Monday, April 30, 2012

WATERMARK BARU!! ;D

assalamualaikum..

rasanya lama gila aku guna watermark ni. aku dah tukar url blog, header dah tukar banyak kali, layout pun sama, banyak kali tukar, tapi watermark ja tak tukar-tukar. kehkehkeh

watermark ni la aku selalu dok guna, dapat free dari izzati ;)


oh lupa nak bagitau. terima kasih kepada syaf kerana menunaikan janji. heehhee aku menang contest cerita seram tu. ingat dak? tempat pertama. dapat hadiah topup rm30. masyukk. hak3 eh sapa nak baca balik cerita seram tu, meh la KLIK SINI. alhamdulillah, dapat tempat pertama ;) beberapa hari lepas tu dia transferkan kredit rm30 untuk aku!

aku cadangnya nak tempah watermark baru. teringin sangat kan. hik hik lepas tu aku cari punya cari. dah jumpa sorang blogger ni, tak boleh pulak nak transfer, dia guna digi, nak pegi bank memang tak la kan, hakhak cari blogger lain, akhirnya jumpa jugak! ^__^

tak sampai 24jam watermark dah siap. best sangat kan~ ;)

dua watermark rm5 sahaja. nasib baik boleh transfer. kehkeh puas hati dengan hasil kerja dia. lagipun aku bukan cerewet mana pun kan.. heheh



cantik kan? ehhe aku cukup suka gabungan warna pink + biru muda. aku pun tak tau kenapa. serius sangat suka. tengok watermark yang izzati buat pun warna yang sama kan~ heee ;D

dan aku pun rasmikan la menggunakan watermark ni.. hehehe


cheezy wedges idaman hati. bila mau dapat ni.. aumm aummm. hehe lepas ni nak beli tepung cheezy lepas tu bancuh sendiri lepas tu boleh makan puas-puas2!! ^_^


6 tahun lepas. aku yang bertudung merah. kemain kurusnya time ni. kan kan. muka kecik je. hahaha  baju kebaya tu pun aku dah tak boleh pakai dah T__T sebelah aku tu sepupu aku, halimah. tua setahun dari aku ;) masa ni kenduri kahwin kakak kepada halimah ni, merangkap sepupu aku jugak. heee

kebiasaan aku letak watermark kat gambar yang diambil sendiri, kepunyaan sendiri sahaja. kalau google punya, tak payah la kan. bukan hak milik sendiri pun XD

sesiapa yang nak menempah watermark, boleh la hubungi cik purple punya blog. bukan watermark je dia buat, edit blog boleh, signature boleh, header pun boleh. semua harga rm10 ke bawahh. murah sangat! ;D

Sunday, April 29, 2012

GAMBAR : BUS STOP YANG SANGAT COOL DAN UNIK!

assalamualaikum ;)

kenalkan, nana, atau nama manjanya usagi kechik. kenapa orang panggil dia usagi kechik? tanya dia sendiri :P

kiriman emel ini dari beliau ;)

anda sedang menunggu bas? bosan? aku dah lama tak naik bas. dulu2 kalau kat KL, bus stop  depan rumah aje, senang sangat nak naik bas. hahaha sekarang kat sini tak penah nampak bas pun. :|

gambar2 bawah ni adalah gambar bus stop yang sangat cool dan unik dan terletak di negara orang maksudnya di luar negara! yeahh! ;D

jom tengok! ;D


LONDON


ROME


ATLANTA


STOCKHOLM


FRANKFURT


BRAZIL


MILAN


DUBAI


PARIS


BERLIN


HAMBURG


ATHENS


NEW YORK


VENICE


PORTUGAL


SWITZERLAND


best kan??? yeah! yang london tu paling best aku rasa! kehkeh naik buai lagi. buai laju laju. kalau macam ni la kan, hilang stress kalau tunggu bas, bas tak datang pun tak apa, lewat sejam pun tak apa! kahkah

;))






Friday, April 27, 2012

UMPAMA TIGA TITIK HITAM

assalamualaikum ;)

kisah di bawah ini memang boleh menusuk kalbu. terfikir, kita selalu pandang benda yang kecik, yang remeh temeh, yang sebenarnya tak berapa ada kesan pun berbanding perkara yang lebih besar, yang jelas nampak tapi kita sendiri tak sedar sebab lebih utamakan perkara yang sedikit tersebut.

satu papan putih yang suci umpama kebaikan.
di papan putih itu dilakarkan 3 titik hitam.

kalau ditanya, apa yang kita nampak?
pastinya jawapan kita 3 titik hitam tu, sebab jelas nampak.

kenapa kita tak nampak yang lainnya? yang lebih jelas?

ikuti kisah di bawah ;)




KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN SIHAT


sebelum kita mengingati keburukan orang, cuba kenang kembali apa kebaikannya selama ni. mungkin sebab SATU keburukan yang dilontarkan, kita membenci dirinya. jika dibandingkan dengan kebaikan yang selama ini dia berikan, hanya SATU keburukan yang kita pandang.

kita manusia, sama-sama buat silap. pernah buat silap. manusia tak ada yang sempurna, tapi selagi kita masih hidup, selagi kita masih bernafas, kita belum terlambat untuk lakukan semua ini. 

insyallah ;) peringatan untuk diri sendiri juga yang kurang sempurna. hidup kita di muka bumi ini untuk mencari redha Allah. ;D

kredit : doodle dakwah




Thursday, April 26, 2012

3 BULAN SUDAH ;D

assalamualaikum..

26/4/2012.

cukup 3bulan aku guna twitter ni. dulu aku ada jugak twitter.aku buat twitter lama 10/8/2009. ev yang checkkan. hak3 lepas tu bulan 1 hari tu aku dah delete. delete terus, bukan deactive. haha sekarang tak de la. cuma ada twitter baru ni je.

pejam celik pejam celik, kejapnya rasa 3 bulan tu! ;D

alhamdulillah, kehidupan aku bertambah baik sekarang ni. syukur pada Allah ;)

selama 3bulan tu jugak la twitter aku, aku private kan. hanya kawan-kawan yang aku kenal dan kenal aku je yang aku approve. yang aku decline sebab tak kenal, tak pernah kenal, macam kenal tapi tak nak approve jugak. hahahah~

tak best sebenarnya bila kita protect twitter ni.. sebab..

1) orang tak boleh nak retweet. aku jugak kadang-kadang geram sebab tak boleh nak retweet ayat best2 dari kengkawan aku yang protect twitter. macam tu kot diorang rasa, hak3! kalau nak retweet, kena guna cara manual. copy balik, paste balik, mention nama orang tu, lepas tu tambah RT. tu saja la. favorite pun boleh. ^_^

2) orang yang tak follow kita, takkan dapat baca tweet kita walaupun kita follow orang tu dan mention nama dia. serius, aku langsung tak tau pasal ni. tapi bila ieta bagitau aku, aku rasa ala! nak macam dulu. selalu mention dengan orang2 kat twitter, yang tak kenal, artis ke, apa2 je la kan, rupanya dah tak boleh! hahaha tak apa la. hahah :P

yang best kalau protect twitter.

1) rasa lebih selamat kot dari mata-mata kat luar sana, yang stalk ke apa ke. kan.

tu je la kot. kebanyakan orang protect twitter sebab nak tweet pasal kehidupan. tak nak la orang luar tau kan, apa yang kita tak nak kongsikan pada orang lain, hanya untuk kengkawan je! hehe

so harini, aku taknak protect twitter dah, cukup la 3 bulan. percubaan sebenarnya. kah3. 

aku dah public twitter.  sesapa saja boleh follow, mention dan sebagainya, dulu twitter lama follower aku lebih 300 tau. sekarang ni 71 je, sebab aku banyak decline request orang. hik3~

kebaikan public twitter untuk diri aku, setiap kali aku nak tweet tentang sesuatu, aku akan banyak berfikir. perlu ke tweet pasal ini? pasal itu? perlu ke tweet marah-marah ke, tak puas hati ke,mengada-ngada ke,  meluat ke, menyampah kat seseorang ke? kan? perlu ke?

so dengan publicnya twitter aku ni, aku harap aku lebih berhati-hati dalam tweet ni. maknanya ada benda yang boleh dan patut dikongsi, ada yang tidak. ada yang sepatutnya tak perlu dikongsi pun. ;)

sesiapa yang ada twitter tu, jemput follow aku, boleh kongsikan pendapat atau pandangan pasal apa2 saja. ;D

https://twitter.com/#!/fatinanakothman


header baru lagi! hehehe terima kasih anyss! kali ketiga dia kasi header untuk aku. free pulak tu.. hehehe..

jom2 pegi blog dia. KLIK SINI

dia tawarkan sapa nak header free, pm dia. cepat2. pegi blog beliau ye ;)

harini zaffran, salah sorang kawan rapat aku, akan ke london. sedihnya. huk huk i will miss you my lalang. dia kata kalau rindu dia, sebelum tido, pandanglah langit, lihatlah bintang, dia akan pandang bintang yang sama ;) semoga dia selamat pergi dan selamat pulang!! ^____^

Wednesday, April 25, 2012

Tuesday, April 24, 2012

12 PERKARA MENGENAI AARON AZIZ YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

assalamualaikum ;)


kacak. bergaya. idaman wanita masa kini. ececececeh. berkerjaya, berkeluarga dan sebagainya, suami dan bapa dalam keluarga bahagia. 

sebagai salah seorang peminat aaron aziz (shaheizy sam jangan sedih2 tau, nana sentiasa menyayangimu :P :P), ada 12 perkara mengenai aaron aziz yang mungkin tidak diketahui oleh anda.

apakah?

jom kita kenal aaron aziz lebih mendalam! bintang paling popular tahun 2011 ni~ ;D

1) sebelum makan, aaron akan suapkan dulu kucing peliharaannya dengan sudu! 

2) beliau mengaku seorang yang sangat pemalu dan berat mulut.

3) tidak gemar makan sayur bunga seperti brokoli dan kubis.. beliau hanya makan sayuran hijau sahaja.

4) tidak suka makan sushi.

5) susah nak mempercayai orang lain.

6) tidak gemar membeli-belah. semua kelengkapan aaron akan dibeli oleh isterinya. 

7) ketika di singapura, aaron selalu bertukar-tukar kerja. aaron pernah menjadi aircond techinican, bowling specialist, agen insurans, agen rumah, penjual kereta dan pelayan restoran.

8) gemar muzik yang universal dan tidak hanya pada satu genre sahaja.

9) suka tengok binatang sehingga dipanggil animal planet oleh rakan-rakannya.

10) stage fright. aaron seorang yang takot bila berada di pentas.

11) orang selalu ingat aaron seorang yang moden kerana berasal dari singapura, namun sebenarnya beliau seorang yang konservatif. aaron mengakui dia 'old fashion' dan masih mengikut adat.

12) seorang yang protektif. pantang jika ada orang marah anaknya walaupun isterinya sendiri. jika berlaku, aaron akan memarahi isterinya balik. difahamkan, hanya aaron seorang saja  yang boleh marah anak-anaknya.


ohh begitu rupanya. heheh aku pun tak tau sebenarnya. lepas baca kat blog orang lain, baru tau. share kat sini pulak ^___^

sapa peminat aaron aziz kat sini? ;p

Monday, April 23, 2012

UDANG GALAH GORENG BEREMPAH

assalamualaikum :)

abah memang pandai masak. yeah. dan kebiasaan kalau abah masak, masakannya mesti lain dari mama. hehehe mesti takkan sama punya la :P

hari tu abah beli udang galah. besarr punya! teruja kan sebab besar sangat. kehkeh.

siap ada sepit panjang lagi. kakak an kata sepit panjang tu orang panggil jongkong. hehe abah dia selalu pergi memancing udang galah. abah aku beli kat kedai je :P


mama kata udang galah ni boleh buat masak kari, masak lemak dan macam-macam la.

tapi malam tu abah buat goreng berempah.

perap bahan2 nak dekat sejam. memang terasa sangat rempahnya.. umphhhhh!!



abah asingkan sepit panjang tu. ha3~

memang sedap. banyak betol rempah. dan semestinya masakan abah lain dari masakan mama. keh3~

terliur tak? :P

Sunday, April 22, 2012

SALAM PERANTAUAN DARI KEJAUHAN-2002

assalamualaikum..

zaman dulu, kad raya paling popular. dulu kalau dapat kad raya, punya la suka. setiap kali start bulan ramadhan, dah sebok-sebok cari kad raya. kadang-kadang beli yang dalam peket, kalau yang special punya beli yang keping-keping, khas punya~ hehehe..

zaman sekarang ada lagi tak kad raya ek? aku rasanya 2,3 tahun jugak la tak hantar kad raya ni. seingat aku la..

teknologi makin canggih. sms boleh, call boleh, facebook, twitter, emel, skype, ym dan semuanya pun boleh. hehe

hari tu kemas bilik cari barang-barang lama, terjumpa keratan akhbar.

dulu aku selalu sangat hantar ucapan kat surat khabar perdana. dulu2 mama selalu beli. tiap2 minggu mesti beli. sekarang tak tau ada lagi ke tak. dah lama tak beli. kat dalam tu ada ruangan hantar ucapan.

banyak aku hantar, cuma satu je aku simpan keratan. yang lain-lain tak simpan kot.



ucapan tahun 2002. form1. masa ni pindah kat sg petani. smk bandar sg petani. lepas pindah ke KL, lost contact habis semua dengan budak2 sana. kui3

hantar ni konon-konon macam salam perantauan la. masa tu raya kat sg petani tau :P 

aku still ingat classmate lelaki aku kat sg petani dulu, dia hantar kad raya, ' hai, baju raya hang berapa pasang, mesti berbelas pasang kan, aku sepasang ja.' hik hik aku masih ingat. kad raya tu tak tau pi mana, rasanya semua kad raya aku masih simpan, nanti nak kena cari balik :P

kenangan kenangan..

Friday, April 20, 2012

INDAHNYA SABAR :)

assalamualaikum :)

indahnya sabar. terlalu indah lebih dari sakitnya kita hadapi ujian. :)

ujian adalah satu tarbiah untuk kita.
ujian adalah untuk menyedarkan diri yang terleka.
ujian adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya.
ujian juga sebagai kafarah ke atas dosa-dosa kita yang lepas.




setiap orang akan hadapi ujian. mesti. pasti.

jika seseorang itu kaya, harta melimpah ruah, mungkin hati dia tak tenang dengan masalah keluarganya.

jika seseorang itu miskin(diuji dengan kemiskinan), tapi hatinya tenang kerana dia tak pernah berhenti berdoa pada Allah.

jika seseorang itu sederhana, mungkin akan ada ujian lain yang menantinya. sakit seumur hidup. dan sebagainya.

siapa kita untuk menolak ujian dari Allah? 

dihina. dan dicaci. itu juga satu ujian.

kita tengok dulu jenis apakah hinaan dan cacian itu. ke arah kebaikan atau ke arah keburukan.

hati kalau terlalu bersih
pandangannya akan menembusi hijab
hati jika sudah bersih
firasatnya tepat kehendak Allah
tapi hati bila dikotori
bisikannya bukan lagi kebenaran.

intipati orang-orang yang mengejar syurgawi, merindui kehidupan yang abadi (akhirat) akan lebih mengutamakan pandangan Allah dari pandangan manusia.

biarlah tak kacak dan cantik di mata manusia, asalkan jelita dan tampan di mata Allah.
biarlah bodoh dan hina di mata manusia, asalkan pandai dan bijak di mata Allah.

utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia. kita buat sesuatu untuk mencari keredhaan Allah. bukan manusia. manusia takkan berhenti mengata. tak mengapa, Allah ada. Allah sentiasa ada dengan kita. :)

ya, kita memang tak baik. kalau kita rasa kita tak mampu jadi baik, sekurang-kurangnya belajarlah tak buat jahat.

orang menghina? mencaci? memerli? 

tak apa, selagi lidah mereka masih lembut, masih mampu berkata, biarkan mereka. Allah ada dengan kita, kan? ;)

Allah sentiasa dengan kita ^___^

Thursday, April 19, 2012

TUTORIAL : CARA NAK DETECT ORANG YANG UNFRIEND KITA KAT FACEBOOK

assalamualaikum.. :)

kalau twitter kita boleh detect sapa yang unfollow kita, kita boleh detect sapa yang tak follow kita balik dan sebagainya, facebook jugak ada software yang boleh detect sapa yang unfriend kita, deactivated dan reactivated facebook diorang.. kita boleh detect dengan pantas sebab keluar kat notifications. hahaha~

tutorial ni aku jumpa dari blogger yang dikenali sebagai amny. yang ni versi dia, yang aku nak buat ni versi aku :) terima kasih ye amny sebab bagi izin buat tutorial ni~ heheh...

dah lama aku cari benda ni sebenarnya. haha ye la, bukan sepanjang masa kita nak check atau perasan sapa yang unfriend kita dari facebook kan. bila ada macam ni, kita tak payah susah-susah nak cari, terus keluar kat notification tau, tanpa disangka XD

ok kawan-kawan. mari kita mulakan tutorial ni.

mula-mula, KLIK SINI

nanti akan keluar page macam ni..


lepas tu klik kat perkataan download dan install tu. yang aku dah bulatkan warna merah tu. 




lepas tu keluar benda ni. klik continue. kalau klik discard tak la jadi apa2 ye dak? makanya kita harus klik continue. hak3



lepas tu nanti bila keluar macam ni, klik ADD. bukan cancel. :)



lepas dah klik ADD, automatik akan keluar benda ni. makanya unfriend finder telah berada di chrome milik anda. 

kalau tetiba tak de kan, apa kata klik kat bentuk spanar tu (macam gambar di atas), lepas tu  klik settings lepas tu extensions.


pastikan enabled ye :)

ok dah siap!!!

lepas tu korang boleh check kat facebook masing-masing ye ;D



selain nama profile kita, akan ada home, dan unfriends :)

klik kat situ, akan keluar macam ni la.. 

680 friends dalam facebook aku.
1 pending request tu maksudnya orang yang kita add tapi orang tu tak approve kita.. ekekekke mula-mula aku check ada 32 kot. aku cancel request semua habis. hahaha.. tinggalkan satu je :)

unfriend finder detected : 0 unfriends. kekekek



unfriend tu kat bawah events ye. macam ni. tu settingsnya. pandai-pandai la godek nanti ye. nak set tak nak dapat notification pun bolehhh XD




kalau tak da orang unfriend kita dari facebook, makanya tak de la..



kalau ada orang unfriend kita, akan keluar macam ni.. automatik. ni facebook orang lain punya. aku test kejap. kekekeke aku unfriend dia :)



sapa yang deactivate facebook pun kita dapat tahu. kebetulan semalam ada orang deactivate kan, namanya biarlah aku rahsiakan.. kui3

kalau dia dah on balik facebook, akan keluar **** has reactivated their profile.


contoh pending requests. ni aku add seseorang tapi dia belum approve. baru ja add. haha..

yang request ignored tu yang aku pernah add sebelum ni tapi diorang tak approve. 90% artis. serius. hahah ni mesti aku add masa mula2 ada facebook kan. lucu pulak rasa.. kekeke britney spears pun aku add tau.. gila2~ hahahah..

makanya aku cancel je la request semua tu.. hahaha..

amacam? best tak? teruja kot aku bila ada benda ni.. hahaha~ lepas ni kan kalau sapa-sapa unfriend kan, boleh la cepat-cepat mesej ucap terima kasih ye unfriend kiter, ahaks

dan sesiapa yang deactivated facebook senyap-senyap, takkan boleh punya. lalalala~ XD

sampai sekarang facebook aku masih tak bertukar menjadi timeline. agaknya mark dah luluskan permohonan aku untuk tidak menggunakan timeline.. kui3~ ;p

Wednesday, April 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY :SUDIKAH PAKCIK MENJADI AYAH MERTUA SAYA??

assalamualaikum :)


keh keh keh

kredit : azam azri


Tuesday, April 17, 2012

DIPERMAINKAN OLEH KAKAK KAUNTER

assalamualaikum..

13 april yang lalu, birthday seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku.  kawan. aah kawan. kot. hehehe

dan dengan dia juga la, aku baru kenal apa itu pawagam, apa itu wayang, selama ni tengok kat vcd je, tak pun tunggu aje la, time raya mesti keluar. kah3!

pertama kali jejakkan kaki ke pawagam rasanya tahun 2007, umur 18 tahun, dan tengah tunggu keputusan spm. ngeee

masa tu nak sangat-sangat tengok filem mukhsin. punyala nak! kebetulan dia dapat gaji (dia buat keja sambilan), so dia ajak aku pergi tengok wayang! masa tu aku dok kat KL, so kitorang pergi tengok wayang kat KLCC..


dia pun tak pernah tengok wayang. aku pun. so sama-sama pergi ke pawagam buat kali pertama. sigh.

jalan punya jalan, kitorang pergi kat pawagam tu. tgv kan? rasanya la..

beratur kemain panjang. rasa tak sanggup dah nak tunggu tapi sebab nak tengok sangat, beratur jugak la. lepas tu aku dan dia pun beli la dua tiket filem mukhsin. seingat aku pukul 1.30pm.

masalahnya kitorang tak tau pawagam tu kat mana. jalan nak masuk ke panggung tu, kitorang tak tau, tertanya-tanya jugak la. lepas tu kitorang tanya kakak tu.. kakak yang jaga kaunter pawagam..

'akak, pawagam kat mana ek? masuk belah mana?'

'kat tingkat atas sekali'

kitorang pun angguk dan tersengih-sengih la. kekeke yela, tak lama lagi dah nak masuk pawagam ni, tak pernah masuk pun!

kitorang jalan-jalan la sekitar tu. lagi 10 minit nak bermulanya tayangan, kitorang terus naik ke tingkat atas, kan kakak tu cakap nak masuk pawagam kena naik tingkat atas, cari punya cari, tak jumpa.

pehh masa tu kitorang berdua dah panik. muka yang tersenyum lebar tadi pakat tertarik 44 inci dah. bayangkan, lagi 10 minit dah nak mula, kitorang cari pawagam tak jumpa. argh arghh!

melilau-melilau kitorang kat tingkat atas tu cari, tak de pun., yang aku nampak kaunter tempat aku beli tiket tadi la. kitorang siap tanya orang yang sapu sampah kat situ, bukan orang malaysia, dia geleng kepala tanda tak tahu.

aku cakap kat dia, tak apa la, tak payah la tengok, jom la kita balik. *muka masam dah time ni*. ekekekek

lepas tu dia cakap, jom kita pergi tanya kakak kaunter tu balik. 

kitorang pun pergi la balik, tetiba nampak tempat yang orang jual popcorn tu, lepas tu nampak ramai beratur, tunjuk tiket kat pekerja dan masuk ke dalam! hahaha..

masa tu rasa nak menjerit je, apsal kakak tu tak cakap dalam ni je??? ngada betol cakap tingkat atas! grrrrrrrrrrr~ hahaha

kitorang pun masuk la ke dalam, ikut orang je pun.

dah jadi satu masalah pulak, orang ramai dah penuh dalam pawagam, rupanya dia ambil tempat duduk tengah-tengah pulak dah, kena melangkah-langkah kat orang.. aduh.

lagi satu masalah pulak sebabkan aku masa tu rabun, tak nampak sangat. aku ada spek, aku pakai time nak jawab spm je. hahaha. walaupun skrin tu besar tapi aku nampak kabur.

