kepada orang tersayang hasil buatan sendiri. dia pasti akan lebih menghargai :)

saya tidak mahu menyediakan hantaran last minute kerana ia akan membuatkan keadaan menjadi tergesa-gesa dan menjadi lebih rumit untuk menyiapkan dengan elok dan menawan!

dan mengenai konsep pertunangan juga, tetap sama, sederhana tetapi menawan. biarlah segala-galanya bersederhana dan tidak berlebihan kerana ini hanyalah majlis pertunangan. dengan kerjasama dari saudara mara dan kawan-kawan juga boleh membuatkan majlis pertunangan meriah dan menjadi kenangan abadi dalam hidup saya.. :)

itulah impian majlis pertunangan saya!


ok tak? hehe saja je kan amik masa beberapa ketika untuk memikirkan apa yang aku nak masa majlis pertunangan aku nanti. haha. susah memang susah. yela, sebab tak de perancangan pun nak bertunang dalam masa terdekat nanti. keh3. agak rumit jugak la. jenuh menggoogle untuk cari info pasal bertunang.

sekarang ni kan, aku selalu google pasal kek kahwin, cupcake untuk hantaran, gubahan hantaran dan sebagainya. hahah aku suka tengok benda yang cantik2 di samping dapat berangan sikit2 untuk memilikinya. tak salahkan berangan :P :P

ramainya kawan2 aku masa sekolah kahwin dan bertunang tahun ni. sedikit jeles la XD


12 comments:

  1. Belajar jadi perancang kewangan yg baik. Kakak jadi perancang kewangan sebab hubby apa juga kehendak anak semua ok. tak ada tapis-tapis, tapi kakak tidak. Ohhoho.... strict sikit....

    ReplyDelete
  2. alaa jgn risau tak lama lagi adalah yg datang tu...sabar...

    ReplyDelete
  3. waa meriahnya hantaran..keke..
    btw, InsyaAllah nanti giliran farin lak..hehe :)

    ReplyDelete
  4. wah ...
    tak lama lagi ada lah yang tiba ~ hahahaha

    ReplyDelete
  5. cepat2 la tunang ! nanti boleh kawen cepat2 jugak ! heeeeee

    ReplyDelete
  6. babe, bagus mempunyai impian yg tinggi. semoga wish u comes true! i pun rasa macam best je bila hidup sorg menjadi 2 org :D

    ReplyDelete
  7. wow ! mesti meriah kan bila fatin bertunang nanti :) good luck dear. moga impian tercapai :)

    ReplyDelete
  8. putih plus pink. comeyyyy. sokong2. hee.

    nak kad jemputan. (:

    ReplyDelete
  9. tambah lg 1..iphone hehehhhe.....
    semoga semua urusan dipermudahkan ya

    ReplyDelete
  10. moga apa yg di impikn
    akn mnjd knyataan ;)

    ReplyDelete
  11. camtu cepat2 r bertunang ye.. nanti hilang r jeles kat kawan2 tu.. =P kalau dah sampai seru, inform r member blogger, mane tau dapat merase nasi minyak free.. ^_^

    ReplyDelete

Please smile. It's sadaqah and people will feel easy with you. Please. Smiling is a manner.

And whatever you do of good deeds, truly, Allah knows it well

Everybody, thankyou, for everything, every single small thing. May Allah bless all of you, all of us.