salam
dua tiga hari ni kecoh apabila lelaki merangkap suami dan kekasih yang merupakan kaki pukul. arghh. kaki pukul. kaki pukul. benci aku dengar perkataan tu. dayus kah lelaki kaki pukul?
cerita yang hangat diperkatakan adalah apabila suhaila, isteri jimmy shanley, tetap mahu menuntut cerai daripada jimmy shanley atas faktor selalu dipukul, ditampar dan dikongkong. jimmy shanley tetap tak mahu menceraikannya. apa kesudahannya? kita nantikan. hehe.
yang kedua terhangat, pasal pelakon, puteri sarah yang telah membuat laporan polis gara2 kekasihnya, seorang pelakon drama tari tirana dan sahara telah menumbuk, mencekik, menampar serta mengugut untuk membunuhnya baru2 ini. arghh. apa sudah jadi? aku dah lupa la nama pelakon lelaki tu. hishh~
si lelaki : ' ko degil sangat kan, ko nak makan penampar aku kan? nah, amek niiiiiiiiiiiiiiiiii' pang pung pang.
si perempuan : ' tak nak bangg, tak nak'
apa sudah jadi ni?? belum jadi suami, dah berani menampar, menumbuk, dan mencekik kekasihnya ni?? cuba tanya diri sendiri, dia siapa untuk kita? mak bapa kita pun tak pernah nak cekik, nak tampar semata2 degil sangat. jarang kan. kalau ibu bapa pukul, logik lagi sebab mereka la yang menjaga kita di saat kita dilahirkan dan sampai la ke besar. tapi susah sangat la nak dengar ibu bapa hari2 akan pukul kita sampai lembik atas apa2 kesalahan..
serius, dalam banyak2 sikap lelaki, aku paling benci dengan lelaki yang kaki pukul ni. eh, wanita ada tak yang kaki pukul ek? argh. lelaki lagi kuat dari wanita. sekali dia tarik rambut, tarik baju, tergolek2 dah~
selalu sangat aku dengar kisah wanita kena pukul dengan kekasih dan suami. yang kekasih paling sadis, belum jadi isteri yang sah dah berani pukul2. kalau dah jadi?? memang la orang kata, kalau kita tak dengar cakap suami, tak cium bau syurga, tapi sapa boleh tahan kan? lagi2 kalau si perempuan tu patuh segala arahan tapi sebabkan kesalahan kecil, dia kena pukul teruk..
kenapa lelaki suka pukul perempuan ni? kenapa? persoalan yang aku nak tau sangat2, sebab kekasih curang?? perlu ke kena pukul, tampar? ish~
aku sangat2 tak respek lelaki macam tu. langsung tak pandai hormati wanita. cuba kalau mak kita kena pukul, apa kita rasa? sedih tak? itu la kita akan rasa kalau kita pukul orang lain. fikir2kan la..
syukur dalam keluarga kami, tak de sorang pun yang panas baran dan ada ciri2 kaki pukul. syukur alhamdulillah.. dan si dia jugak bukan begitu. tak penah langsung dia sakitkan aku. tak penah langsung..
aku penah gak dapat ex yang ada ciri2 kaki pukul, penah tetiba dia tampar aku secara tiba2, aku tanya kenapa? dia kata saja. nak test. pehh. nak menitis air mata aku, mak bapak aku pun tak penah buat begitu :( syukurlah, hubungan tu dah lama berakhir dan dia pun dah lama bergelar suami. alhamdulillah..
nak tanya, kepada lelaki, apa faktor2 yang boleh buat anda akan pukul wanita??
kepada wanita, carilah lelaki yang tak de ciri2 lelaki kaki pukul. jika sebelum nikah, dia sudah berani angkat tangan, angkat kaki, fikir2kan la. takkan selamanya anda nak hidup dengan kaki pukul. anda bahagia?
rupa yang kacak tidak memberi jaminan dia sempurna di mata semua wanita :)
mungkin anda berminat??
13 comments:
Bila jadi mcm ni.
tak tahu siapa betul siapa salah..
yang kisah jimmy shanley tu susah jugak nak jawab. Hanya merekaa je yang tau hal sebenar. Kalau isteri degil memang kene angkat tangan juga. Ade ke malam perkahwinan nak jumpa kawan. Heheh...
awak saya tgh rajin ni nak saya buatkan banner untuk kamu tak?
klo laki da brani pukul2 sblm kawen,mmg xleh wt laki!tp ble dh sbgai suami,mngkn ad sbb...
betul tue syira....Nasib baik Cik hubby tak cam tu....Dia sabar dengan Karenah ku...hihihihi
Salam, fatin.
Lelaki tak elok pukul2 wanita. Marah2 tu biasa la, tak payah sampai nak bantai anak dara orang....
kalau sebelum kawin pn, pukul inikan pula sudah menjadi suami.. huhu..
tak baik pukul pompuan
hanya mrk yg tahu citer dlm kain mrk...
Ini url banner kamu....
http://2.bp.blogspot.com/-CfG8J2hzDfg/TjEjbO4y1JI/AAAAAAAAA_I/zpOmWrCnayg/s1600/BANNER+FATIN+SIAPanigif.gif
setuju.. saya pun nyampah bila lelaki tak guna jadikan wanita tempat untuk melampiaskan amanah kemarahannya dengan memukul mencekik segala tu...
wanita umpama tulang rusuk yang perlu dijaga, untuk dihormati dan dibelai, bukan untuk dikasari..
Salam kunjung mengunjung
Gen2Merah (",)
gua rasa laki suka pukul perempuan sebab rasa dia boleh menang. adoy.
tak ada maruah. sabar dikedua2 belah pihak adalah yg terbaek
takut kalau dapat suami macam tu.. T__T
Perempuan mulut banyak bau longkang, kuat mencarut ,kuat mengumpat, kuat maki, kuat bebel. Selalu jatuhkan air muka org dan maruah org terutama guys. Lelaki yg dayus adalah lelaki yg takut bini, kena queen kontrol.
Post a Comment