Tuesday, February 8, 2011

BILA KEKASIH ANDA KEMBALI KEPADA KEKASIH LAMA.

salam

Isu kekasih lama kembali sering diperkatakan. ada yang membangkang, ada yang menerima dan ada yang tidak kisah. bagi aku, ia normal. sebab ia sering kali terjadi kepada lelaki ataupun perempuan.

Mungkin pasangan tersebut telah bercinta selama beberapa tahun, mungkin pasangan tersebut tidak mendapat restu keluarga untuk meneruskan perhubungan, mungkin si dia telah tertarik kepada orang lain, mungkin si dia tidak tahan kerenah pasangannya. segalanya kemungkinan.

Tolonnglah, walau anda putus cinta dan mengalami tekanan yang teruk dan konon-konon hampir bunuh diri kerana tak dapat memiliki sang kekasih, tolong jangan balas dendam dengan orang lain.

Satu contoh yang paling jelass:

Ali ditinggalkan oleh Ani kerana Ani terlalu cemburu dan akhirnya memutuskan hubungan mereka.Ali terlampau sedih dan langsung tak de semangat. Jijah datang dalam hidup si Ali sebagai kawan yang banyak menasihati si Ali tentang kehidupan selepas putus cinta. Si Jijah sanggup menjadi pendengar setia dan akhirnya mereka berdua saling suka sama suka. macam2 kenangan mereka telah lalui dan tanpa disedari si Jijah telah jatuh cinta dengan si Ali dan si Ali membalasnya. tetapi si A memberi tempoh yang lama untuk mereka mengikat tali janji setia mereka kerana berasakan dia fobia kepada cinta. si Jijah akur. setelah sekian lama, si Ani tetiba menagih simpati, janji dan cinta kepada si Ali. secara tiba2. mungkin dia telah menyedari kesilapannya dahulu dan menginginkan si Ali menjadi milik beliau kembali. si Ali serba salah. mahukah dia pada si Jjijah, yang telah susah senang bersama atau kembali kepada si Ani, yang pernah membuang beliau terkontang kanting dahulu?

Nak tau apa pilihan si Ali? dia telah memilih kekasih lamanya, si Ani, kerana ingin memberi peluang kedua untuk memperbaiki sikap dirinya selama ini. dia meninggalkan Jijah tanpa sepatah kata dan meminta agar Jijah terus melupakan dirinya.........

Aku rasa tak patut si Ali buat macam ni kat si Jijah. kalau betol la dia betol2 tak nak dekat si Jijah, kenapa dia meluahkan isi hatinya? kepana dia memberikan harapan yang tinggi? kenapa dia mengucapkan kata-kata manis? kenapa Ali tak penah mahu berenggang dengan Jijah? kenapa sampai dia bawak Jijah berjumpa keluarganya? kenapa dia sanggup buat macam tu??

Dan akhirnya, dia buat Jijah macam sampahh!! Jijah yang dahulunya sanggup menemani Ali ketika susah bersama, senang bersama. Jijah sanggup korbankan masa beliau, dan segalanya2 tidak ternilai lagi bagi si Ali. dia tergamak memilih si Ani yang telah senang2 mencampakkannya ke timbunan sampah dahulu..

Dan sekarang Jijah kesedihan yang amat sangat bila merasakan segala kenangan mereka dan pengorbanan yang beliau berikan kepada si Ali tidak lagi bermakna manakala si Ali dan Ani telah bahagia bersama..

Satu sahaja, kebahagiaan yang diciptakan atas penderitaan orang lain takkan pernah bahagia.
kalau anda tidak mahu sidia menaruh harapan yang tinggi, anda jangan sesekali memberi harapan. kelak akan merosakkan perasaaan insan yang tulus mencintai anda..



ini adalah kisah benar yang berlaku dalam kehidupan orang yang aku sayang. dan aku nak mintak nasihat korang untuk bangkitkan semangat beliau. aku tak mahu lihat dia sedih2 lagi :(

16 comments:

deksnamai said...

dalam membuat keputusan kena berfikar...
jangan terlalu mengikut gerak hati..

Nur Farah said...

kes cam ni memand da biasa terjadi.. kawan fara pun ader jugak.. putus .. pastu couple ngan yang lain.. pastu putus balik ngan y lama.. berulang2 kali.. haish heran tul diorang ni..

manusia selagi tak hilang depan mata selagi tu tak menghargai.. percayalah.. so fara rasa one days nanti laki or perempuan yang meninggalkan tu akan sedar jugak... just pray...XD

untuk your friend.. tabahlah menghadapinya =p

~ViLLa BeLLa NaBiLa~ said...

"kebahagiaan atas penderitaan orang lain."-agree!

faizahfyn said...

yeah mmg ade lelaki macam ni..

tapi percaya satu benda je..dia akan rasa balik ape yg dia buat tu..one day dia sendiri akan cari perempuan tu balik..

.:padie_eyla:. said...

memang perit kalau kite kat tempat jijah. tapi ingat. satu pergi, akan ade yang lebih baek datang. percaye lah. mohon kat Dia je. bile rasa rasa terfikir, sedih pasal hal ni, luah je kat org yg kite caye, try buat benda yg boleh buat kite lupe. nak nangis, nangis je. tapi istifar banyak3. insyaallah Dia ada untuk kita. menangis lah dalam doa. lebih puas. ;) all the best.

kindergartenlibrary said...

kekasih sendiri kembali kepada kekasih lama ?
OMG ! ! Soal hati tak boleh dipermainkan .
suka kata suka .
tak suka kata tak suka .
macam Nelly , kekasih lama datang balik .
Then , perempuan tu habiskan masa dan tenaga untuk ambil hati bf Nelly dlu .

Anonymous said...

ermm..susah bile berbicara tentang hati...mesti bertindak ngan cara y btoi..buat la solat isytikarah mohon petunjuk dari y Esa..

koepee said...

cinta kalo x bwak kpd kebahagian tu bkan cinta nmanya.. tu NAFSU!! cam makan tp xknyang, NAFSU!! kentut tp xkuar, NAFSU!! so, kawal la nafsu btol2..idop skali je, tp peluang ntok pilih hala tuju byk.. xkn la susah sgt nk pilih.. talian hayat yg MAHA AGUNG kita selalu lupa.. (smbil2 nasehat org kna kt aku blik)

MJ said...

mJ rasa , ok jgak si ali wat cam tu... berterus terang... atleast x terus jijah menaruh harapan yg lebih tinggi... lagipula , jijah dah kenal siapa ali... seorang yg mudah mencampak cinta , orang seperti itukah hendak dijadikan teman sehidup semati ?

kalau nak cari pasangan , biar aral melintang sekali pon, perhubungan tetap ukuh !

just my 50cent...sbb mJ nak camtu...ngeee....

Zeanne said...

setia je pada kekasih sekarang..takda peluang kedua setelah kekasih lama tinggalkan kita..haha

sahromnasrudin said...

teringat kesah artis tue yg rampas suami sahabatnya..sekarang dia kne lik..sekarang nie balasan semua dpt segera..mcm mee segera kan huhuhuhhh

merahitujambu said...

selalu je terjadi maam ni..mungkin di just aggap jijah tu penasihat je dlm life dia..tp hakikatnya nnt baru dia sedar sapa lebih penting..kadang2 kita paksa ali untuk suka kita pon tak boleh sebab semua tu dh ketentuan.kalau jijah sygkan ali..cuba luahkan isi hati..kadang2 pompuan mesti mulakan dulu..tak semua laki akan mulakan dulu

mie said...

fuh!!!
itulah dugaan..
dapat menguji kesetiaan pasangan kita..
eheheee

b i t t e r h e a r t said...

ini mslah yg sy hdapi skrg...sedih xtau nk wt pe? ptt ke sy halang @ berdiam dri je dgn si dia..tp sy mmg cintakan dia..sy xnk hati sy kcewa lg

b i t t e r h e a r t said...

ni yg sy alami skrg..ap ptt sy lakukan? ptt ke sy halang mereka@ biarkan dan berdiam diri shj..tp sy mmg cintakan dia (T.T)

Noor Fatin said...

liya: kalau awak rasa dia mmg utk awak, dia xpnh menyakiti hati awak, bleh terima dia kmbli. tapi kalau dia snggup tggalkan awak, tolong lah jgn kembali pada dia. hidup kalau awk je cinta dia, xkan bahagia jugak. kena dua2 skali. senaraikan kebaikan dan keburukan pada diri dia.. kalau buruk lebih byk, lupakan dia.. ramai lagi lelaki dalam dunia ni..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER