Friday, December 20, 2013

VACATION AND CONFIRMATION (LAST PART)

Assalamualaikum!!

Baru ada kesempatan nak bercerita wkwkwkwkwkw sebenarnya tengah bercuti sekarang. hahaaha 6 hari beb. jeles tak jeles tak? pesen baru dapat annual leave kan. tu pasal nak abiskan sesiap. cis. hahahaha so ada la masa nak update blog ni ye dak.

awal bulan 11 aritu kitorang pergi ke pulau langkawi. aku anak jati kedah, membesar kat kedah, tapi serius langkawi aku tak penah sampai. nak pergi tapi tak pergi pergi. sampai la satu hari kak azie, kawan kat tempat kerja tu cakap diorang ada buat trip nak ke langkawi.

so dalam rm260 saja. peh okay la kan. 3 hari dua malam tu wkwkwkkw best tu. so bila dah settle semua, manager pulak tetiba sekat cuti. katanya aku dah banyak unpaid leave. maklumlah tak confirm lagi. raya puasa la raya haji la. mc la. EL la. adoi. geram geram, hahahah tapi akkhirnya dia kasi selepas aku cakap 'saya dah bayar rm260 tau, sedih sangat kalau tak pergi' lulz


pergi langkawi tapi tak banyak gambar amik. i dont know why. tensen kamera asyik buat hal kot. nama je handohone baru tapi kualiti gambar? phewwww berbaloi la dengan harganya ye dak? wakakaka sabar je la. tapi ada la beberapa keping gambar yang aku kongsi kat facebook dan nak kongsi kat sini jugak!

malam pertama tu bertolak dari puchong sampai la ke padang besar waktu subuh. sepanjang malam tu macam2 game ada dalam bas. aku tak menang pun hahaha tapi dapat la sehelai baju diorang kasi. 

singgah kat masjid kat perlis lepas tu solat subuh dan seterusnya pergi ke padang besar. amboi kemain pagi sampai. apa pun tak buka lagi. aiyoyo hahaha.. lama lepas tu baru bukak!

shopping jugak la kan aku kat sana hampir nak mencecah 3 angka kan. tu pun jenuh tahan nafsu. hiks! sebab fikir kat langkawi lagi nak banyak shopping kan. hahaha dapatlah aku beli handbag, t shirt hatyai, fridge magnet. tu je kot? ke ada lagi entah lol




 posing dgn bas je mampooooo :P





lepas tu terus bergerak ke kuala perlis, nak naik feri ke pulau langkawi la kan. singgah makan kat situ, aku tertinggal sweater pulak. bayangkan terminal tu tersangatlah ramai orang, dengan tandasnya rosak. adoi. masa nak naik feri tu baru aku teringat aku tertinggal sweater, dah la orang bagi, sayang woi! hahahah nak patah balik agak2 boleh ke, sedangkan nak bergerak pun terhimpit-himpit. agaknya cuti kot sebab tu ramai orang. terpaksalah lepaskan swater dengan hati yang piluuu..
sampai je sana check in hotel. sampai pun dah petang kan. so aktiviti bebas. malam tu kitorang pergi pasar malam. ha ha ha kena cas mahal teksi tu. sebab semua nak speaking KL sangat kan. yang aku orang kedah pun aku lupa nak cakap kedah. lulz. sedangkan orang lain naik murah je sebab pandai cakap utara. sorry la. hahhaa tapi balik tu serius dapat murah sebab aku sembang2 dengan pakcik tu guna loghat utara! yeayy!
best jugak pergi pasar malam situ, dapat blouse 3 helai. dah cukup jom balik. kakakaka pastu beli t shirt sehelai. rm4.90 saja. saya cinta langkawi. hewhew. 





kemain. cinta cinta. ahhahaha


tido dengan begitu nyenyak malam tu. hahhaha sampai langsung tak sedar apa. esoknya. ada tour guide bawak kitorang jalan jalan. pergi kedai jual minyak gamat. pehhhhh.



aku beli minyak gamat, bam, bedak resdung. berbelas ringgit je la. murah gila kan situ sebab jual bebanyak kan. haha.

singgah kedai apa entah, adei lupa dah, aku beli kain batik dan kain pelekat untuk mama. hahahaha.. fridge magnet la, keychain la. amboi amboi.

singgah kota mahsuri langkawi. masa yang diberi 45 minit je kot, kitorang tak masuk pun, shopping kat luar kedai tu je. aku beli burung dua ekor. hahaahha eh burung helang. perhiasan kat rumah. lagi beli baju langkawi punya.




lepas tu pergi pulak kereta kabel. tapi sebabkan terlalu banyak bas, dan tak terkira pengunjungnya kitorang tak jadi naik. sedih sangat kan. peh. tak apa la lain kali ada rezeki tak nak lepaskan peluang naik kereta kabel. sedih sedih. sobs

singgah pantai pasir hitam kot nama dia. pun shopping jugak. pantainya tak pergi tengok pun .kahkahkah

tak sangka ada orang snap pic kitorang letak tu jadikan bentuk pinggan dan jual rm10. entah bila masa dia tangkap. untung sapa yang posing. hahaha ok la tu, semua beli sebab tu kenangan tu walau gambar candid.

aku rasa semua tempat yang kitorang pergi, semua penuh tempat shopping, baju la blaus la apa la. aiyoyo kalau tak kuat iman ni mau borong semua. ni pun tak tertahan dah wakakaka

lepas tu dia bawak kitorang pergi idaman suri! peh heaven sangat aku rasa. 1st time aku masuk kedai jual pinggan mangkuk yang sangat murah dan sangat cantik! aku tak tau nak cakap apa dan aku orang terakhir sekali naik bas tau dak. punyalah semangat shopping. habis beratusss jugak la. beli set sudu, beli set sudu, semua berat berat, nak pengsan bawak ha. tu pun pinggan mangkuk tak beli, sapa nak bawak kan. cais!

