Saturday, June 23, 2012

SERBA SEDIKIT CERITA KEHIDUPAN DI ASRAMA HOTEL ;)

assalamualaikum!!

amboi lamanya aku tak update blog ye. hahaha kenapa eh. malas semua ada. tambah2 vpn tak dapat berfungsi dengan baik dan broadband pun sebenarnya agak lambat, so semua itu telah membantutkan aku untuk mengupdate blog. kikiki.

ohh ada jugak yang rindu aku rupanya. AYU!! i miss you too ayu. hehe sorry lama sangat tak jenguk blog ayu dan kengkawan yang lain. insyaAllah aku akan cuba bahagikan masa jugak nanti ;)

aku dah beberapa hari di sini. ok begini kisahnya... baru nak bercerita ni :P

10 jun hari tu, aku daftar kat tati. kan aku nak tukar kos cad cam kan tapi akhirnya aku buat keputusan untuk teruskan saja kos yang aku ambil tu, industrial design. orang yang masuk sini pun tak ramai dan ramai je yang kena tukar kos amik kos lain sebab kos diorang tak de orang ramai. huuu ok jugak la industrial design ni.

yang tak berapa best bila asrama kat luar. agak jauh jugak la dari kampus tati. kena berjalan kaki la. haha berpeluh jugak la. asrama kitorang tu asrama hotel. hotel youu. not hostel okay. sebuah rumah yang ada 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi. satu bilik dua orang ;D

lepas tu pulak kelas sepatutnya start esoknya 11 jun tapi ditunda pulak dah. =___=  katanya selasa depan 19 jun baru start kelas. aku yang duduk rumah dekat ini balik la kan. haha tak nak la dok asrama :P housemate yang lain tak balik pun.

lepas tu 18 jun hari tu aku dah nak pergi tati balik, diorang bagitau lagi yang kelas ditunda lagi.  24jun pulak dah. *tepuk dahi* aku betol2 dah malas dah nak dok rumah, arhh terus je la dok asrama. seminggu awal. kakakak

lagipun kan aku tak sempat lagi sebenarnya nak berkenalan dengan housemate2 aku. kalau aku dok rumah, macam mana aku nak kenal diorang. add kat fb pun belum :P

so far, alhamdulilah. aku tenang kat sini. syukur dapat housemate yang besttt sangat dan sekepala. semuanya boleh masuk. yeah!! XD

dan kafe punyalah jauh, peh peh tapi sebabkan kitorang pergi berempat so tak la terasa sangat jalan kaki kan sebab sembang2. haha ;)

ok meh nak kenalkan housemate aku ;)


yang kiri sekali tu ana. umur 22, asal kuantan. hehe yang sebelah aku, dayah, rumate aku sendiri. sebaya aku, dan orang negeri sembilan dan yang hujung belah kanan tu sarah, umur 21, asal kuantan jugak ;)

ana dan sarah amik kos cisco, dan aku dan dayah satu kos ;) industrial design

oleh kerana mereka muda, aku tetap tak nak diorang panggil aku kakak!! kahkah :P

22 jun kitorang pergi mesra mall. ada lagi sorang kawan baru, nama dia aisyah., tapi dia dok bilik lain la. kikikiki

pergi nak prebet, pergi balik RM50. ho ho ho ;p

tengok wayang la. mael lambung!! haha serius sangat best dan tak membosankan langsung. sapa yang belum tengok sila tengok!!

lepas tu makan makan jalan jalan cuci mata lalala~


yang berbaju merah tu aisyah ;)
banyak gambar2 kat sana yang kitorang ambil. maklumlah semua suka bergambar. kikiki selebihnya sila tengok kat facebook :P

ok kelas start ahad ini. pukul 9. sini kelas pukul 9 sampai 5. masa agak terhad untuk aku berada di rumah dan untuk online. huwaa mesti letih kan nanti. haha tapi tak apa semangat gila ni! hoyehh XD



puas hati!!

aku tak tau la bila aku nak aktif balik blogwalking, update blog selalu macam dulu. sebab aku rasa kehidupan aku dah lain. dah busy dengan study, busy dengan kawan2, busy dengan seseorang. heh~

ok setakat ini saja cerita aku pada harini.  doakan aku ye kawan-kawan ;)

Saturday, June 9, 2012

BAKAL MELUCUTKAN JAWATAN SEBAGAI PENGANGGUR

assalamualaikum ;)

tahniah kepada pemenang!! alhamdulillah dah selesai semuanya ^_^

seperti yang dijanjikan pada entry sebelum2 ni, baru aku nak bagitau ke mana aku nak pergi ahad ni. esok la =__= cepatnya.

aku buat permohonan untuk mengikuti kursus peningkatan kemahiran untuk siswazah di TATIUC beberapa bulan yang lalu. alhamdulillah, 2,3 hari lepas surat tawaran sudah sampai di rumah. 

aku mohon kursus industrial design pada mulanya, bermaknanya aku akan berada di Tati selama 6 bulan dan berpraktikal selama 3 bulan (9bulan kesemuanya), lepas tu aku tukar kursus kepada cad/cam application ( 4bulan belajar, 3 bulan praktikal, 7 bulan kesemuanya), tapi aku dapat surat tawaran yang mana untuk kursus industrial design.

aku tak tau la boleh ke tak tukar kursus bila sampai di sana. hehe tapi kalau tak boleh, aku akan teruskan jugak la amik kursus industrial design walaupun hati aku nak sangat kursus cad/cam application tu. Allah tahu yang mana terbaik ;)

kursus ni untuk pelajar lepasan diploma atau ijazah. 



aku pilih tati sebab dulu masa belajar diploma, aku praktikal kat sini. hehe nak dekat 4bulan aku praktikal kat tati ni. memang aku suka sangat suasana dan pembelajaran kat situ. dapat pulak rumate yang amik kursus sama macam aku nak ambil nanti nih, sejak tu memang aku tanam azam akan amik kursus yang sama lepas diploma.

tahun lepas aku rasa tertinggal kot nak mohon. tahun ni kebetulan abah bawak balik borang permohonan ke rumah.aku mohon guna emel dan berhubung melalui telefon dengan orang yang uruskan pasal ni.

alhamdulillah berjaya dapat tawaran ini. impian aku ni. hehe terima kasih Allah sebab kabulkan doaku ^_^

aktiviti bersosial di laman sosial terutama blog ni akan dihentikan sementara. mungkin ni entry yang terakhir semasa aku kat rumah ni, nanti dah sampai sana, dah ok semua, dah selesa dengan suasana baru, baru aku akan mulakan balik ;)

sekarang ni nak beri tumpuan pada pembelajaran dulu. nak mantapkan kembali skill dan belajar ilmu baru di sini. tak nak sia-siakan peluang ini. dan semestinya tak nak jadi macam dulu. insyAllah ;)

tatiuc tu adalah salah satu kolej di kemaman. tak sampai sejam je dari rumah aku sebenarnya. tapi mama cakap tak payah balik selalu. kejammmmmmmm :P

akan merindui blogger2 yang tak putus2 datang ke sini, bagi komen yang membina, hehe terima kasih ya. insyaAllah ada masa nanti aku akan singgah balik blog korang. internet pun limited sekarang kan. tapi tak apa la, dugaan. sabar je la. ada hikmah di sebalik semua ini.


doakan aku berjaya tamatkan kursus ini dengan jayanya selepas itu mendapat pekerjaan dan seterusnya. erm erm... ;P


thank youu readers! i'll miss you ;)

Friday, June 8, 2012

SENARAI PEMENANG TOPUP GIVEAWAY BY NOOR FATIN

assalamualaikum ;)

tiba masanya untuk umum pemenang giveaway topup by noor fatin dan penajanya wan ssei!! yeahh..

berdebar-debar tak? kikikiki

ok cara pemilihan dia, macam korang tengok sebelum ni, aku guna kertas, tulis num, masuk dalam balang, lepas tu suruh mama cabut. kekekeke

7 pemenang telah dipilih. 

pemenang-pemenangnya adalah :

pemenang ini akan mendapat hadiah berupa topup RM10 dari wan ssei iaitu sponsor giveaway kali ini ;)





4 pemenang seterusnya ini disponsor oleh penganjur giveaway ini. siapa lagi kalau bukan aku. hakhak










tambahan 2 orang pemenang, hadiah berupa watermark yang disponsor oleh aku jugak. hehe watermark tu akan ku tempah dari seorang blogger yang lain ;)






pemenang yang menang topup tu dari wan ssei dan aku sendiri, sila emelkan butiran ini di emel saya : fatin_uniklmsi@yahoo.com

nama :
url blog :
num cabutan :
no handphone :
talian : celcom ke maxis ke digi ke dan sebagainya. kena bagitau ye, supaya tak konfius.
url fb : 

nanti saya akan balas emel anda sebagai tanda saya terima emel dan butiran yang diberikan.

lepas tu pemenang watermark pulakkk, sila emelkan butiran di bawah ini di emel saya jugak : fatin_uniklmsi@yahoo.com

nama : 
url blog :
num cabutan :
no handphone :
url fb : 

detail pasal watermark nanti kita bincang melalui emel ataupun facebook ye. hakhak nanti saya add korang ^__^

ok berakhirlah sudah giveaway ini.selama sebulan saya handle giveaway ini. maaf kalau ada salah silap, terkurang kat mana-mana, tersalah taip nama, lambat approve komen, tak komen entry anda, maaf ye. ;)

keputusan adalah muktamad. tiada pemilihan lain akan diadakan melainkan pemenang cakap saya tak nak hadiah tu. wawawawawa baru saya akan pilih pemenang lain okay ;p

kepada yang lain, terima kasih kerana sudi join giveaway saya ini. terima kasih banyak2 tauu. ;)

insyaAllah, kalau ada rezeki saya akan buat giveaway lagi. cuma bukan la dalam masa terdekat. kikikiki nak kena beri tumpuan pada benda lain dulu.

doakan saya yang tak lama lagi akan pergi jauh dari sini, tak la jauh mana pun, saja nak buat ayat tacing. ;p

Thursday, June 7, 2012

GIVEAWAY DITUTUP. NANTIKAN KEPUTUSANNYA ;)

assalamualaikum ;)


giveaway ditutup. seramai 145 orang dah join giveaway ini. terima kasih banyak2 okayy. pemilihan pemenang akan dijalankan harini dan keesokan harinya saya akan publishkan nama pemenang. nantikan okay. ;)


145 nama peserta telah diupdate, KLIK SINI untuk check balik. kot2 la tercicir kan. hihi


haa lagi satu nak bagitau ni, bila saya cabut je satu number contoh la 11 kan, tetiba saya check balik entry dia, entry untuk giveaway saya tak de, dikira batal okay. sebab itu salah satu syarat giveaway ini. tak adil la kepada peserta yang lain yang buat entry dan tak delete sampai ke harini. lepas dah umum pemenang, nak delete entry pun tak pe. sekarang jangan ye.kalau menang karang, batal.buat rugi je. huhu.


ok terima kasih ya~ ;D

PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA GIVEAWAY

assalamualaikum ;)

harini dah 7 jun 2012. hehe makanya giveaway yang aku buat bakal melabuh tirai. ;)

giveaway akan tamat pada petang ini jam 6 petang. kepada blogger2 yang belum join, dipersilakan join secepat mungkin sehingga jam 6 petang ini. selepas tu, penyertaan anda tidak akan dilayan. hik hik

peserta2 yang dah join, tolong check nama anda DI SINI.

tolong check lagi sekali ye. aku dah berkali-kali check, rasanya komen2 yang aku dah publish, semua nama aku dah update kat situ. komen yang masuk spam pun aku check jugak. yang belum publish, maknanya aku belum update nama. *setakat ni

pemilihan akan dibuat selepas tamatnya giveaway ini. 

guna kertas je. hakhak tak nak guna random. ok terlebih rajin. semua dah siap sebenarnya. tinggal nak cabut je. nak tolong cabut tak??? :P


dah siap. nanti tambah lagi jika penyertaan bertambah lagi sehingga jam 6 petang ini.


insyaAllah aku akan umumkan keputusan pada petang 8 jun. pada petang esok la kiranya. cepat tak? kekekeke sepatutnya isnin baru nak umum. tapi ada hal lain pulak. terpaksa la percepatkannya. nanti aku akan terjah kesemua pemenang dan inform pada korang ye. jangan risau jika anda lambat tengok keputusan nanti, sebab aku akan pegi blog korang dan bagitau. hehe

ok. sabtu ni malam terakhir aku kat rumah. malam terakhir. ahad aku dah pergi satu tempat yang aku pernah cerita dulu kat entry2 sebelumnya. tak dapat tengok final mentor. huwaaa!! hahaha :P berdebar2 ini. huhuhu. 4 hari sebelumnya baru dapat tau dan agak kelam kabut. maaf2 :P

err nak tau apa, tunggu je la entry selepas pengumuman keputusan giveaway yee. sekian :P

TOPUP GIVEAWAY BY NOOR FATIN

assalamualaikum.

(sticky post sehingga 7 jun 2012)

entry terbaru di bawah entry ini ;)




dah lama sangat tak buat giveaway. kali ni ada penaja. bukan saya seorang. giveaway ni hadiahnya adalah topup. hehe kalau mendapat sambutan, hadiah akan ditambah lagi. insyaAllah ;)

syarat-syaratnya :

-mestilah follower blog ini. blog noor fatin.
-buat satu entry yang bertajuk : topup giveaway by noor fatin, letak banner di atas dan linkkan ke blog ini.
-follow dan like fanpage penaja.  follow blog wan ssei dan like fanpage v-sweetie online shoppe.. kalau tak da facebook, cukupla sekadar follow blog saya dan wan ssei ya ;)
-tinggalkan nama, link entry dan id facebook di kotak komen entry ini ;D

*pemenang dipilih secara rawak ;)

giveaway dijalankan selama sebulan. 7/5/2012-7/6/2012.

*senarai peserta - KLIK SINI

sesiapa yang nak dapat topup free, boleh la join giveaway ni!! goodluck! ^___^

Wednesday, June 6, 2012

DAH BANYAK RUPANYA. BARU SEDAR =__=

assalamualaikum ;)

esok giveaway aku bakal melabuh tirai, sesapa yang tak join lagi tu mohon join sekarang! kikiki alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan. terima kasih kepada semua yang dah  join, semua aku dah check satu persatu. cuma yang tak boleh komen tu maaf la ye. cari kotak komen tak jumpa. hihi.

ter rajin pulak nak search. nak berapa banyak ek aku buat contest/giveaway untuk pembaca blog ni, dan seingat aku la aku cuma pernah buat contest aku suka makan je. rupanya tak. ok =___=

ada lagi. hehe 

meh nak senaraikan satu persatu dan ulasan disebalik semuanya XD


tarikh : 16/10/10-11/11/10

masa ni terpengaruh dengan kawan-kawan yang suka sangat buat contest, aku pun buat. haha tapi tak dapat sambutan mana pun. kikikiki mungkin sebab contest aku macam budak-budak kot, ok sekarang aku rasa contest aku buat ni macam budak-budak. semua orang suka makan ye dak? =___= 

32 orang sahaja yang join. pemenang pilih berdasarkan keteliuran aku dan kawan aku melihat gambar. kikikiki. 3 orang pemenang. dapat hadiah mug comel-comel ye! sorang dapat pecah, kesian kan :(

pengalaman ini. hahha time aku buat contest ni sebulan sebelum final exam tau. hik hik


tarikh : 9/12/2010

9 orang teka. tapi kan pilih berdasarkan yang paling tepat dan cepat kan. so dua orang pemenang dipilih. hadiahnya review blog diorang je. kehkeh ;D


tarikh tutup: 1/5/2011. tarikh mula tak tau la pulak kan. ;D

ni pun tak de keje jugak kan. hahahaha okkk. 4 orang pemenang. dua dapat topup RM5. 2 lagi aku review blog je. hehe tapi salah sorang pemenang aku termasukkan rm10. okk rezeki dia, aku tak mintak balik pun. hehee 14 orang yang join ;)


tarikh : 20/7/2011

sapa beliau? hahaha paham-paham la no. kitorang pegi padang besar haritu, aku suruh korang semua teka kitorang pergi mana, hahaha so 8 orang yang teka. dua orang je pemenang. dua-dua aku kasi hadiah. keychain dari sana. hehehehehe

5) yang aku buat sekarang ni la. dengan hassan ni. haha mau tanya lagi :P

ok aku mengaku kita boleh dapat ramai follower dengan buat contest. join contest orang dan dan macam-macam la. hihi.

aku memang kaki contest, walau tak sekencang dulu tapi aku still join. hehe walau seminggu sekali :P 

setakat ni alhamdulillah aku menang hadiah dari 90 penganjur. alhamdulillah. senarai hadiah boleh tengok kat SINI.aku memang simpan kesemua data yang aku menang. kenangan kan. ada jugak yang aku tak dapat hadiah yang sepatutnya aku dapat, tapi tak apa la bukan rezeki. ada yang aku tanya berkali-kali tapi tetap tak de respons. malas nak bising. ada yang pos dan patah balik ke diorang pun ada sebab aku kat kulim masa tu. dan aku tak tau sapa. :( tapi ramaiii sangatt yang tunaikan janji. terima kasih!! ;D

aku join contest/giveaway dah lebih 1000 yee. hahaha memang banyakkk. ;) ada rezeki alhamduillah ;)

ni la kesukaan aku selain menulis entry ^_^

aku tak tau nak letak gambar apa. ok la entry ni tak de gambar. sekian ;D

mintak perhatian, aku tak dapat nak blogwalking buat sementara waktu. maxis broadband baru ni sangat limited. adoyaii. :( tunggu dapat vpn baru sambung blogwalking. sorrry yee. terima kasih kepada pembaca yang selalu baca entry kat sini dan yang selalu komen ;)

Tuesday, June 5, 2012

RESEPI AGAR-AGAR WHOLEMEAL

Assalamualaikum ;)

entry pasal makanan lagi hari ini :P hari tu belajar buat agar-agar wholemeal. nyum3!! resepi ikut kak ida, nak tengok gambar agar-agar wholemeal kak ida, boleh la KLIK SINI.

alhamdulillah menjadi agar-agar wholemeal aku walaupun 1st time buat. kikikiki terima kasih banyak2 untuk kak ida kerana telah menjadi sumber inspirasi kepada diri ini untuk belajar memasak! ;D

aku sempat snap beberapa keping gambar ketika menghasilkan agar-agar wholemeal ini, dengan bantuan mama aku. jom jom, aku ceritakan satu persatu bahan dan cara membuatnya ;)


mesti la ada roti berserat. roti wholemeal. roti putih tak boleh guna. aku guna roti gardenia 'wholegrain fibremeal' . sama je. asalkan berserat ;))

guna 5 keping je dan carik-carik kan kasar macam dalam gambar ni ya ;D


2 biji telur ayam.


2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair Ideal

1200 ml air (seperti resepi kak ida), aku main bubuh je ;p
gula pasir ' secukup rasa, manis-manis la sedappp' ;p

dan bahan utama mesti la ada agar-agar. ;)


mula-mula masak agar-agar sehingga mendidih, masukkan gula. masak sampai gula itu hancur. mama letak daun pandan untuk bagi wangi. hehehe


dah hancur semuanya, tapiskan ;)


roti wholemeal 5 keping, 2 biji telur ayam, 2 sudu marjerin, 1 tin susu cair, 1 sudu esen vanila, diblender kesemua bahan ini sehingga hancur semuanya. sebati la kiranya. 2 sudu marjerin tu harus dicairkan terlebih dahulu sebelum di blender sekali bersama bahan yang lain ;)


lepas siap diblender, masukkan ke dalam periuk yang berisi agar-agar tadi. kacau kacau kacau perlahan, dengan api kecil sahaja, sehinggalah naik wap dan jadi pekat. sentiasa kacau supaya tak berketul.


tuanglah adunan tadi ke dalam loyang, dalam tupperware pun boleh. ikut citarasa anda la ;) 

nak sedap lagi boleh taburkan chocolate rice atau chocolate chip kat atas agar-agar ni. aku tak bubuh sebab tak de stokkk. kehkeh

tunggu sampai sejuk dulu baru ngap!! ;))


ini yang bubuh dalam bekas kecik ;p


rasanya manis dan sedapp. nyum2 ;)


okay lulus. alhamdulillah ^__^

selamat mencuba ye kawan2. lawat blog KAK IDA untuk pelbagai resepi yang bestttt ;D

Monday, June 4, 2012

DALAM DUKA ADA SUKA ;D

 assalamualaikum ;)

semalam start je 9.45 malam, tetiba internet tak boleh connect. tertulis perkataan system operation failed. aku ingatkan kejap je. aku call tanya maxis centre, dia suruh cabut wayar broadband tu. serius aku rasa ngeri kot sebab aku tak pernah cabut. makanya tido aje la. hehe.

pagi tadi, aku kol maxis lagi sekali sebab try connect masih tak boleh. lepas masuk pin code je terus unavailable terus. selama 4 tahun guna maxis broadband, ni 1st time masalah ni terjadi. mesti la sedih :( heran. tak tau kenapa.

operator tu cakap suruh uninstall program. kalau tak boleh jugak, kena pergi maxis centre la. huhu pun tak boleh jugak. aishh. dalam pukul 3 petang, pergi la pusat maxis kat chukai ni. 

rupanya modem tu rosak. huhu sedih betol. makanya dah tak boleh guna. makanya terpaksa merelakan modem dalam kenangan :(. bincang punya bincang, dengan serabutnya semua ada, stresss rasa. haha 

aku guna modem ni, bayar sebulan RM138. tu pakej aku guna dari tahun 2008 tadi. tapi sekarang ni dah tak de pakej tu tau. yang ada RM48, RM68, RM98 dan RM198. tak kan la nak amik RM198 pulak =___=

nasib baik teringat kat ev. call dia, mintak pendapat. ok dia bagi pendapat amik RM68 je, nanti guna VPN. hehe dulu2 pun dia pernah cakap pasal VPN, sekarang baru nak kena guna. okk. makanya tadi bayar bil terakhir RM138. pastu beli dan daftar modem baru, RM100. amik pakej RM68. terima kasih ev. hehehe


4 tahun aku dengan hang. sungguh aku rasa sedih gila. tak dapat digambarkan. huhu modem ni nanti kena pulang balik ke kuantan. maxis centre kat situ. lepas tu terminate. sekarang ni dah sekat dah line. kalau tak sekat, bil jalan walau tak guna. huuuu sedihhh


pengganti baru. modem RM100. bulan2 RM68. setakat ni pencapaian memuaskan dan aku sangat menjimatkan kuota takot habis cepat sebab tak beli VPN lagi. haha..

VPN tu err aku taktau nak terangkan macam mana. T__T google la k :P


lepas tu abah ajak pergi centre point pun. jalan-jalan je pun. dia langsung tak cakap nak pergi mana. ikut abah means ikut je kemana dia nak bawak pergi. huhu

rupanya dia nak belikan baju raya. hehe aku dapat dua pasang, mama pun dua pasang, tudung bawal 5 helai ;) biasalah kami anak beranak, abah kalau beli apa-apa mesti kena dua2 dapat, kalau mama dapat, aku tak dapat, mula la mulut boleh ikat reben. kikikiki :P

kembali membeli tudung bawal. zaman aku pakai shawl dan tudung sarung agaknya dah berakhir, kot. kekekke


ni kira teaser boleh? err err haha corak warna warni. aku tak tau nak habaq warna apa tuu. pink + purple dan biru? hahah k.

kitorang memang tak pernah beli ikut tema mahupun boria (baju warna sama), mana yang berkenan ambil je ^^

seminggu yang lepas abah dok cakap nak beli handphone baru. hp yang dia guna sekarang dah tak berapa nak betol. siap plaster lagi. haha dia suruh aku cari cari kat internet. dah dia bawak pergi kedai hp, aku ingatkan dia nak beli hp untuk dia la kan. aku pun tolong2 la cari sekali.

lepas tu dia cakap beli kat fatin satu, mama satu. waaa! terkejut aku. haha so aku pun pilih la. mama pun sama. hehe



last aku beli hp tahun 2008. bayangkanlah dah berapa lama aku tak de hp baru. mestilah jeles tengok kengkawan boleh kata setiap tahun mesti tukar hp. aku selalu pujuk hati, cakap belum rezeki untuk beli. ;) yang warna kuning tu dah tak boleh guna. apa entah rosak, nak repair kena RM40. nak jual dia kata RM5 saja laku. cis! aku simpan je la. haha sekarang pakai yang oren, sony w200i. ;)


amik hp ni. model sony CK13i. harga dia RM260 je. murah kan? hehe aku jumpa kat mudah tadi, ada orang jual second hand RM340 tau. agak melampau. huhu ni baru lagi. kamera 3.2mp. boleh twitter, facebook kalau pasang internet la haha. ada wifi ;)


ni mama punya. abah pilihkan. RM340. kamera 5MP. nampak tak mulut aku dah boleh ikat reben ni? hahaha :P touch screen boleh, keypad pun boleh. haha mama last beli hp tahun 2006. hee seronok la dia dapat hp baru. 


hilang stress aku. huhu tak sangka dalam duka, dalam sedih tadi, ada jugak yang boleh membuatkan aku tersenyum. alhamdulillah, rezeki yang tak disangka. terima kasih untuk abah!!! XD

abah memang pesen kalau dia nak beli apa dia takkan bagitau awal2 sebab dia tau nanti anak dia berangan sampai tak tido =___=

sekarang ni aku pakai 2 simkad balik la. celcom dan maxis. haritu maxis tak pakai sebab hp satu tu kan rosak sekarang boleh pakai dua2. hik hik

kredit sekarang ni RM10 sebulan pun susah nak habis :P

abah tak beli hp pun lagi. dia cakap nak beli smartphone nanti. =__= tengok, mulut aku boleh ikat reben lagi panjang ni.. ekekeke

terima kasih Ya Allah ;)

lepas ni aku blogwalking okay? hehe

Sunday, June 3, 2012

GAMBAR ANAK TOMOK DAN AYU : ARRIANSHAH AKID BIN SHAH INDRAWAN

assalamualaikum ;)

hai! masa mula-mula tomok perkenalkan awek dia pun aku pernah buat entry. lepas tu tomok kahwin dengan awek dia tu pun aku buat entry, dan bila tomok ada anak haruslahhh buat entry jugak, ye dak? kikikiki

perkenalkan cahayamata tomok dan ayu yang pertama ;)


dilahirkan pada 29 mei 2012, jam 6.03 petang, bayi lelaki seberat 3.33kg ini sangat comel!! ;D


nama : arrianshah akid bin shah indrawan ;)








dah jadi papa dan mama dah tomok dan ayuu ;)


tahniahh buatmuuuuuuu~ hee anak comel macam mama dan papa dia jugakk laaa. XD

sumber gambar : facebook tomok, twitter tomok dan twitter ayu, hehe

Saturday, June 2, 2012

Jika Aku Jatuh Cinta Lagi


Bismillahirrahmanirrahim..

✿ ♥~Ya ALLAH.. Jika aku jatuh cinta.. Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu..✿ ♥
... 
✿ ♥~Ya Muhaimin.. Jika aku jatuh hati.. Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya juga tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku di dalam jurang cinta nafsu..✿ ♥

✿ ♥~Ya Rabbana.. Jika aku jatuh hati.. Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-Mu..✿ ♥

✿ ♥~Ya Rabbul Izzati.. Jika aku rindu.. Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..✿ ♥

✿ ♥~Ya ALLAH.. Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu.. Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu..✿ ♥

✿ ♥~Ya ALLAH.. Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu.. Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.✿ ♥.

✿ ♥~Ya ALLAH.. Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu.. Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu..✿ ♥




'please.....'

Friday, June 1, 2012

HOMEMADE CHEEZY WEDGES

assalamualaikum.

buka tirai jun 2012 dengan entry makanan! aum2! cheezy wedges idaman hatiku! agagagaga..

bukan aku je, korang pun kan kan. sapa tak suka makan cheezy wedges kan. tambah-tambah kalau kat kfc tu. kalau nak makan kfc pun, bukan nak makan ayam sangat tapi nak makan cheezy wedges je. kan kan. hehehe 

sebab hari tu aku dah makan cheezy wedges kat rumah kak ida, aku pun order la tepung cheezy dan tepung magik kat kawan kak ida. hehehe sebab dah rasa sedap dan berpuas hati, aku terus order. kalau tak rasa lagi, mungkin belum order. hehehe..

sebelum entry ini ditulis, dah 3x aku buat cheezy wedges sendiri. dan yang pastinya sedapppp. puas hati dapat makann okayy. tak perlu ke kfc lagi :P masa mula2 buat tu ada yang salah step dan tak berapa nak jadi, haha kali ketiga baru okay.

jom tengok cara nak buat homemade cheezy wedges. ada yang aku salah buat. meh aku terangkan satu persatu. kikikiki



nak order sila KLIK SINI.

beli dua tepung, tepung cheezy dan tepung magik = RM30 termasuk kos penghantaran.  kalau beli tepung cheezy saja RM20 termasuk kos penghantaran. aku beli dua tepung, hanya RM30. ok puas hati :)) sepeket 200gram.


mula-mula harus la potong ubi kentang mengikut citarasa anda sendiri. memula buat kan, ubi tu tebal. waaaa. hahaha so rasa macam tak best sangat, aku nasihatkan potong la nipis2, jangan terlalu nipis ye, kali ketiga aku buat terlalu nipis sebab nak bagi nampak banyak, mama kata ni dah boleh panggil sehelai-sehelai. ubi kentang seperti gambar rajah ni adalah kali kedua aku buat XD

banyak kan? untuk dua hari. sekian XD


ni la kesilapan aku yang pertama. sebab pergi bancuh tepung magik tu lepas tu celup kat ubi tu. salah sebenarnya. >,< kalau korang buat macam ni, masa goreng kan, korang rasa macam korang tengah goreng pisang. seriuss. hahha aku pun heran masa nak menggoreng, kenapa jadi macam goreng pisang je? wuu rupanya salah buat. haha :P


ini yang sepatutnya korang buat. guna tepung magik, tak perlu bancuh, hanya perlu salutkan tepung tu saja kat ubi kentang tu. okayy, yang ni benar-benar jadi macam kak ida buat hari tu. dan rasanya lebih umphh sebab tepung tu betol2 menyerap ke dalam ubi!! ;D


bukak api, tuang minyak, goreng saja la ubi tu. goreng goreng gorengg. kekekeke


sambil menggoreng, sediakan tepung cheezy pulak. bancuh dengan air suam. kena selalu kacau sebab nanti kalau biarkan, dia jadi ketul-ketul. kacau betol-betol la yeee. sikit je aku letak. sebab jimat. kikikikiki ;p

macam kak ida, ada macam botol yang ada muncung tu, senang la nak letak cheezy atas ubi kentang tu. macam aku yang tak de, aku guna sudu kecik je. pandai2 la korang sapu atas kentang tu kan. haha.



siap! taraa! ni percubaan kali pertama! ngeee


ubi kentang tebal. salah bubuh tepung magik. kesilapan kali pertama. kekekeke tapi boleh la makan. nyum3! puas hati XD


kali kedua buat! ;)



kali ketiga buat! ;) nampak banyak padahal guna ubi kentang sikit je sebab potong nipis-nipis., nampak la ramai dalam pinggan ye dak? hehehe


tu semua hidangan untuk berbuka puasa ;)


sejujurnya, bagi aku yang dah guna tepung cheezy ni, aku rasa puas hati la. sedap. berbaloi. dan tak rugi pun kalau beli. cuma yang tak de mayonis je. nanti baru nak beli mayonis. makan dengan cheezy je pun dah rasa sedap, tambah2 la kalau ada mayonis *telan air liur* kekekekeke

korang try la beli k! nanti aku nak beli lagi beberapa peket untuk simpanan. haha nanti la, tak boleh la nak makan selalu. aishhhh XD

ARTIKEL RAKAN BLOGGER