walau time tu ada babak, adibah noor sidai pakaian dalam, diorang gelak guling-guling, yang aku ni punya jegil, apa la dia buat, tak tau apa-apa, gelak sekali je la. gelak sebab tak nampak. sigh. hahhaa

aku dah lupa jalan cerita tu. tak berapa nampak sangat kan. sabar je la~ kikikiki

lepas tu tengok balik kat tv time raya bila ntah. baru paham. lalalala~

sekarang ni dah expert dah. kah3. dah tau dah seat mana yang selesa nak duduk, tempat mana, jam berapa, semua2 dah terror dah. siap bawak mama lagi, bawak adik angkat lagi pergi. hahaha tak panik dah macam duluu~

itu la pengalaman pertama kali menjejakkan ke pawagam. rasa lucu sangat, rasa geram sangat sebenarnya, mungkin kakak tu sekadar nak melawak tapi kitorang percaya. nampak sangat tak baca apa-apa dalam tu. wakaka


kenangan yang terpahat di hati ^_^


Monday, April 16, 2012

REZEKI BULAN APRIL

assalamualaikum! :)

alhamdulillah, semua barang yang aku tunggu selamat sampai ke rumah, jadinya aku nak buat satu entry khas sebagai tanda penghargaan kepada si pemberi yang baik hati dan promote sekali blog diorang. kehkeh.

semua ni aku terima dalam bulan april. syukur, atas usaha sendiri, berbaloi :)

mula-mula sekali aku dapat hadiah dari iceq. KLIK SINI untuk ke blog beliau.. salah seorang BFF kesayangan aku. :)

sebenarnya terkejut sangat sebab dia tak inform pun nak kasi apa2 hadiah, ni la betol2 orang panggil surprise, ye dak? kekekeke terharu sangat rasanya. ;')


buku yang bagus. isi yang lengkap, padat, seronok la masa baca, rasa macam ada kekuatan, ada semangat, tak nak rasa sedih. untuk menjadi wanita paling bahagia, tak susah sebenarnya.. tapi tu la, aku tak mencapai tahap tu lagi :)

antara yang aku pelajari dalam buku ni..

seorang wanita hidup di pondok, hanya makan sepotong roti, beribadah kepada Allah, adalah orang yang bahagia dan hatinya sentiasa tenang kalau nak dibandingkan dengan seorang wanita yang hidup dalam rumah mewah, menikmati hidangan-hidangan yang lazat, mempunyai harta benda yang lengkap tetapi hatinya tidak tenang kerana tidak beribadah kepada Allah.

terima kasih sayang ^__^ kita sama-sama jadi wanita yang tabah okay? ;D


ok. lepas tu aku dapat pulak hadiah dari yadz! KLIK SINI untuk ke blog beliau.

ingat tak aku pernah join segmen sentap bersama yadz? alhamdulillah, aku antara pemenangnya ;D

dapat hadiah jam tangan! yeay!. kali kedua dapat hadiah jam tangan dari yadz, dulu pernah jugak dapat sebab masuk contest dia, aku pernah cerita kat blog. KLIK SINI  untuk melihat jam tangan yang dihadiahkan dulu. kui3.

bagus jugak. sebab aku memang tak de jam. lepas jam yang yadz bagi dulu putus talinya (jam masih elok, nanti nak ganti tali ja), ada seseorang bagi aku jam tapi kan jam tu sudah tiada! sudah berada di tempat pelupusan sampah. mungkin dah hancur berkecai kot kena lenyek. kah3! 



ini la jam yang aku dapat. cantik! cantik! cantik! pehh XD

terima kasih yadz! 


lepas tu, aku menang giveaway dari sweety beauty shoppe. KLIK SINI untuk ke blog beliau.

hadiah menjadi rahsia sebenarnya. aku pun tak tau apa aku dapat, bila hadiah dah sampai ke rumah baru tau dapat apa. kikikiki.



shawl pashmina. pashmina kan? ke bukan? err err tak tau la orang panggil apa. kah3 tapi serius kain lembut gila! memang sesuai la dengan aku, shawl tu panjang dan lebar pulak tu, boleh lilit berkali-kali, tutup dada pun boleh. suka-suka. warna pun lawa! peh. aku pakai shawl ni time keluar makan kfc dengan mama hari tu.. kui3~

terima kasih sweety beauty shoppe! ^__^


lepas tu menang pulak teka teki dari blog yui! KLIK SINI untuk ke blog beliau.

ni pun tak sangka sebenarnya boleh menang. kekeke dia suruh teka yang mana satu dia dalam gambar masa sekolah. belek punya belek, lepas tu teka, rupanya betol! yahoo. suka-suka. hehehe

dapat hadiah hasil tangan dia sendiri, dia kreatif! dia memang ada buat bisnes craft ni. cantik2 hasil tangan dia sendiri. heheh KLIK SINI untuk ke blog craft beliau.



cantik kan? sampai empat! hik3! kerongsang ni. ;D

terima kasih yui! ^__^


aku menang jugak giveaway dari cik chemist! KLIK SINI untuk ke blog beliau.

nama pun giveaway, mestilah cabutan bertuah, ye dak? keh3 aku bertuah sebab menang button long skirt, dari miss qi closet. salah satu sponsor giveaway beliau!


ada 3 warna yang ditawarkan, biru, mustard dan pink. hehe biru milikku! sampai sudahhh XD sama tinggi dengan aku. best sangat! ;D

kaler tak nampak sangat, kan? 



ha macam ni warna dia. hehehe harga dia RM50. saiz fit S-L.

sesiapa yang nak beli skirt ni, atau apa saja, yang best2, semua ada jual kat miss qi closet, KLIK SINI untuk ke facebook beliau.

terima kasih cik chemist dan miss qi closet! ^__^


dan akhir sekali, hadiah yang memang aku nanti-nanti dan akhirnya sampai, hehehe..

hari tu aku masuk satu peraduan kat facebook anugerah bintang popular berita harian. sapa yang komen post tu yang ke 200 akan menang t-shirt abpbh yang telah ditandatangani oleh zizan. kebetulan aku tengah online, aku try la masuk. komen dan komen berkali-kali. lepas tu offline.  sebab ramai yang masuk, aku tak kisah sangat la pasal keputusan =,=

2 jam lepas tu aku online balik, saja-saja la check sapa pemenang dia, haa dia tulis pemenang t-shirt edisi terhad ini adalah fatin vavavoom! peh! peh! punya la suka kan. tak sangka. siap aku check balik komen-komen yang lain, kot2 ada fatin vavavoom lain kan, rupanya aku je! haha! alhamdulillah, rezeki! ;D

 

hai zizan! :P

dah habis abpbh, aaron aziz pun dah menang. hadiah pun sampai. kemain lawa bungkusan dia, hamboi2. :P


cantik kan t-shirt ni?tak tau la pulak lengan dia tu kaler merah. kah3 sebab dalam gambar yang zizan pegang tak nampak pun.  hehehe saiz L ni :)



tak sangka dapat fridge magnet sekali. terkejut aku. sebab dia cakap baju aje, tak cakap pun dapat fridge magnet sekali. haaa memang bertuah la kan XD


time giliran baju aaron aziz dan shaheizy sam, aku terlambat! hahaha so tak dapat la :P dapat yang zizan pun jadi la. heheheh suka dia ni ^__^

terima kasih abpbh! ^_^


terima kasih kepada para penganjur contest/giveaway yang menunaikan janji. ada jugak hadiah yang aku tak dapat. ada yang aku tanya, tak de balasan, sepi terus. ada satu hadiah patah balik ke tuannya masa aku kat kulim dulu, tak tau dari sapa, tak de sapa pulak inform aku, heheh ada yang aku tak tanya pun, buat tak tau je la. hehe anggap je la tak de rezeki nak dapat hadiah yang diorang tawarkan walau aku menang. ;D

suka dengan kehidupan sekarang, dapat lihat banyak perbezaan kehidupan yang dulu dan sekarang :) 

ARTIKEL RAKAN BLOGGER