lepas tu pergi haji ismail grup. aku beli coklat je. oohhh coklat ferrero rocher kat idaman suri sangat murah okay! 30 bijik rm18 sajaaaaaa. hampir setengah harga murah. sayangnya aku cuma beli satu kotak saja. serius lepas ni aku nak borong banyak2 coklat ferrero rocherrrrr. sedappppp hahahaha

balik balik dan penat! tido. hahaah esok pepagi pukul 8.30 dah nak naik feri. gila awal. tido malam tu tak sedar diri.ahhahah..

esoknya balik la kan. tunggu apa lagi. kohkoh.

sampai je kat jeti kuala perlis, aku berlari2 kat kedai makan yang haritu, tanya pasal sweater, yes ada balik! diorang simpankan! alhamdulillah, hampir nangis terharu. hahahahaha

kelakar je bila ingat balik.

aku kira kira aku habis lebih setengah ribu jugak la kat sana. berat sangat beg rasa tak mampu angkat sorang. serius, nak pengsan. hahahha

tapi sumpah rasa puas sebab dapat beli apa yang aku suka. maklumlah dah kerja kan. duit tak da sapa halang, semua duit sendiri. tu yang best bila dah kerja!! kihkih

balik tu agihkan la souvenier kat kawan2 tempat kerja haa. 

lepas tu plan nak pegi cameron pulak bulan 12, tapi sebabkan kawan tak dapat pergi, aku pun cancel la. cameron pun aku tak penah pergi, tak apa la mungkin satu hari nanti.

kekonon plan nak pergi bandung, dah nak bayar tiket tu lepas tu gaji masuk lambat lepas tu jadi tak de mood nak bayar tiket, cancel jugak. bahahaha. lain kali lah!

lepas ni punya trip belum plan lagi. huahua.

oh pasal confirmation tu, tup tup dah setahun aku kat kilang ni weh. korang perasan ke tak perasan? kaakaakakakk 3 bulan aku praktikal kat sana. sebulan aku rehat, 8 bulan aku kerja sini sebagai assistant engineer.. alhamdulillah, naik gaji yang berbaloi jugak la dengan kerja aku dan standard diploma la, haha syukur2.. bonus pun dapat tau tapi setakat entry ni ditulis tak pasti konfem ke tak dapat banyak tu. LOL macam banyak je kan.

alhamdulillah la dah confirm, walaupun lambat tapi still confirm bulan 10 dalam surat dan dapat balik gaji yang tak dapat hari tu. ditambah dengan cuti 10.5 hari. tu pasal aku banyak amik cuti! hikhik!

sekarang ni aku tolong kawan buat bisnes. haha isi masa lapang. jadi dropship je pun. ni la 1st time dalam hidup aku aku jual barang. sebelum ni mana ada, setakat tolong promote orang punya bisnes boleh la. hahaha ni aku sendiri. setakat ni okay alhamdulillah, aku sendiri pun pakai, aku pun nampak kesannya. lagi la best rasa nak jual lagi.

pasal bisnes tu lain kali la punya entry ye. ngantuk dah. hewhew esok dah nak balik kampung! sepupu kawin. aku bila nak kawin? ahhhah cuba jangan tanya aku. aku sendiri tidak tahu. Allah masih rahsiakan hari pernikahan ku ;')

ada rezeki kahwin la. mana tau tetiba aku yang single ni kawin dulu dari orang yang dah bertahun couple tapi tak kawin lagi. hahaha aminnn!

k k k takecare semua! 

senyumlah walau ada masalah, walau sedang hadapi masalah atau bakal hadapi masalah. senyumlah. walau pun kita tak gembira untuk diri kita, sekurang2nya biarlah orang yang kita sayang melihat senyuman kita ;)

bye!

xoxo



Wednesday, December 4, 2013

VACATION AND CONFIRMATION (PART 2)

Assalamuaikum!!

hahahaha okay berjumpa lagi. tangguh punya tangguh, akhirnya ada jugak masa nak update walaupun tak lama lagi waktu tido akan berbunyi *ting ting ting* lol.

sambung entry sebelum ni. pasal pergi team building kat melaka.

biarlah gambar yang menceritakan segalanya! hiks!


pagi2 biasalah. senaman kan. keh2 


kitorang satu grup kena cipta nama grup dan gaya la semua. haha grup aku, eagle. time ni latihan je sebenarnya. sampai hati diorang amik gambar hahahaha


'eagle' wing without boundaries ;)


aktiviti yang ditunggu tunggu! kihkih. paintball!

best gilak. paling best aku selamat dari kena tembak! wohooooooooo!


gambar sebelum kitorang pergi cowboy town!


hari terakhir. aktiviti kitorang main air je. wahahaha. best kot. walau satu je benda aku main. hehehhe


family raft kot orang main. nampak simple gila tapi serius menakutkan bagi aku yang penakut ni. orang lain siap naik 3,4 x. aku yang ni pun cukup la. lemah jantung. rasa nak terpelanting. dah la laju, melambung-lambung. hahahaha turun je kus semangat, gelak diri sendiri. hahaha



sampai di sini saja! hehe masa untuk pulang ;)


aku ingat nak sambung la kan entry bercuti kat langkawi tu. tapi nampaknya masa tak mengizinkan jugak. ewah. serius serius. entry part 3 aku cerita pasal langkawi dan confirmation tu ye. lol ayat kalah retis.

okay selamat malam!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER