Wednesday, April 13, 2011

BILA BUDAK OBSES INTERNET KEHILANGAN INTERNET

salam

hai! peh, lama gila aku tak update entry pulak kan.. rasa janggal pulak. keh3. ada la dalam 3 hari. betol tak? last aku update 10 april. hari ni dah 13 april. wuuu. habis nuffnang aku. traffic turun menjunam mati teruih. hahah..

okay tapi tak apa. yang penting kualiti. aku dah lama tak kejar traffic dah. seriusly. sejak2 nuffnang cabut balik gliterrati aku satu ketika dulu, aku terus tawar hati. aku cuba mintak clash tapi aku sayang. tak sangka nuffnang pujuk balik. dia kasi cek kat aku. ekeke. aku tetap dengan nuffnang tapi tak kejar traffic macam dulu2 pun. hehe. tapi tak apa la :P

haa. 2 hari lepas, aku alami kejadian yang sangat memeritkan. ecececeh.. tak la perit mana pun. perit la bagi aku yang obses internet. ekekee..

bayangkan pukul 4.45 petang, tetiba internet aku yang tersayang ni, tak de network atau erti kata lain 'no network'. tapi bagi aku perkara biasa la kan. sebab selalu terjadi. aku terus bangun tanpa mempedulikan laptop aku, aku buat megi goreng. dah makan kenyang, aku tengok tetap no network. aku menghadap laptop sampai pukul 6.30 kot, sampai sudah tak da network!!

lepas tu aku tutup laptop dan berharap malam nanti boleh online lagi. tapi malangnya tetap sama. no network! ah sudah, apa sudah jadi? nak kata hujan tak pulak. nak kata tak bayar broadband, dah bayar. rm138 tau! bukan rm38!! musykil2.

lepas tu aku tutup laptop lagi, menghadap tv, tengok citer jackie chan. sampai la habissssss. pukul 12. aku on laptop balik. tetap jugak no network! mula la muka aku berubah. apasal ha??! grrrrrrr. haa. hampir2 jadi gorilla dah masa tu. kui kui kui

aku pun tido. memang aku moody habis la sepanjang malam. mengalahkan time pms. urgh. tetiba aku tak boleh online macam tu je. mana aku tak bengang. grr.. okay. fine.. tido. zzzzzzzzzzzz. sambil2 merajuk dengan faiq. :P

esok pagi aku bangun, try lagi. tak boleh jugak! sampai sudah tak boleh. so tanpa berfikir panjang aku kol maxis. dah la kol guna celcom. habis rm4 tau! tanya punya tanya, perunding pelanggan tu tanya macam2, dan last2 dia kata..

kat chukai memang tak de line 3G.

aku terkejut! eh tak de?! yang selama ni aku pakai line 3G macam biasa je, okay je! tak de masalah pun! lepas tu dia ajar aku tukar setting jadi GPRS! aku rasa nak melenting je, sebab apa. aku dah lama tau sangat pasal setting GPRS. guna GPRS maknanya internet tak de langsung. aku penah guna. ada la sekali satu tab amik masa setengah jam. kalau refresh, haa, tunggu la lagi setengah jam. sanggup? haha..

lepas tu abah aku pun balik kerja. dia cakap jom la pegi tanya kat maxis center. abah pegi dengan mama je. aku tak pegi pun. sakit hati dengan broadband! sakit hati sampai tertido dalam keadaan :( haa. paham? ekekeke..

dan mama pun balikkkkkkkkk. dan mama bagitau..

pencawang 3G tu rosak. dari semalam lagi orang datang buat aduan. diorang tengah repair tu. satgi ada la tu.

abis yang perunding pelanggan tu kata chukai tak de 3g kenapa??

sebab masa dia check network, tak dapat detect line 3g sebab masa tu line 3g rosak.


errrr. geramnya! aku dah gelabah gila la kan. rugi je la guba broadband, bayar rm138 tapi line tak de! grr..

mula2 mama suggest suruh tukar tapi bila fikir balik, dah 3 tahun aku guna broadband ni. dan aku selesa cuma kadang2 je ada masalah. masa kat kulim dan kl dulu, line laju gila. cuma kat kemaman je. kureng sikit sebab rumah atas bukit. wuuu. so takkan aku nak tukar walaupun ada budak kacak datang rumah aku offer unifi hari tu.. ekekeke..

serius aku cakap, aku memang seorang yang obses pada internet. biar tak de hp, asalkan ada internet. sebab aku dah terbiasa asyik online siang malam je sejak2 abis study ni. dulu masa sem lepas, penah 2 bulan laptop rosak. broadband langsung tak guna. nak online pegi cc. tu pun 3 hari sekali kot. :( tapi aku boleh la duduk sebab aku busy dengan assigment, study, dengan kawan2. tak la sunyi sangat pun..

ni dok rumah aje. apa lagi yang selalu aku buat selain dari online. tak la 24 jam. dapat online sejam pun dah cukup kadang2 asalkan online walaupun sekejap =,=

aku obses sampai kadang2 sambil tido pun aku rasa aku tengah menaip kat laptop. dasyat tak? kui3..

lebih kurang macam ni la muka budak tengah merajuk. sapa? biarlah rahsia. hik hik

nasib baik internet ada walaupun hampir 2hari aku tak online kalau tak..................


11 comments:

Arpiiz said...

yeah, kita sama.. obses dengan internet..^^

Anonymous said...

haha..muncung satu depa-hairi shazwan

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
pilihan motorsikal kupcai terbaik
Pelik, pelik manusia ni. Kalau lelaki obses dengan kereta, ada pula pompuan yang obses dengan tenet... kalau line tak ade rasanya gelap dunia ni

kindergartenlibrary said...

Bila tak de line , frust gila ! !

Faiq Roslan said...

saya la yg menjadi mangsa beliau melepaskn geram.. :(

NIA said...

hohoho.kita satu geng.kalau tak ada internet, rasa lemah satu badan.HAHAHA.

Bunga said...

haha..mmg minat benar internet ni..hahah..tapi comel lau muka merajuk cam dalam pic tu..hehe

teyn teyn said...

kite pon ketagih na online. bkn ketagih fb, ketagih blog. HAHA.. pape pon ttp online.

sahromnasrudin said...

tempat sy pun takde 3g...kalau gune enset pakai wifi opis je huhuhhh

Anonymous said...

Apa kata guna broadband dan Unifi serentak. Kalau dekat rumah guna Unifi kalau kat luar baru guna broadband. Unifi laju boleh tahan gak laa. Err, kalau mampu laa kan. Kata obses. Hehe :p

Unknown said...

haha..sy setakat ni ok lagi lah,tak brpa obses..
sebab duk U, wireless pun ciput jer..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER