Friday, April 20, 2012

INDAHNYA SABAR :)

assalamualaikum :)

indahnya sabar. terlalu indah lebih dari sakitnya kita hadapi ujian. :)

ujian adalah satu tarbiah untuk kita.
ujian adalah untuk menyedarkan diri yang terleka.
ujian adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya.
ujian juga sebagai kafarah ke atas dosa-dosa kita yang lepas.




setiap orang akan hadapi ujian. mesti. pasti.

jika seseorang itu kaya, harta melimpah ruah, mungkin hati dia tak tenang dengan masalah keluarganya.

jika seseorang itu miskin(diuji dengan kemiskinan), tapi hatinya tenang kerana dia tak pernah berhenti berdoa pada Allah.

jika seseorang itu sederhana, mungkin akan ada ujian lain yang menantinya. sakit seumur hidup. dan sebagainya.

siapa kita untuk menolak ujian dari Allah? 

dihina. dan dicaci. itu juga satu ujian.

kita tengok dulu jenis apakah hinaan dan cacian itu. ke arah kebaikan atau ke arah keburukan.

hati kalau terlalu bersih
pandangannya akan menembusi hijab
hati jika sudah bersih
firasatnya tepat kehendak Allah
tapi hati bila dikotori
bisikannya bukan lagi kebenaran.

intipati orang-orang yang mengejar syurgawi, merindui kehidupan yang abadi (akhirat) akan lebih mengutamakan pandangan Allah dari pandangan manusia.

biarlah tak kacak dan cantik di mata manusia, asalkan jelita dan tampan di mata Allah.
biarlah bodoh dan hina di mata manusia, asalkan pandai dan bijak di mata Allah.

utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia. kita buat sesuatu untuk mencari keredhaan Allah. bukan manusia. manusia takkan berhenti mengata. tak mengapa, Allah ada. Allah sentiasa ada dengan kita. :)

ya, kita memang tak baik. kalau kita rasa kita tak mampu jadi baik, sekurang-kurangnya belajarlah tak buat jahat.

orang menghina? mencaci? memerli? 

tak apa, selagi lidah mereka masih lembut, masih mampu berkata, biarkan mereka. Allah ada dengan kita, kan? ;)

Allah sentiasa dengan kita ^___^

15 comments:

pet said...

sabar tu penting sbb marah tu lead kpd keurukkan

semoga pet penyabar :)

Puan kasih hatiku said...

sabar itu kunci bg segala kemenangan.. jd bersabarlah.. heheh..:)

are_lin@yu said...

sabar mmg indah..terdapat hikmah dan nikmat yg tersembunyi bagi orang yang sbar;-)..sabar separuh dari iman..

sahromnasrudin said...

sabar adalah perkataan dan perbuatannya amat sukar dilakukan

Unknown said...

As salam Fatin,

Betul tu sayang, bersabar - krn Allah sentiasa bersama org2 yg sabar :)

Mila Ahmad said...

sabar separuh daripada iman.
igtlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

adan said...

sy suka entri ni..

beruntunglah pada mereka yang punya sifat sabar yang tinggi..

kay_are said...

aku memang jahat pun.. selalu gak aku cite pasal kejahatan dan kenakalan aku dalam blog tu.. sabar.. kadang2 sabar kot.. ikut situasi..

Unknown said...

nice sharing..sebenarnya, macam mana pun keadaan kita, kita kena sentiasa bersyukur...

Anonymous said...

nk kena belajar jd lbh sabar hehe..

NasQ said...

perkataan sabar lebih senang dari perbuatan sabar...

insta: lea_na_nur_ said...

sabar itu kunci utama

::CIK LYNN:: said...

sabar tu wat kita jadi kuat... :)

Zehan Ilyana said...

suka entry pasal sabar ni..:)

eita said...

kesabaran tu buat diri kita jadi lagi kuat menghadapi kehidupan ni..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER