Sunday, July 31, 2011

KHAIRUL FAHMI DAN ELIA PUTUS TUNANG-NAFI ANGKARA ORANG KETIGA

salam.

pertama kali aku online, aku nak pengsan bila baca kisah ni. sebab semalam kot aku baru baca kisah diorang dah berbaik tapi akhirnya hari ini.. :(

sedih gila aku rasa. macam terjadi kat aku pulak. kehkeh. tapi serius, entah la.. kesian elia. semoga dia tabah..



temubual ekslusif bersama wartawan MA (metro ahad), FIRDAUS SAHAT

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


semoga khairul fahmi dan elia bahagia bersama kehidupan masing2.

seolah2 kisah seperti penyanyi lelaki popular suatu ketika dulu..

Saturday, July 30, 2011

TAWARAN PENGIKLANAN BLOG ANDA SECARA PERCUMA SELAMA 24JAM!

salam..

update dengan sekali nafas. haaa semputt. hik hik

macam aku lari 100m je tadi. aih. serius penat gila. adoyai. padahal duduk depan laptop je pun. jari je rancak menari2 atas keyboard. tu pun penat. otak kena perah tadi. grr!

tawaran untuk anda promote atau iklan kan blog anda dibuka sekarang. tak perlu bayar, tak perlu emel, tak perlu contact aku secara peribadi, anda hanya perlu memasukkan url blog anda dan url gambar yang anda mahu letak di kotak iklan ni..


cara-caranya :

pastikan kotak iklan aku kosong la ek? muahaha. itu yang penting. aku letak 4 kotak iklan je. nak letak 5 dah tak muat, kalau letak menegak rasa macam banyak ruang pulak digunakan. so hanya terhad kepada 4 blog sahaja. ingat, hanya 4 blog yang bertuah boleh duduk di blog aku hari hari, hehe..


klik je kotak iklan tu dan keluarlah benda alah ni. pop-up ye.

masukkan url blog anda, dan url banner blog anda. anda boleh search kat google kalau anda tidak mempunyai banner blog sendiri seperti aku. boleh tengok kat sidebar. yang kelip2 tu. hik hik

ok dah? simpan saja. mudah kan? hik hik. selama 24 jam, blog anda akan berkelip2 di blog aku ni. suka tak?

kalau boleh aku nak iklan blog anda je la ek. ataupun iklan blogshop anda. tak mau la iklan churp churp ke, says ke, MLM ke, iklan cari pakwe ke, apa2 je la. tak nak la ek? kalau nak promot blogshop anda, dialu2kan. lebih dialu2kan promote blog peribadi anda. hehe

percuma saja selama 24 jam. lepas tamat je 24 jam, boleh datang balik dan tempek iklan anda XD

iklan yang tak de kena mengena dengan blog anda akan diremove serta merta. jangan marah haaa.

terima kasih banyak2 diucapkan kepada chempaka sari sebab banyak tolong aku buat benda alah ni. dia memang baik dan tak kedekut ilmu. suka suka. hehe. terima kasih banyak2 :)

update : aku tambah 2 lagi kotak iklan. hehe tak sangka beberapa minit je 4 kotak iklan telah dipenuhi. sekarang ada 6 kotak iklan. maknanya 6 blog akan berlegar2 di blog aku setiap hari. tiada penambahan lagi selepas ini. kui3



Friday, July 29, 2011

LUPAKAN SEKETIKA KONTROVERSI KHAIRUL FAHMI. DIA MEMANG YANG TERBAIK!

salam..

hampa sudah harapan rakyat malaysia. seramai 85000 membanjiri stadium semata2 nak tengok bola secara langsung. hanya 500 penyokong singapura yang hadir. tapi mereka menang.

malaysia 4 singapura 6.

aku tak suka dengan lelaki lembik. sikit2 lembik, sikit2 terjatuh, terlanggar sikit, rebah, tak bangun, pengsan terus, adesss. macam tu ke pemain bola sepak? adoii. teruk gila. sabar je la. huh!

apa2 pun walaupun kontroversi baru2 ni melanda khairul fahmi, dia tetap di hati peminat dan nama dia tetap disebut2 di merata2 tempat, facebook, twitter dan macam2 la. hehe..

KLIK SINI untuk baca kisah kontroversi khairul fahmi


hilang seketika rasa kecewa dengan dia suatu masa dulu.



gara2 kisahnya dengan elia, tunang beliau..


dan nama dahlia dikaitkan..



khairul fahmi tetap pemain terbaik di mata kami!!

*minat cara dia je, xminat dia, ekekke*



kita kalah bermaruah malaysia! jangan sedih2 okay..



safee sali, terima kasih! ;D


aku ada banner blog baruu. cuba tengok kat sidebar!!! hehe comel kan? siap ada cupcake lagi.wow! nak tau sapa buat??


dia hadiahkan untuk aku ;D terima kasih banyak2 ye awak! saya suka sangat tauuuuuuuuuu. hehe



Thursday, July 28, 2011

LELAKI KAKI PUKUL, TAK HORMATI WANITA??

salam

dua tiga hari ni kecoh apabila lelaki merangkap suami dan kekasih yang merupakan kaki pukul. arghh. kaki pukul. kaki pukul. benci aku dengar perkataan tu. dayus kah lelaki kaki pukul?

cerita yang hangat diperkatakan adalah apabila suhaila, isteri jimmy shanley, tetap mahu menuntut cerai daripada jimmy shanley atas faktor selalu dipukul, ditampar dan dikongkong. jimmy shanley tetap tak mahu menceraikannya. apa kesudahannya? kita nantikan. hehe.


yang kedua terhangat, pasal pelakon, puteri sarah yang telah membuat laporan polis gara2 kekasihnya, seorang pelakon drama tari tirana dan sahara telah menumbuk, mencekik, menampar serta mengugut untuk membunuhnya baru2 ini. arghh. apa sudah jadi? aku dah lupa la nama pelakon lelaki tu. hishh~



si lelaki : ' ko degil sangat kan, ko nak makan penampar aku kan? nah, amek niiiiiiiiiiiiiiiiii' pang pung pang.
si perempuan : ' tak nak bangg, tak nak'


apa sudah jadi ni?? belum jadi suami, dah berani menampar, menumbuk, dan mencekik kekasihnya ni?? cuba tanya diri sendiri, dia siapa untuk kita? mak bapa kita pun tak pernah nak cekik, nak tampar semata2 degil sangat. jarang kan. kalau ibu bapa pukul, logik lagi sebab mereka la yang menjaga kita di saat kita dilahirkan dan sampai la ke besar. tapi susah sangat la nak dengar ibu bapa hari2 akan pukul kita sampai lembik atas apa2 kesalahan..

serius, dalam banyak2 sikap lelaki, aku paling benci dengan lelaki yang kaki pukul ni. eh, wanita ada tak yang kaki pukul ek? argh. lelaki lagi kuat dari wanita. sekali dia tarik rambut, tarik baju, tergolek2 dah~

selalu sangat aku dengar kisah wanita kena pukul dengan kekasih dan suami. yang kekasih paling sadis, belum jadi isteri yang sah dah berani pukul2. kalau dah jadi?? memang la orang kata, kalau kita tak dengar cakap suami, tak cium bau syurga, tapi sapa boleh tahan kan? lagi2 kalau si perempuan tu patuh segala arahan tapi sebabkan kesalahan kecil, dia kena pukul teruk..

kenapa lelaki suka pukul perempuan ni? kenapa? persoalan yang aku nak tau sangat2, sebab kekasih curang?? perlu ke kena pukul, tampar? ish~

aku sangat2 tak respek lelaki macam tu. langsung tak pandai hormati wanita. cuba kalau mak kita kena pukul, apa kita rasa? sedih tak? itu la kita akan rasa kalau kita pukul orang lain. fikir2kan la..

syukur dalam keluarga kami, tak de sorang pun yang panas baran dan ada ciri2 kaki pukul. syukur alhamdulillah.. dan si dia jugak bukan begitu. tak penah langsung dia sakitkan aku. tak penah langsung..

aku penah gak dapat ex yang ada ciri2 kaki pukul, penah tetiba dia tampar aku secara tiba2, aku tanya kenapa? dia kata saja. nak test. pehh. nak menitis air mata aku, mak bapak aku pun tak penah buat begitu :( syukurlah, hubungan tu dah lama berakhir dan dia pun dah lama bergelar suami. alhamdulillah..

nak tanya, kepada lelaki, apa faktor2 yang boleh buat anda akan pukul wanita??

kepada wanita, carilah lelaki yang tak de ciri2 lelaki kaki pukul. jika sebelum nikah, dia sudah berani angkat tangan, angkat kaki, fikir2kan la. takkan selamanya anda nak hidup dengan kaki pukul. anda bahagia?

rupa yang kacak tidak memberi jaminan dia sempurna di mata semua wanita :)

Wednesday, July 27, 2011

SIAPA DAHLIA ANTARA KHAIRUL FAHMI DAN ELIA??

salam.

aku tak tau ni gosip ke atau kisah benar. sejak2 aku baca kisah ni kat satu laman web, memang aku terkejut sangat2. oh apekk, kalau benar kisah ini, aduhh. tak tau nak cakap apa dah.

yang paling aku kesian kat elia, tunang dia.

sapa tak kenal khairul fahmi? sapa tak kenal elia? tanya la sapa pun mustahil tak de yang kenal. nama khairul fahmi disebut2 suatu ketika dulu. meletop gila khairul fahmi sampaikan ada artis2 yang tweet pasal dia, nama dia penah jadi trending kat twitter. semua orang bercerita tentangnya..

okay la. dipendekkan cerita. meh aku copy paste artikel yang aku baca di satu laman web ni. tentang kesahihannya aku tak pasti. yang aku rasa, elia berada dalam keadaan tertekan sekarang ni..

*******************************************************************************

MEMANG SAH HUBUNGAN FAHMI & ELIA BERANTAKAN

papa kecoh | 10 jam lalu | 210 lihat

Semalam gempar satu Malaysia mengenai entry yang mengatakan hubungan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi dan Elia Jejariruncing dilanda masalah. Dan ternyata itu semua bukan lah gosip semata-mata kerana kalau dilihat di akaun Facebook milik Elia memang hubungan pasangan ini sedang bermasalah. Ada sumber mengatakan yang si Fahmi ni siap belanja 3 pasang kasut kepada seorang perempuan yang dikatakan berjalan berpegangan tangan dengannya itu. Hmm pada mulanya memang sesetengah pihak menganggap mungkin itu adalah adiknya tapi kalau sampai dah mesra-mesra pegang tangan takkan lah adik kot. Korang fikirlah sendiri ok!

Sumber : cari.com.my

Ni la perempuan yang dikatakan berjalan bersama Fahmi



Facebook Elia



SIAPA DAHLIA TECK DI MATA KHAIRUL FAHMI????

papa kecoh | 6 jam lalu | 191 lihat

Kisah hubungan Khairil Fahmi dan Elia dah jadi semakin rancak dan panas sekarang. Dah macam pisang goreng. Sedap dimakan bila panas-panas. Terbaru Fahmi dikatakan pernah keluar bersama seorang lagi perempuan yang bernama Dahlia Teck. Menurut kakak kepada Elia iaitu Erin, dia memang tahu mengenai hal ini dan pernah bertanyakan kepada Fahmi, namun Fahmi hanya menjawab dia dan Dahlia sekadar kawan biasa. Kawan biasa tak kan lah begitu mesra kan? Selain itu ada sumber lain mengatakan yang memang hubungan Fahmi dan Elia bermasalah disebabkan si Dahlia ni. Siap ugut-mngugut lagi tu. Ishhhh parahhhh. Apa kesudahan kisah mereka berdua ni??? Diharapkan dapat selesai secara baik.

Sumber : cari.com.my

Ni gambar Dahlia Teck yang diperoleh dari akaun Twitternya





GAMBAR DAHLIA – MEMANG CUN & AYU

papa kecoh | 5 jam lalu | 91 lihat

Haaa ni baru dapat gambar Dahlia Teck dari jarak dekat, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Fahmi. Memang cun dan ayu orangnya. Patutlah si Fahmi tertawan.



segala artikel dan gambar aku perolehi dari http://aper.my/group/groups/22/articles/6020
nak baca yang print screen tu dengan lebih besar, cari je kat website tu k!

aku harap semua ni tidak benar dan hubungan fahmi dan elia kembali pulih. bukan apa, mereka dah bertunang., selangkah je lagi nak ke alam perkahwinan. tak lama dah semua tu. alih2 jadi macam ni..wuu..

si elia memang wanita yang tabah. dia boleh terima bf nya sendiri jadi bualan orang ramai. dia tetap setia. kalau aku, pehh aku boleh dikatakan kuat cemburu woo. mana boleh kongsi pakwe dengan masyarakat. sungguh aku tak mampu kalau pakwe aku jadi terkenal dan bualan orang ramai macam si khairul fahmi ni. dia lalui je semua tu. banyak dugaan pahit dan manis.

bila jadi macam ni, kalau sampai elia kata melibatkan MAK, bagi aku mak adalah segala2nya. mak yang besarkan kita, sampai besar. takkan kita nak berdiam diri kalau ada apa2 masalah melibatkan mak kita kan?

kalau aku diberi pilihan, mak atau kekasih. aku pilih mak. dulu2 penah gak aku diberi pilihan macam tu oleh ex2 dlu, aku pilih mak.

semoga hubungan mereka dapat dipertahankan...amin..

beautifulnara pun ada update pasal ni. KLIK SINI

mungkin anda berminat??















Tuesday, July 26, 2011

TAMAT SUDAH STATUS SEBAGAI PELAJAR UNIKL MSI

salam..

hari ni hari paling busy ya. sebab tu aku tak online sepanjang hari. kehkeh kan dah penuh jadual aku. haa.. hehe

semalam kak ika dan jawa sampai kat rumah pukul 3.30 pagi. diorang bertolak dari KL pukul 11.30 malam. cepat gila kan? hehe aku mamai2 lagi masa sambut kedatangan diorang kat rumah aku. lepas tu tidooo dengan kak ika. hehe.

pagi2 dalam pukul 10 kitorang pergi unikl msi. untuk settlekan clearance. settlekan clearance bermaksud mintak cop sana sini, librabry, bengkel, student affairs, hostel dan apa2 je la yang berkaitan dengan msi dan untuk memastikan aku dah settle segala hutang aku dengan msi. alhamdulillah, semua dah settle dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

tapi penat la, berkejar-kejaran ke sana ke mari. wuu..

last sekali, tanda aku dah tamat sudah status sebagai pelajar msi, adalah, id kad ku dipotong sedikit. haha.

gambar masa sem1. mak aii. muka aku, keciknya, runcingnya berbanding sekarang =p okay. tu gambar julai 2007. sekarang? kui3

julai 2007- november 2010, aku menimba ilmu di unikl msi :)

dah siap clearance! *lompat2 gembira*


bila dah settle, kitorang pegi kulim landmark central untuk makan2, tengok wayang dan main game!! ;D

tengok wayang cite senario, ops pocot. boleh la tahan cite tu. hehe

bye kak ika sayang. nanti konvo kita jumpa tau ^____^

salah sorang bekas rumate yang paling2 aku sayang selain fiza =p

esok nak cari kerja. moga dapat :)

aku bukan lagi pelajar unikl msi! hehe :)


mungkin anda berminat??














Sunday, July 24, 2011

TERTIPU NAK CANTIK

salam.

selamat pagi!! abah dah bertolak balik kemaman. wuu. mesti rindu nanti..

pagi2 baca paper. terkejut bila tengok si gadis tertipu pulak..

 MALAI menunjukkan gambar mukannya yang teruk selepas mendapatkan rawatan dan laporan Terbunal Tuntutan Pengguna (TTPM)  dibuatnya.

MALAI menunjukkan gambar mukanya yang teruk selepas mendapatkan rawatan dan laporan tribunal tuntutan pengguna dibuatnya.

berita selanjutnya di SINI

daripada dulu kala sampai la sekarang, ada ja kes macam ni. pengguna tertipu dengan tawaran yang dijanjikan. mereka tawarkan perkhidmatan percuma atau serendah RM10 hanya untuk rawatan percubaan tetapi akhirnya pengguna terpaksa membayar ribuan ringgit.

dari dulu abah selalu pesan, kalau rasa diri tu gemuk, pegi bersenam, diet dan lakukan aktiviti sihat untuk kuruskan badan. bukan dengan hanya makan pil, buat rawatan sana sini, habis duit beribu-ribu, kurus tak jugak. hehe

dulu2 aku selalu gak mengusik abah aku nak makan ubat kurus, abah kata ' hang tak payah makan malam, tinggalkan kfc, mcd, pizza, nasi kandar, nescaya kurusla' hahaha..

betol jugak kan? jimat pun jimat. tak bahayakan kesihatan pun.

yang kurus sangat pun, tak payah la dok mengada2 makan ubat bagi gemuk. haha karut je la semua tu. sakit lain yang dapat kan. baru2 ni kan ada perempuan yang mati akibat makan ubat nak gemuk. adoii. boleh menghilangkan nyawa sendiri woo,.

takkan sanggup tukar nyawa untuk kurus atau gemuk kan?

apa2 pun kesian kat si gadis (malai) . semoga syarikat yang membuat rawatan tu dapat bagi balik pampasan ke apa ke atau erti kata lain bertanggungjawab la. jangan masa tawarkan, mulut saja manisss. tapi bila dah ada pelanggan jadi macam ni, lari macam tu. risiko kena hadapi la kan?

harap gadis2 lain atau jejaka2 kacak di luar sana, jangan la tertipu dengan semua ni. nak cantik, sanggup habiskan duit. tak payahhhhhhhhhhhhhhhhhh.. buang masa, buang duit.

amalkan pemakanan yang sihat, gaya hidup yang sihat, Insyallah, kesihatan kita akan jadi lebih baik :)


Saturday, July 23, 2011

SEKALI LAGI FLAT 3A

salam..

update entry kejap, satgi petang aku nak balik kampung pulak. hehe kejap je la. esok abah dah nak balik kemaman. aku dan mama aku meneruskan kehidupan di kulim. isnin nak pegi settle clearance, lepas tu dah boleh kerja ;D

selama 2 minggu aku kat kulim, aku dah 2x tengok wayang. mula2 sekali tengok cerita SEKALI LAGI. pelakon utama, lisa surihani, shaheizy sam dan mia sara.. masa tu macam nak tak nak je la tengok, sebab kitorang nak tengok cerita apa ntah tapi lewat sangat tayangannya. yang paling awal cerita SEKALI LAGI ni la. ekekek..


cinta itu milik kita..


mula2 aku expect yang si sheila ( lakonan lisa surihani) dan arman ( lakonan shaheizy sam) bercinta lepas si amy (lakonan mia) tu berjumpa. mula2 aku fikir macam tu la. lepas si arman jumpa amy, lepas tu dia kenal dengan sheila, mak amy, dan terus bercinta. rupa2nya tak!!

haha rupanya si arman tu memang ayah amy. dia memang tak ingat apa2 lepas buat pembedahan.wuu. memang sedih la cerita ni. ni 1st time aku tengok cerita cinta dengan .  bukan suka jiwang2 macam ni. kahkah dia kata cerita ni tak best pun! grr

bagi aku memang best la, sebakk. hehe tapi control la ye,  ada kat sebelah. selalu kitorang tengok cerita hantu, seram dan komedi je. ni 1st time tengok cerita cinta sama2. aku buat2 cool je padahal kalau tak de, meleleh dah air mata. kui3

apa2 pun filem sekali lagi memangg bestt.. jalan ceritanya memang lain dari yang aku jangka sebelum aku tengok. setiap babak buat aku tertanya2 apa akan jadi seterusnya. tak tengok sampai habis lagi, dah tanya macam2, apa akan jadi lepas tu. agagaga..

aku bagi 8/10 la cerita ni. kui3

shaheizy sam sangat kacak XD

flat 3A pulak dah. dah la ditayangkan pada 14 julai, birthday aku. buat seram je kan. ingat tak dulu2 ada cerita hantu korea, dark water, dah la budak dalam cerita tu mati pada 14 julai, malam tu aku tak boleh tido tau tak, kenapa la masa tu diorang amik 14 julai. amik la 15 julai. biar tak boleh tido. HAHA



apabila dosa silam mula menghantui..


semalam aku tengok dengan alisya (12 tahun) dan farhan (9 tahun) kat kulim landmark central kulim. haaa. boleh tahan best la cerita ni sampai menggigil2 terpaksa papah keluar panggung. agagaga..

satu satu fatin sayang mama..
dua dua mama sayang fatin..
tiga tiga fatin sayang semua..
erkk. aku dah lupa. huahua


lagu ni asyik terngiang2 je kat telinga aku tau. grr..

dah la yang mati kena bunuh tu nama fatin. lepas tu dok nyanyi, lirik ada nama fatin. seram tau x?

best tengok dengan budak2 ni, sebab diorang punyalah takot, pakat peluk aku. diorang ingat aku tak takot? buat2 cool aje weh. dalam hati, rasa nak keluar pawagam. kahkah

banyak benda aku nak komen dalam cerita ni antaranya :

1) jangan mudah bagi dara pada kekasih. konon2 janji nak kahwin. dah hamil, pang pung pang. haha..

2) dah tau hamil. jangan gugurkan. siap makan ubat. pehh siap nampak ada bayi dalam bath tub. seram tau? haha..

3) jangan pindah kat rumah yang seram ya amat. kalau korang tengok, rumah dia. mak aii. punyalah berselerak, bersawang2, seram gila. kalau aku, tak mau pindah situ dah. tak kira la murah ke, free ke. haha..

4) jangan percaya kawan baik sangat. sebab kawan baik tu boleh tikam belakang anda di mana dia la yang ada kaitan dengan bomoh kang suman tu. keh3. aku tak perasan pulak adik beradik ke, anak beranak ke. haha..

5) lagi nampak hantu, lagi dia nak pegi cari. dah jumpa, siap bersembang dan pimpin pegang tangan. ishh. kalau aku lari tak cukup kaki. wakaka..

6) jangan lupa kalau nampak ada sebelah sinki, ada tanaman pokok bunga, jangan lupa korek2, check2 kot2 ada mayat sebab mayat si fatin tu diorang sorok kat situ. agaga..

tak ramai sangat pun dalam pawagam. tapi jeritan2 kedengaran pulak. sound effect yang suspen pada mula2 lepas tu sunyi senyap sepi., alisya siap pandang kiri kanan, depan belakang, penonton yang lain, semua pakat tutup muka dengan tangan. agagaga..

aku dah pesan jangan jerit, tapi diorang jerit jugak dan buat aku pun jerit sama.. haha..

aku bagi 9/10 la kat cerita ni sebab dia berjaya buat jantung aku berdegup kencang. grr.

dah la nama hantu fatin, 14 julai pulak tu,. grr aku tak de kaitan okeh. haha..

nak sangat tengok filem hantu bonceng yang kelakar gila, lakonan zizan., raya tak jadi, lakonan johan dan al-hijab lakonan pierre andre yang punyalah seram walau tengok sikit2 je. wakaka..

dan baru ku tau, bulan 7 ni tak banyak filem yang best. fine. aku tak minat cerita omputih. T__T


Friday, July 22, 2011

NAZEERAH ZULKAFLI MEREALISASIKAN KEGILAAN AKU

salam..

hai hai korangg. sori. semalam tak update blog.. serius sangat penat bila pergi shopping. terus demam malam tu sehingga keesokan harinya. kahkah

lebih kurang 16 komen aku terima pada hari berkenaan, pasal wordless wednesday tu. tapii hanya 2 orang yang dapat meneka dengan tepat walaupun penuh dengan tanda tanya. oleh kerana 2 orang je dapat teka, aku nak kasi hadiah untuk kedua2nya. boleh? haha..

kenapa ramai tak dapat teka? =,=

1st, sizuka izzati.. walaupun penuh tanda tanya, keh3, aku terima jugak. sebab dia ada sebut perkataan perlis dan padang besarr. tahniah! keychain dari padang besar khas untuk anda. hehe

2nd, superhamzah. 1st time dia komen blog aku. dan dia ada jawab jugak. betol jugak. hehe tahniah! tapi hadiah untuk anda dari padang besar memang tak de, beri masa boleh, nak cari hadiah kat sini pulak. ekekek.

kepada izzati dan hamzah, bagi nama, alamat dan no fon dia facebook aku. search : fatin vavavoom (bahulu gebu). boleh kan? meh3. nak add pun tak apa. hik hik. nanti dah ada hadiah untuk hamzah, aku pos dua2 sekali okay.

terima kasih kepada yang lain jugak XD

berbalik kepada tajuk, ingat tak entry pasal aku gilakan macaroon ni? KLIK SINI untuk baca balik. bila aku baca balik, memang rakus sungguh aku nak makan macaroon ni. wakaka.. aku update 19.5.2011.

okay okay. mari sini. siapa nazeerah zulkafli?? hehe nak kenal jierah ( nama panggilan) . boleh baca entry pasal beliau yang aku penah tulis masa tahun 2009 dulu, KLIK SINI. sori warna warni tulisan =p

birthday tahun ni, dia hadiahkan aku macaroon. serius, terharu sangat. terkejut pun ada. huahua. aku betol2 tak sangka, aku ingat dia main2 je masa dia mintak alamat rumah, aku kasi alamat rumah . sebab rumah aku ni banyak tak siap lagi. hehe. dan semalam (21/7/2011), macaroon ni selamat tiba di rumah dalam keadaan selamat.

so
 bawak aku pegi makan kat kfc. beli air dan makan macaroon kat kfc.



berdebar2 nak bukak =p



kotak cantik =p



jeng jeng.

HB FATIN &


wow!




comel cantik dan sangat sedapppppppppppppp. manis pun manis jugak la. tapi tak la tersangat manissss. yeah. dan mama pun cakap sedapppp =p



 amik gambar masa aku tengah makan ;D

rasa sebak dan nak menitis air mata pulak XD

aku mengucapkan terima kasih banyak2 kepada jierah sebab hadiahkan aku macaroon. hehe 1st time aku makan ni. 1st time sejak2 aku teringin duluu.dia dah merealisasikan kegilaan aku dulu.. :(

macaroon ke macaron ek? arghh. mana2 pun sama la, janji sedapp :P

insyallah, kalau tak de apa2 halangan, minggu depan dah boleh kerja :)

entry pasal padang besar nanti aku update, gambar banyak ada kat  hehe.

terima kasih kerana sudi baca entry ni :)



mungkin anda berminat??

















Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : SHOPPING DENGAN BELIAU


harini aku dengan  pegi shopping kat sini.

agak2 korang kat mana? hehe

teka laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

mana tau dapat souviner kan kan? haha..

sapa cepat dia dapat XD

klu : tempat shopping.

nak nama tempat dan nama negeri...

bye

:D

Tuesday, July 19, 2011

UNTUNGNYA ADA TONTON.COM.MY

salam

semalam episod terakhir drama juvana. arghh aku tak tengok. ada benda lain yang lebih penting yang harus aku selesaikan dari menonton juvana yang hari2 aku asyik sebut nama botak =p

tapi untungnya ada tonton.com.my. hahaha. sejak bila ek tonton ni ada? apsal aku baru sedar? err, ekekeke.


segalanya di hujung jari anda. kui3

dengan adanya tonton.com.my anda tak perlu melanggan *****. anda jugak tak perlu mengeluarkan **** , dan anda hanya perlu menonton cerita kegemaran anda secara *******

semua aku nak letak ************* tetttttttt

hahaha. dah dua kali aku menonton cerita yang aku ketinggalan nak tengok kat tv. cerita annisa dan juvana episod akhir. itu saja. dengar kata nur kasih pun ada ditayangkan. pehh. macam2 ada.

korang kalau tertinggal la apa saja cerita, contoh annisa, habis je pukul 11 cepat2 buka tonton. terus ada. haha serius. aku buat macam tu la dulu. aku tak tengok sebab tv aku rosak dulu. sekarang dah ada tv baruuuuuuuuuuuu =p



sekarang aku tengah menonton juvana episod akhir. sapa2 yang tak tengok lagi, jom tengok! KLIK SINI

err jap, jangan lupa mendaftarkan diri anda di tonton dulu ye. haha aku dah lama daftar dah =p

err nak tengok semua ni. FREE aje okay. kalau internet anda laju, anda akan menonton macam anda menonton tv tanpa loading. hehe yang kena bayar, bil internet dan elektrik je :P

itu saja~ bye bye. :P

Monday, July 18, 2011

LAYOUT DAN HEADER BARU. SIMPLE SIMPLE SUDAH

salam.

hobi aku dari mula2 sekali buat blog adalah suka tukar header dan layout bila datang mood jemu nak tengok layout dan header lama. kui3. dan bary2 ni aku plan nak tukar yang baru sebab aku rasa jemu dah masuk blog aku sebab asyik yang lama je. ekekeke. kena lakukan perubahan ni!!

last aku tukar header dan layout, 17/3/2011

harini 18/7/2011. 4 bulan rupanya tak tukar yang baru =,=

nak tengok koleksi header aku sebelum2 ni, KLIK SINI

sejak2 masuk umur 22 ni, aku ada satu perasaan yang aku tak nak ada blog yang serabut2. hakhak termasuklah warna blog, dan warna header. aku nak letak warna lembut2 je dan warna yang tidak garang. hehe

beberapa hari mencari yang sesuai, akhirnya jierah bagi aku satu idea untuk buat warna pastel. aku pun bukan main search. hahahha. dan akhirnya warna ni yang betol2 menarik hati aku!

layout aku sekarang. asalnya kecik ni je. ekekeke.


dan header pulak. asalnya nak letak gambar kami tapi rasa macam tak nak la, letak je la gambar cupcake ni. sedap pun sedap. huahua

header paling simple aku penah buat. edit sikit warna dan tambah tulisan. haha.. pastu rasa macam nak tambah macam2 tapi tak nak la, tak nak nampak serabut :P


pendapat korang macam mana? okay tak? ;D


wahh nyamannya masuk rumah baru niiiiiiiiiiiii. ahaks



mungkin anda berminat??



Sunday, July 17, 2011

NOSTALGIA KAD KAHWIN. KAD KAHWIN SIAPA?

salam..

balik kampung pun malas nak update blog =p dok ralit tengok youtube je. sini kan internet laju. ekekeke.

okay. mood rajin dah sampai. tett tett. jom2 update blog dan blogwalking. naik train nak? ;P

aku nak tunjuk kat korang. kad kahwin yang dah 23 tahun disimpan rapi dan tidak rosak atau koyak. ianya satu kenangan, tersimpan semua memori dalam tu. hehe adanya kad kahwin ni la, adanya aku. XD

yeah., jom tengok =p


agak2 nama siapa yang tertera kat kad tersebut??


:)


ni kad kahwin mama dan abah aku la. hehe..


simpan lagi kan? haaa. mama aku memang suka simpan barang kenangan macam ni. nak kahwin sekali je seumur hidup kan.

kad kahwin ni dari pihak abah. yang pihak mama tak da pulak. tak simpan kot.

kad kahwin aku? agaga..

nanti nak simpan jugak la kad kahwin sendiri. bila anak umur 22 tahun, nak tunjuk macam ni :P

penah tengok kad kawin mama abah korang??


ARTIKEL RAKAN BLOGGER