Wednesday, February 29, 2012

FOR MY LOVELY FATHER

salam..

harini 29/2/2012. 4 tahun sekali bulan februari ada tarikh 29. 4 tahun sekali. selain tu bulan februari cuma ada 28 hari. uniknya bulan februari :)

dan harini juga merupakan hari lahir abah tersayang, yang ke 52 tahun. alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Allah panjangkan umur abah hingga ke harini, bertuahnya aku dan mama mempunyai seorang abah dan seorang suami yang sentiasa bertanggungjawab dan tak pernah melupakan tanggungjawab sesaat mereka diijabkabulkan :)

sebabkan abah cuma ada anak seorang, iaitu aku, abah sangat sayangkan aku. abah sangat manjakan aku. tapi bukan manja dan sayang dengan menuruti segala kemahuan aku.. itu tidak. dulu masa aku masih bersekolah, tengok kawan-kawan ada handphone, hati memberontak sangat, nak handphone, merungut2 kat abah, kenapa aku tak boleh dapat handphone sedangkan orang lain boleh? sampaikan satu tahap form 3, aku langsung tak bercakap dengan abah sebab dia tak nak belikan aku handphone. berbulan-bulan jugak la tak makan semeja dengan abah, tegur abah.

aish. kalau nak cerita, kenakalan aku, satu entry pun tak cukup. selebihnya biarlah aku ja yang tahu. keh3 tapi kisah dulu. masa tu biasalah masih remaja. dan abah paling tak suka kalau aku beli majalah hiburan. dulu aku peminat setia mangga, kahkah umur 18 aku dah tak baca, aku start kumpul majalah hiburan dari umur aku 11 tahun (sebab masa tu kumpulan newboyz tengah naik), URTV, HAI, semuanya tak pernah ketinggalan.. kalau time beli dan bawak balik rumah, abah ada kat rumah, punya takot, aku akan selitkan majalah tu dalam baju pastu terus lari dalam toilet konon-konon sakit perut. keh3 tapi pernah jugak kantoi dengan abah, aku susun semua majalah penuh atas katil sebab nak kira dan nak asingkan, tetiba abah masuk bilik. nasib baik dia tak marah. hik3. sekarang memang tak de dah majalah2 tu, aku rasa mama dah buang kot masa nak pindah kemaman. keh3

dulu2 aku akui aku memang tak rapat dengan abah, apa-apa pun mama, semuanya mama, sampaikan satu hari tu abah cakap dia pun nak dengar jugak apa aku nak cerita, kongsikan la. sejak tu baru la berani kongsi. kehkeh.

dalam banyak-banyak lelaki aku kenal, hanya abah yang betol-betol memahami aku, dan dia tak pernah tinggalkan aku waktu aku susah sangat-sangat ke, senang sangat-sangat ke, dan usaha macam-macam untuk bagi aku habiskan sekolah, diploma. peh bila teringat balik, terlalu banyak jasa diorang kan. tak mampu aku nak kira.

bila dah hampir umur 23 ni, aku tanya pada diri sendiri, apa aku dah pernah buat untuk abah? :((

mungkin ada tapi tak setanding apa yang dia dah buat. contoh kalau 1000 dia pernah buat untuk aku, aku rasa aku buat tak sampai 10 kot. rasanya la.

ya allah..

buat kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada abah yang paling disayangi, satu2nya abah yang aku ada, takkan mungkin ada pengganti, takkan mungkin ada orang boleh ganti dan takkan boleh ada sesapa ubah statement,aku bukan anak abah. selamat hari lahir yang ke 52. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki olehNya, terima kasih kerana menjadi abah yang terbaik, tiada pengganti, semoga aku diberi kesempatan membalas jasanya selagi hayat masih dikandung badan. insyallah. selalu aku berdoa agar aku diberi kesempatan untuk membalas jasanya yang tak terbalas lagi sehingga kini.


'SELANGKAH ANAK PEREMPUAN KELUAR DARI RUMAH TANPA MENUTUP AURAT, MAKA SELANGKAH JUGA AYAHNYA ITU HAMPIR KE NERAKA'

bila baca statement ni, aku jadi takot sangat2, insyallah, aku takkan biarkan abah melangkah ke neraka kerana kecuaian ku ini, tak kira di mana aku berada, dengan siapa aku berada, insyallah. tak sanggup rasanya bila lihat abah ditarik ke neraka, sebab diri sendiri degil tak nak menutup aurat. insyallah.


izinkan anakmu ini membalas jasa dan pengorbananmu sampai bila-bila

i love u abah, always love you :)

Sunday, February 26, 2012

SEKIRANYA..

assalamualaikum..

sekiranya aku dikatakan sebagai penyebar fitnah, aku mohon agar orang yang difitnah memohon kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui agar aku diberikan balasan setimpal samada di dunia atau di akhirat kelak. aku redha. sekiranya aku memang benar penyebar fitnah itu. dan aku tau apa balasannya.

" dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan," (al-baqarah : 191)

Rasulullah s.aw. bersabda " tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah" (hadis riwayat bukhari dan muslim)

dan sekiranya aku difitnah, aku mohon kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui, agar satu hari nanti, Dia tunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya pada semua orang. aku tak pernah berhenti memohon kepada Dia yang lebih mengetahui walaupun hal tersebut disembunyikan, disorokkan dan diputarbelitkan sekali pun.


berkata-katalah selagi lidah anda masih lembut untuk berkata kerana jika satu hari nanti, lidah sudah keras, maka tak boleh lagi untuk berkata-kata. ketika mulut terkunci,tangan dan kaki bersaksi.

aku percaya kekuasaan Allah. aku percaya janji Allah. dalam dunia ni Dia yang paling berkuasa. yang mencipta bahagia itu adalah Allah, maka mintalah bahagia itu pada Allah.

jika kebenaran muncul suatu hari nanti dengan izin Allah, aku mohon jangan sesekali cari aku. mohon la ampun kepada Allah swt.

walaupun kotor pada pandangan manusia, kita tak pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.


Allah s.w.t berfirman, 'tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya. (surah At-Taghabun : 11)

Thursday, February 23, 2012

BILA AKU DIAM

assalamualaikum..

mesej pertama, aku tak balas. sebab apa? sebab aku tak mau panjangkan cerita. yang sudah tu sudah la. aku dah belajar dari kesilapan. aku dah lama mulakan hidup baru. dah lama move on.

tapi sebabkan aku diam, aku dapat mesej kedua. tadi kat facebook, lepas aku dah block, datang pulak kat blog :)

aku cuma nak cakap, alhamdulillah. terima kasih kerana berkata begitu. :) ALLAH MAHA ADIL. :)

abah cakap, kalau orang lempar tahi, kita jangan lempar tahi balik kat orang tu. sebab apa? sebab sama je kita dengan orang tu. so aku nak hadiahkan senyuman dan sekuntum doa, semoga ALLAH bukakan pintu hati beliau. insyallah.

assalamualaikum ^__^

Wednesday, February 22, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : KALAU KITA

assalamualaikum :)

hari ni hari rabu kan. wordless wednesday. tapi panjang jugak la entry ni. wakaka! tapi sebabkan wordless wednesday aku tetap nak bubuh tajuk jugak XD

HAYATI GAMBAR NI...

sedih tak?? ;(

Ya Allah.. mereka Kau uji dengan kebuluran..kami Kau uji dengan kekenyangan..

ketika kita tak larat menghabiskan makanan yang berlebihan di rumah kita.. ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika kita membuang sisa makanan yang tidak habis dimakan ke dalam tong sampah.. ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika anak kita tidak larat menghabiskan makanan yang kita masakkan untuknya.. ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika anak kita merungut-rungut kerana perut penuh kekenyangan dan tidak mampu menghabiskan pizza, kfc, western food, burger, chicken chop.. ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika kita mengadakan kenduri kahwin anak kita.. banyak gulai dan lauk pauk yang tak habis dimakan kita buangkan ke longkang dan sungai.. ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika kita boleh memilih apa yang hendak dimakan.. di kedai.. di gerai.. di restoran.. ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika kita mengadakan majlis keraian.. rumah terbuka.. doa selamat.. majlis hari lahir.. kita menjemput tetamu yang hadir makan dengan hidangan yang pelbagai.. ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika kita merungut marah kepada isteri..atau kita sebagai anak merungut marah kepada emak..mengapa hidangan hari ini tidak mengikut selera kita.. ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika kita membiarkan lauk pauk basi tidak dimakan lantaran banyaknya makanan..ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika kita tidak berjimat membeli apa sahaja mengikut selera dan nafsu kita.. ada manusia yang sedang kebuluran..

ketika kita diberikan nikmat yang berganda dan melimpah ruah.. adakah kita ingat dan bersyukur kepada Allah yang mengurniakan nikmatnya kepada kita?

ingatlah di luar sana ada manusia yang mengutip sisa-sisa makanan yang pada pandangan kita ianya adalah sampah..tetapi bagi mereka yang kebuluran..itulah rezeki yang disuap masuk ke mulut yang paling enak untuk dinikmati..

ingatlah.. sebelum Allah menarik balik rezekinya kepada kita..janganlah melawan Allah..janganlah membazirkan nikmatnya!

kredit : KLIK SINI

sedihnya. aku kekadang merungut jugak kat mama, dah lama kita tak makan pizza, kfc, mcd, kenny rogers la dan apa2 je la.. tapi bila baca dan tengok gambar ni.. punyalah sedihh.. saat kita mengidam makanan yang sedap2, ada orang lain yang kebuluran.. T___T

nasihat untuk diri sendiri dan kawan2 yang lain :)

Tuesday, February 21, 2012

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI KEMAMAN


assalamualaikum.. :)

pada 18/2/2012 yang lalu, kat kemaman ada majlis sambutan maulidur rasul. abah ajak kitorang pergi. ada perarakan. tapi kami tak la ambil bahagian. hehehehe..



bangun pagi2, pukul 7 kot dah bertolak pergi sana. kat padang astaka je..

hari tu mood tak berapa baik sebab perut buat hal. dah la toilet ada dua, yang beraturnya 20++ =,= sabar je la den. keh3..


ada lebih 200++ gambar yang abah amik. tapi tu la, nak letak semua dalam blog tak mampu la kan. kahkah. makanya aku pilih2 yang aku rasa okay nak dikongsi kepada pembaca blog ni. alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah ;D


layan gambar-gambar kat bawah ni :)

baru sampai sana. awal lagi. pukul 1, shawl dah tak jadi macam tu dah, muka pun dah hitam dah sebab cuaca panas :D

tetamu kehormat :)

cantikkan? ;D

smart kalau baju semua sama. heehe.. tak ingat la pasukan mana XD

aku paling suka suka suka dengan kumpulan TATIUC. haha. cantik gila baju diorang. smart sangat. peh peh. aku pernah praktikal kat TATI dulu. hehehe.. rindu pulak.

yang mana satu.. :P

perarakan dari institut pengajian islam. :)

lawa betol! hehe.. kumpulan SMK MAK LAGAM.

ASMARA YAYASAN TERENGGANU

GONG PAUH. dekat je dengan rumah aku.
JKKK BUKIT TERUNA

ramai yang ambil bahagian dalam perarakan. dengar cerita berpuluh ribu jugak la. sebab ada beratus-ratus kumpulan..



yang sebelah jalan sana tu perarakan budak-budak tadika.. diorang berarak 3.5km je. yang dewasa dan budak sekolah 7km.


MB TERENGGANU :) dan.. kenal tak? hehehe.



bila dah habis.. rehat la semuanya..

kitorang pukul 2 kot baru balik rumah. hehehe cuaca panas sekejap, hujan sekejap. dapat pulak makan gula kapas.. heee. nyum2! balik tu pulak makan nasi lauk ayam. dah la tengah lapar, memang habis la sepinggan. kekekeke..

jangan lupa selawat ke atas nabi.. :)



semoga amalan kita diterima Allah. apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan ALLAH? ;)

Saturday, February 18, 2012

AKU SAYANG KAU SANGAT2

assalamualaikum :)

seperti tahun lepas, entry ini kembali lagi. oh ya, setiap tahun aku akan buat entry bila tibanya birthday 3 orang BFF aku. mula-mula iceq (18/2/), lepas tu lynna (9/4) dan akhir sekali abil (5/8)..

lupa pulak. dah masuk tahun keempat aku buat entry pasal dia. sapa dia? ekekekeke..


untuk yang belum kenal dia, nama dia sadeline vateria. sebaya aku. berasal dari sarawak dan sekarang sedang menghadapi semester terakhir di UKM. bakal ahli forensik ni. aku kenal dia kat friendster dan pertama kali bersua muka bulan 11 tahun 2008. :)

pernah ada salah faham, tahun lepas. yup. :) persahabatan mana yang tak de masalah kan? kitorang pun ada tapi alhamdulillah kitorang ambil itu sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. salah faham mengajar aku betapa erti persahabatan dan betapa sayangnya aku pada dia. :)

setakat ni, 3x dah aku jumpa dia. pertama, kat mid valley. masa tu 1st gathering. kedua, kat pasific kat butterworth, ketiga masa hari konvokesyen aku hari tu. dia datang jumpa aku dan bawak abil. BFF aku lagi sorang. :')

ni pertama kali kita bertemu. kenangan ni takkan pernah hilang dalam hidup aku :)


terima kasih iceq sebab datang dan bawak abil jumpa aku. masa hari konvo aku. serius happy sangat2 sampai tak mampu nak cakap apa2. dalam hati hanya Allah yang tau.. :)


TERIMA KASIH

# atas persahabatan ini. dari 2008 hinggalah sekarang. persahabatan yang aku sayang sampai bila-bila.

#kerana banyak menegur aku ketika aku buat salah.

#menyedarkan aku agar tidak mempercayai kata-kata luar yang tak terbukti kesahihannya.

# bagi aku senyuman masa aku tengah sedih. senyuman tu aku ingat sampai bila-bila.

# sebab dengar luahan hati aku malam tu. serius masa tu aku rasa tension sangat-sangat dan kau tetap layan aku macam biasa, walau kau pun ada masalah lain, kau ada dengan aku, masa aku tengah sedih sangat-sangat.

#kau selalu bagi nasihat yang berguna, kau selalu bagi semangat kat aku masa aku hilang semangat.

#kau usaha datang jumpa aku, walaupun pada mulanya aku rasa macam tak yakin kita boleh jumpa pada hari tu sebab masa yang terhad, tempat yang terhad, tak nak menyusahkan kau, tapi akhirnya kau datang, aku rasa sebak, dan kau bawak abil pulak untuk aku. pertemukan kami buat kali pertama. terima kasihhhh :)

#layan sms dan call aku, walaupun masa tu dalam kereta, kau boleh lagi dengar luahan hati aku.

dan berbanyak terima kasih sebab kau tak pernah tinggalkan aku masa aku susah, masa aku kecewa, dan kau selalu bersama aku masa aku happy, masa aku tengah bahagia..

aku mungkin bukan teman yang terbaik pernah kau jumpa tapi insyallah aku usaha untuk menjadi yang terbaik di mata kau. aku mungkin pernah abaikan kau satu hari dulu tapi insyallah sekarang aku akan bahagikan masa untuk kau. aku mungkin pernah sakitkan hati kau satu hari dulu tapi insyallah, aku sedang berusaha untuk menjaga hati kau sebaik mungkin. aku mungkin pernah tinggalkan kau atas salah faham dulu tapi insyallah, aku takkan ulangi kesilapan tu untuk kali kedua. aku mungkin pernah tidak menghargai kau tapi insyallah, aku akan menghargai diri kau sama macam aku hargai diri aku.

aku sedang cuba sayang. aku sedang cuba. aku mahu menjadi teman yang terbaik untuk kau. dan untuk kawan-kawan yang lain. aku sdang berusaha. doakan aku. :)

selamat hari lahir yang ke 23. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. semoga tahun 2012 ini menjadi tahun paling bermakna dalam hidup kau. semoga berjaya dalam pelajaran kau yang akan tamat pada pertengahan tahun ini, insyallah. semoga usaha dan pengorbanan yang kau telah curahkan selama ni dihargai oleh orang yang kau sayang. semoga persahabatan ini kekal buat selamanya.

terima kasih atas kasih sayang, semangat, pengorbanan, nasihat, teguran, dan perhatian yang kau berikan kepada aku dari mula kita kenal, sampai la ke saat ini. saat kau baca ayat ini..

aku rindukan kau sangat. rindu sangat, semoga kita dapat berjumpa lagi. lebih lama, menghabiskan masa bersama. insyallah. doakan ya. :)


aku sayang kau sangat iceq lebih dari apa yang kau tau..


bila aku dah tak de nanti, bila kau rindu aku, kau boleh baca entry ini. i love you. :)


Friday, February 17, 2012

HARGAILAH GURU ANDA :)

assalamualaikum.

aku dari sekolah menengah kot, memang tak mau jadi cikgu. kiranya cita-cita aku tak pernah aku letak cikgu. sebab apa ek? errr. sebab dulu-dulu kami budak-budak eh bukan, sebab kami budak sekolah agak nakal dan kesian tengok cikgu tak senang duduk, buat itu ini, cikgu la segala-galanya kalau kat sekolah.

cikgu kena layan itu ini, murid muntah ke, murid pengsan ke, murid terkena apa-apa ke, semuanya diharapkan pada cikgu saja. dan masa tu aku rasa memang tak mau jadi cikgu sebab rasa jiwa tak kental macam cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah aku. serius. nak jadi cikgu jiwa kena kental.

tambahan pulak budak-budak zaman sekarang. dulu lain. zaman kita dulu lain. abah siap pesan kat cikgu aku dulu, kalau fatin degil, rotan aje, pukul je, asalkan jangan patah kaki tangan sudah.. siap pesan. aku ingat lagi masa aku darjah 2, cikgu cubit perut aku sebab aku kelam kabut kemas beg nak balik sekolah padahal kerja yang cikgu suruh siapkan tu tak siap-siap lagi.. kahkah..

balik rumah tunjuk kat abah, perut kena cubit. abah gelak aje.. dia tanya, sebab apa cikgu cubit? ye sebab kalut sangat nak balik. haha abah gelak-gelak. ada dia nak pergi marah cikgu tu? ada?!

dari mula sekolah sampai habis sekolah, belum pernah abah dan mama ada masalah dengan cikgu sekolah aku. dan mereka belum pernah marah cikgu aku. walaupun tapak tangan aku pernah kena penangan rotan setebal-tebalnya dan senipis-nipisnya, ouch. masih ingat lagi.. hehehe..

aku sekolah rendah pengawas ye. haha,, sekolah menengah je tak :)

sebab apa? sebab cikgu rotan salah sendiri. haa. salah sendiri. ada ke tetiba tak de sebab cikgu nak rotan? ada? haha. tak penah ada.

dan bila aku baca ayat-ayat ni...


betapa besarnya perngorbanan guru-guru kita sebenarnya. dari kita tadika sampai la form5, bayangkanlah, kita semua ada guru. kita semua masuk sekolah. zaman sekarang jarang ada la orang yang tak pergi sekolah kan. kita semua ada guru.

dulu kan, aku perasan satu benda, terutama masa hari guru, cikgu yang paling banyak dapat hadiah dan bunga adalah cikgu yang garang-garang. kadang2 aku pun pelik, padahal cikgu yang garang tu la pelajar tak suka tapi sebenarnya tak. cikgu yang garang tu la, sebenarnya yang banyak bantu kita.

sampai sekarang aku ingat lagi cikgu akaun. memang garang. dan akaun aku pulak memanjang failed setiap kali ujian. aishh. sampai ke percubaan pun masih dapat D. aku memang putus asa habis dah, serius, tapi cikgu tu tak pernah putus asa, garang-garang pun, dia selalu sangat buat kelas tambahan tambah2 masa spm nak dekat, dia ajar satu-satu yang aku tak paham dan sampai la paper akaun spm, aku boleh jawab. alhamdulillah dapat B, memang aku paling tak sangka sebab sebelum ni asyik failed aje kan T__T

sampai bila-bila pun kita tak boleh lupakan jasa dan pengorbanan cikgu.. takkan boleh. dan beberapa orang guru aku meninggal dunia. aku dapat tahu, aku sedih gila. yang aku paling ingat, ustaz masa sekolah rendah, dulu aku ada masalah aku mengadu pada dia, dia nasihat aku itu ini, lepas tu beberapa tahun lepas tu aku dapat tau dia meninggal dunia, punyalah sedih. :( sedekahkan al-fatihah kepada mereka. jangan lupa.

ramai kawan-kawan aku yang bakal menjadi cikgu antaranya famy, nadiah, nabila dan lain-lain :P

ingatlah, nanti kalau kita akan jadi seorang ibu atau seorang bapa. kalau kita benci cikgu, dendam dengan cikgu, meluat dengan cikgu, nanti kalau kita nak hantar anak pergi sekolah pun, cikgu yang akan ajar. :)

tak kisahlah anda cikgu, teacher, sir, ustaz, ustazah, anda semua cikgu kami :)

terima kasih cikgu. jasamu dikenang :)

Wednesday, February 15, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : CANTIKNYA MATA INI

assalamualaikum :)



gambar hasil dari Fotografi Makro yang menakjubkan daripada seorang ahli fizik, Suren Manvelyan yang menggunakan rakan-rakannya untuk mengambil gambar mata mereka. Beliau sendiri tidak menyangka mata memnpunyai struktur yang unik dan indah seperti permukaan sebuah planet yang tidak diketahui.


subhanallah... cantik rupanya mata ini.. cantik sangat2.. kagumnya dengan ciptaan Allah. :)

Tuesday, February 14, 2012

SEGALA PERASAAN ITU INDAH JIKA..

salam.. :)

nak kongsikan satu entry yang sangat berguna bagi diri sendiri dan insyallah untuk orang lain. entry ni aku baca kat blog akuislam.com. aku selalu ke sana. aku suka membaca entry2 di sana. :) sebab entry kat situ banyak buat kita berfikir dengan lebih mendalam lagi. insyallah :)




CINTA itu indah..

jika cinta itu kerana Allah.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

RINDU itu indah..

jika rindu itu kerana Allah..kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui..

KEGEMBIRAAN itu indah..

jika gembira itu kerana Allah.. kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira..

SEDIH itu indah..

jika sedih itu kerana Allah.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih..

BOSAN itu indah..

jika bosan itu kerana Allah.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan..

KESIBUKAN itu indah..

jika sibuk itu kerana Allah.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan..

SAKIT itu indah..

jika sakit itu kerana Allah.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu..

BENCI itu indah..

jika benci itu kerana Allah.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci..

KESUSAHAN DAN DERITA itu indah..

jika ia kerana Allah.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk Allah..hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah..

Allah Maha Mendengar, kalau kita ada masalah, kita rasa terbeban sangat dengan masalah, kita tak mampu nak luahkan pada semua orang atau yang terdekat dengan kita, kita luahkan pada Allah. Allah Maha Mendengar. Dia dengar setiap masalah kita. Dekatkan diri kita pada Dia..

Allah Maha Mengetahui, kalau kita difitnah, dituduh atas kesalahan yang kita tak buat, tak mengapa. Allah Maha Mengetahui. kalau mereka menang di dunia, di akhirat belum tentu :) setiap perbuatan, perlakuan yang kita sorok dari orang lain, semuanya Allah tahu. Semuanya Allah nampak :)

Sempurnakanlah diri kamu di kemudian hari.. redhalah dengan perasaan itu. redhalah dengan segala ujian yang Allah berikan.. ada hikmah di sebalik semua ini..

percayalah Allah tidak pernah menyeksa kamu..kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu.. Allah memberi perasaan2 itu untuk memberi isyarat cinta dan kasih sayangnya untuk kamu kembali kepadaNya..kembali tenang hanya jika bersamanya..

jika masih belum temui keindahan..sekurang-kurangnya kamu mendapat redha Allah.. kerana kamu mengingati dia..dan berniat hanya kerana dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu..


APAKAH YANG LEBIH BERNILAI DARI REDHA ALLAH? DARI RAHMAT ALLAH? DARI KETENANGAN DARIPADA ALLAH? DARI PERASAAN KEINDAHAN HANYA KERANA BERSAMA ALLAH??

INSYALLAH KAMU..KITA SEMUA AKAN BERTEMU DENGAN KEINDAHAN ITU JIKA KERANA ALLAH..PERCAYALAH.. :)


manisnya dugaan menyapa :)

Saturday, February 11, 2012

ANTARA DAMAI, IMAN, CINTA DAN HARAPAN

salam..

tersebutlah kisah.. ada 4 lilin yang sedang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh..

suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka..

yang pertama berkata ' aku adalah damai.'

'namun manusia tidak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!'.

demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam..

yang kedua berkata ' aku adalah iman.'

'tapi sayangnya aku tak berguna lagi. manusia tidak mahu mengenaliku, untuk itu tiadalah gunanya aku tetap menyala.'

begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih, giliran lilin ketiga bicara.. ' aku adalah cinta.'

'tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.'

'manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna.'

'mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.'

tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

tanpa diduga..

seorang anak saat itu masuk ke dalam bilik, dan melihat ketiga-tiga lilin telah padam. kerana takut akan kegelapan itu, dia berkata, ' Eh apa yang terjadi?? kamu semua harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!' lalu dia menangis tersedu-sedu.

lalu dengan terharu, lilin keempat berkata..

'jangan takut, janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya.'

' AKULAH HARAPAN.'

dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.


'apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita yang mampu menghidupkan kembali Iman, Damai dan Cinta dengan HARAPAN-nya!'

jangan pernah berputus asa dengan kehidupan. kekecewaan dan kegagalan menjadi titik permulaan untuk kita menjadi lebih tabah. ingatlah, kita tidak akan mati dek kejian orang. :)


Friday, February 10, 2012

SELEPAS 3 TAHUN..

salam...

ehem. sebenarnya bila masuk bulan dua je, aku selalu lupa. lupa sebenarnya bulan dua la aku start menulis blog. tiga tahun lepas. hik hik

aku start membina blog ini pada 4/2/2009. post pertama aku pulak ditulis pada 7/2/2009. nak baca post pertama?? KLIK SINI

tujuan buat blog? sebab masa tu kecewa dengan ehem-ehem. bukan yang baru ni. yang sebelum ni. dan sejak tu terbitnya rasa hati nak buat satu blog untuk meluahkan segalanya~ masa tu masih single tapi not available. hahaha.. dan sekarang, ketika post ini ditulis pun, i'm still single. always single. but not available. haha..

7/2/2009- 7/2/2010- 1 tahun.
7/2/2010-7/2/2011- 2 tahun.
7/2/2011-7/2/2012- 3 tahun.

jadinya umur blog ni dah 3 tahun!!




now!!

3 tahun berada di dunia blog. bukan senang nak naik. bagi aku, serius susah. dan bila sekarang ni orang tanya, selalunya beginner la. orang yang baru nak ada blog, orang akan tanya, macam mana aku boleh dapat follower 1500+?

errr. selama 3 tahun aku menulis blog, follower baru 1500+. aku bandingkan dengan orang lain. terutama blogger yang popular2 di saat ini, ada yang baru 6 bulan menulis blog pun follower sampai 3000++ haa. tiada yang mustahil!

banyak benda aku dah belajar, aku dah dapat, aku dah boleh elakkan. apa dia?

1) aku selalu gunakan shortform dulu. selalu sangat. lepas tu bila dah lama-lama, aku rasa sakit hati baca post lama-lama. last2 aku guna ayat penuh-penuh. lagi senang nak baca, lagi mudah nak baca.

2) dulu aku suka pasang lagu kat blog. lagu rock, lagu balada. antara lagu yang mendapat banyak sambutan dan respon adalah lagu, LELAKI CADANGAN - T2. lagu tu memang ramai yang tanya, lagu apa, sapa yang nyanyi dan lain-lain la~ keh3. tapi bila dah lama-lama aku rasa macam terganggu bila pasang lagu. contoh kalau aku tengah baca satu-satu post, dalam blog sendiri, asyik dengar lagu je. aihhh. haha last2 aku buang terus lagu. lama sangat dah aku buang.. dan aku belum lagi rasa nak pasang balik.

3) aku belajar buat header sendiri. biasanya header buat sendiri aje. ada satu je tempah tu pun tahun lepas. kehkeh. selama ni buat sendiri aje. anda boleh tengok koleksi header di tab yang kat atas tu, header yang yang.. tak sepatutnya berada, tetap ada. aku tak buang pun. aku yang design kan. so kenapa nak buang pulak? ekekekeke. biar je la kat situ. ^_^

4) dulu nak upload gambar dalam blog pun tak pandai, nak pilih background lagi tak payah apatah lagi nak pasang header! haha. as a beginner, banyak Balqis tolong buatkan. lepas tu dah pandai sikit-sikit sampai la sekarang~ dah berpuluh layout aku pernah guna. dan yang aku ingat, layout pertama aku warna koko. balqis yang pasangkan :)

5) aku betol2 serius dalam dunia blog bila aku start ada nuffnang. yup. bila ada nuffnang je, terus jadi lagi bersemangat nak update blog selalu, meluaskan perjalanan dalam dunia blog. berkenalan dengan blogger2 yang ada..

6) kalau anda perasan, post2 aku dulu sebelum aku ada nuffnang, kebanyakan pasal cinta je. kalau boleh hari2 nak cakap pasal cinta. lepas ada nuffnang, aku kurangkan bab cinta. tak mau la pembaca rasa muak baca pasal cinta. kahkah. aku pelbagaikan cerita dalam blog. artis/isu semasa/kawan/keluarga. hehehe dan sekarang, perlu ke aku cakap pasal cinta lagi kan? hahaha..

7) aku pernah diserang anonymous. tapi yang serang2 aku pun memang musuh ketat aku dari dulu la~ haha. ada je diorang nak mengata pasal aku. tapi semuanya aku delete dan delete. mula2 aku rasa emo gila ar kalau dapat kutukan yang pedas. macam2. tapi lama2 aku memang malas nak layan. setakat guna anonymous je apa barang? ekekeke. tapi aku belum pernah diserang bertubi-tubi la kat satu-satu entry aku. kebanyakan blogger dah kena serang dengan ramai orang bila dia up entry yang menyentuh sensitiviti orang. aku belum pernah lagi. aku cukup berhati-hati nak update entry. tak nak sentuh hal orang. atau bab politik atau benda yang boleh memburukkan nama aku. hehe..

8) dah banyak blog aku dah bina untuk kawan-kawan aku, banyak yang mintak tolong aku pasal selok belok membina blog ini. alhamdulillah, yang mana aku tahu, aku boleh tunjuk dan buatkan. yang mana aku tak tau, maaf la banyak2~ hehe.. :) aku tolong yang mana aku pernah buat kat blog sendiri. :)

9) dan seingat aku, berpuluh2 blog kot, aku jadi follower pertama diorang ;D aku ni kalau bab follower yang follow blog aku, tak kisah la sapa-sapa pun, insyallah aku akan follow balik kalau at profile diorang ada link blog. ada yang tak da dan aku pun tak tau nak cari macam mana *__* walaupun blogger tu tak de post lagi, aku tetap akan follow. :)

10) dunia blog menemukan kita dengan pelbagai ragam blogger. biasalah. yang pasti kita mesti tahu handle perasaan kita. kalau diorang ada up entry yang membangkitkan kemarahan orang, kalau anda nak komen, gunalah bahasa sebaiknya. jangan la memaki hamun tak tentu pasal. sebab nanti orang baca, apa pandangan orang kan? hehe tambah2 la kita ni perempuan :). mana kita berada pun, di asrama,kolej, tempat kerja, budi bahasa budaya kita. walaupun dalam dunia blog ni, tak pernah bersua muka antara satu sama lain, bahasa kena jaga, perangai kena jaga. :)

3 tahun kan, 3 kali dah aku tukar url blog. nama blog berlambak2 dah tukar. hahaha tapi yang aku ingat, mula2 dulu aku letak nama i'm letting go~ hik3~

semuanya bermula dari bawah. jarang ada orang yang baru satu post kat blog, terus ada follower 1000. jarang ada, tapi mungkin ada, siapa tahu tuah dia kan? hehe.

aku suka menulis blog dan insyallah belum ada perancangan nak berhenti menulis blog. belum ada. tak tau la masa depan nanti kan~ apa2 pun aku sayang blog aku. sayang sangat2. dah 3 tahun dah~ hehe..

seingat aku, selama 3 tahun ni aku belum pernah letak salji kat blog. teringin pulak >,<

terima kasih kerana membaca entry ini :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER