Sunday, January 16, 2011

BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU

salam

aku nak join segmen khas hujung minggu oleh ben ashaari. cerita tentang cinta monyet! hoyeh. patut kah aku imbas kembali kenangan lama? hik3

seperti biasa, wajib letak header ben ashaari. hehe


kisah bermula masa aku form3. aku kenal budak lelaki ni yang aku namakan A, sebab kami sekelas. masa tu dia malu sangat2. tersenyum2 je la. oleh kerana dia dok dekat2 dengan aku, makanya kitorang jadi rapat. sejak itu aku akui senang bersama dia. rapat sangat2.

kebetulan rumah A tak jauh dari aku, selalu kitorang balik sekali. kadang2 kalau pergi sekolah mesti terserempak dan jalan sama2 pergi sekolah. waktu rehat, kitorang rehat sama2, study sama2, nak pergi library ke, lepak mana2 ke, dia mesti ada dengan aku. memang rapat la kan. dan masa tu satu kelas ingat kitorang couple. selalu la kan kitorang jadi bahan usikan dalam kelas. keh3

satu hari, masa kitorang dah form 4, aku tak tau apa dah jadi dengan aku ni kan.. aku pegi kedai dengan kawan aku, pergi beli satu kad. kad untuk kekasih. lepas tu aku keluarkan pen, aku tulis, A.. SESUNGGUHNYA AKU SANGAT MENCINTAIMU, DARI, SECRET ADMIRER. lepas tu aku pos ke alamat rumah dia. esoknya kitorang balik sekali. tapi aku tak penah bagitau apa2 kat dia la pasal benda tu..

dan bila dia dapat kad tu, kawan baik dia lelaki jugak telefon aku. dia tanya aku macam2, dan sebab aku percaya kan dia, aku bagitau dia memang aku antar kad tu dan aku harap dia rahsiakan pada si A. tapi malangnya dia pegi call A dan bagitau!! arghh. masa tu aku rasa macam nak berhenti sekolah terus sebab terlampau maluuu. masyallah. apa aku dah buat ni. wuu~

dan esoknya kitorang balik sekali dan masa tu si A cakap, AKU HARAP KO FAHAM , KITA KAWAN DULU OKAY. masa tu kan jatuh dan gugur hati aku ni. agaga. serius. sedih gila2. senang gila dia tolak cinta aku. haha dan sejak tu, sampai ke form5 hubungan kitorang terus jadi dingin. dan dia pulak dah rapat dengan perempuan lain. sampai dah nak abis SPM, kitorang rapat balik dan masa tu aku dah ada pakwe lain dah. so perasaan aku pada si A memang dah tak de.

bila aku ingat balik, aku rasa macam bodoh sangat dan senang sangat meluahkan perasaan pada orang, kalau diterima tak apa jugak, ni ditolak kaw kaw, memang malu arrrr.. sejak tu aku berjanji pada diri aku sendiri kalau aku suka seseorang aku takkan meluahkan perasaan macam tu lagi. keh3

nasihat kepada yang terleka bercinta, kalau boleh jangan sampai abaikan pelajaran. bercinta jugak tapi pelajaran tetap diutamakan dan kepada adik2 perempuan di luar sana, jangan jadi macam kakak ni yang tersalah amik langkah, pergi antar kad dan meluahkan perasaan. malu okay. jual mahal sikit walau kita suka sangat2 kat lelaki tuu. heee

si A sekarang menyambung pengajian di UIA dan bakal lecturer okay. haaa. kau. keh3. sampai sekarang kitorang contact lagi cuma jarang sangat. aku harap nanti dia kawin dia jemput lah aku ni. keh3

nak join segmen ben ashaari. sila klik SINI


18 comments:

NS said...

hehehe.. sweet. bgus smp skg still kontek. =)

acul said...

wah bgs la... org kate lawan jgn dicari hehe...

zacky786 said...

wahhh ..~ so sweet..!!

Tieah Madian said...

Hahaha..
Best!
Siap bel kad lg tu..
X dpt nak luah kat A, kt kwn A pun jd lah kan..
Kira oklah dia tolong bgtau..
Hehehe..

::nuRuLaDHar:: said...

suwit luv story..gud luck! =)

Anonymous said...

sweet :)

theflow said...

adoyai camne laa leyh kantoi..hihi..jaat btul budak laki y g kabor tu taw..papa pun cinta monyet msti taleh nk lupakan kann kann =)
stg singgah dri bro ben

MummyAyu said...

kan da kantoi..org kate kalau xnk rahsia tu dipecah jangan gtaw sesaper..even kdg2 kita rase kita caya kat orang itu..tp citer ni sweet sgt..hehe

efa said...

sweet story :)

AnakPakZohar said...

asalkan mencuba sis...
tu tunjukkan kite berani.. hehe

nur said...

nice nice

Jemput keALL IN ONE

spesispenunggu? said...

wah..manisnya...hehe..sye pun join gak....

http://sayetetapsaye.blogspot.com/

Unknown said...

So sweet :)

cik ude hamid said...

batul2...rahsia hati simpan baik2 tau.

Anonymous said...

:)

Noor Fatin said...

ns: heheh aah. sbb xde gado2 teruk. hehe

acul: betol tu..keh3

zacky: thanx!

d_tieah: tapi malu. hahaha malu sgt..wuu

nurul: thanx!

cik senah: thanx!

amirah: haha tau xpe. keh3. kngn lama. manis bila ingt :)

ayu: lpas ni xnk gtau sapa2 lagi. smpan dalam hati je. keh3. thanx!

efa: thanx!

yad: yeah. walaupn gagal. hehe thanx!

nur: thanx! :)

strawberry: hehe thanx!

rabiatul: thanx!

ilham: okay2. kisah lama jadikan pngajaran. keh3

macy: ;D

azzey said...

Cinta monyet?...he3...best gak klu ingat2 blk...:)

Shazwan Azizan - wanblur said...

sweet cinta monyet ko.. hihi.. tak per, itu semua pengajaran kn.. kn...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER