Thursday, September 30, 2010

DAYANA DAN AZZAM

salam~


apa kabar? kulim hujan. petang2 confirm hujan. pastu sedap la kalau tido. tapi minggu ni kurang rehat. assignment dan report berlambak2 kena antar. adeh. esok fyp pulak. sabtu ni nasib baik xde kelas. boleh bangun lambat~ haha tapi kat msi ada event la, event program ICE. anjuran spanish, mandarin dan BI. tapi aku xtau la aku terlibat ke tak. masa ari tu la. haha aku just terlibat masuk amazing race subjek math je~ keh3

aku check nuffnang. lagi beberapa RM je utk cashout kan. haha tak lama lagi boleh la tu..heeee~~ dan aku sebenarnya selalu check keyword. haha macam2 ada. kadang2 lawakk~



cuba lihat. apa yang famous? idola kecil kan? haha! rating post pasal idola kecil la yang paling tertinggi setakat ni. post lain mesti kalah. haha walaupun setahun dah berlalu.. hee..

dayana dan azzam
dayana idola kecil
dyana idola kecil 2
azzam idola kecil 2
gambar keluarga azzam idola kecil 2
azam idola kecil
dayana dan azam

see? idola kecil. azzam dan dayana! mesti adaaaa~~ heeee..dulu masa idola kecil sedang berlangsung aku banyak buat post pasal tuu.. tu la sampai skrg keyword tetap idola kecil. haha

keyword yang lain:

fb tak boleh upload picture kenapa?
*of coz la xtau nape, aku pun tak penah buat post ni. agaga *

logo crocs berbentuk huruf allah
* aku ada buat post pasal ni*

isteri ditampar
*jap fikir balik, mana de!* haha

okay2, dan aku rasa sampai bila2 pun keyword aku dihujahi dengan word azzam dayana dan idola kecil 2! haha mesti budak2 ni yang taip2 kan.. haha adik2 je ni~~ budak2 mcm aku xde sangat kot yang minat..keh3


*aku saja letak tajuk dayana dan azzam, mesti ramai yang search macam ni lagi* haha!

Wednesday, September 29, 2010

300TH FOLLOWERS!

Salam..

entry ni khas buat follower aku yang ke 300~ tahniah! haha

tak sangka, dari sem4 aku start menceburi dunia blog ini, ada indah, ada duka, ada pasang surutnya, kadang2 sebulan sekali update entry, kadang2 3 entry satu hari, semuanya ada,

kenapa aku suka berblog? sebab blog ibarat temanku yang kedua, di sini la aku mencurahkan segala perasaan aku. ketika aku tiada teman utk mengadu, blog adalah temanku. sebenarnya ni link blog yang kedua, sebelum ni linknya lain. atas sebab2 tertentu, aku terpaksa tukar link yang baru.

dah 300 org follower! wah, hebat! hehe thanx semua kawan2 ku~ terutama yang follow blog aku. insyallah aku akan follow blog korang balik~ jangan risau, aku tak kedekut nak tekan button follow kat blog korang dan aku jugak bermurah hati untk menekan iklan nuffnang yang hidup di blog korang!

okay2, melalut sudah. tahniah utk fatien eleena! yeah~ nama fatin jugak you~~ sama nama dengan i~ hakhak. thanx follow blog ni! thanx byk2!

ni ada ucapan utk kamu. sy buat tadi. khas utk kamu fatien. sori sangat simple. actually busy nih, nak siapkan assignment. cepat2 buat~ keh2. harap kamu sukaaa~

dan sy nak awak tau, sy suka blog awk. lagu kat blog awk dan banner awak. semuanya la. rasa tenang je bila bukak blog awk! heee

sapa2 nak usha blog dia, boleh klik FATIEN ELEENA


utk kamu, fatien

tunggu la pulak follower yang ke 400~ keh2, terima kasih.


*tadi makan pizza hut, nyum3!!


salam!

Tuesday, September 28, 2010

Sape nak hadiah free? :)

salam!!

aku join giveaway pulak~ di tag oleh cik MIRA.. thanx okay!! heeee



jeng jeng jeng.. ni banner contest ini. give away ni~ kui3

syarat2nya adalah :

1) buat entry ni *sapa nak hadiah free? :) * dan letakkan sekali gambar ni dan linkkan terus ke blog..

2) letak gambar ni sekali di sidebar blog korang dan link terus ke entry gievaaway ni.

3) menjadi follower blog ni

4)tag 3 org blogger dan pastikan mereka tahu!

5) tinggalkan link dan nama penyertaan ini kat kotak komen entry ni ye.


hadiah:

misteri.. jeng jeng jeng. lihatlah di blog beliau :)

tarikh tutup:

1/10/10 10.00a.m

:)

sila layari SINI utk keterangan lanjut dan join giveaway ni!

thanx tuan giveaway..~ heee

oppsss.. lupa pulak.. saya tag!!

Monday, September 27, 2010

HATI INI MASIH MENGINGINKANMU...

salam.

sedihnya hari ini., sangat2 sedih. Ya Allah, aku rasa tak kuat dah semangat, hilang sudah semangat yang berkobar2. semuanya hilang. hancur gara2 sepatah dua kata. apa harus aku buat? Ya Allah, aku memohon petunjukMu....

bukan aku yang cipta puisi ini. ini sumbangan dari iceq. kawan ku yang suka berpuisi. aku suka. puisi2 itu banyak menyentuh perasaan ku. dan dia tujukan dua puisi ini utk aku....


'chopstick' itu ditakdirkan berdua

begitu juga kita,dan aku mahukan kita begitu
walaupun berdua itu pedih,sakit
sejujurnya aku tidak mampu melihat kau sendiri
tanpa bahu untuk menangis
dan tanpa penenang di kala gundah
mendengar setiap butir yang kau ucap
dan memeluk kau bila butir menjadi esakan
agar kau sedar,dunia ini tidak kejam
kau masih ada aku,berdua mengharung airmata
seperti chopstick yang sama2 mengharung kuah mee..




akan sampai satu ketika
kau akan tersedar
tersedar bahawa dunia ini
tak selamanya memalingkan keindahannya dari kau
tersedar bahawa dunia ini
masih mahukan kau memijak ia dengan hati yang lena
dengan jiwa yang gembira
agar kau kuat melawan rasa hati yang kejam
akan sampai juga satu ketika
kau akan tersedar
tersedar masih ada yang mahukan kau di sisi
yang menganggap kau orang yang dia sayang
yang ingin kau ada di bingkai gambar pada masa depan
sampai satu ketika
kau akan penat
penat berfikir kenapa dunia ini begini
kenapa dia enggan melepaskan
kenapa dia masih sayang
dan kenapa kau masih mampu bertahan
selepas kau rasa dunia ini membenci kau..
=)
dan aku pula tersedar sudah berzaman aku tak berkata2..


dan aku rasa aku masih sedar..
aku masih punya dia..
biarlah masa yang menentukan..
Ya Allah, jangan pisahkan kami.
aku sgt2 perlukan dia...



p/s: berbanyak terima kasih kpd anis nabila. dia teman aku masa aku sedih. aku sgt2 hargai. dia xpenah tggalkan aku bila aku ada masalah. aku selalu share masalah dgn dia. thanx abil. i really2 love you~

-to iceq: thanx bagi puisi dan doa kamu buat aku tabah.



p/s: mama. sori tak cerita kat mama. xnak mama sedih. cukuplah cheq sorg ja nangis dan tanggung semua ni.. :((


KARAOKEHOLIC CONTEST

salam


tetiba terjumpa satu contest ni. karaoke! utk sapa2 yang minat karaoke! aku? minat, tapi suara tak sedap.. wakaka. cuma  dan rumate aku je yang dibenarkan nyanyi dengan aku. orang lain? no way!!

lokasi yang kami selalu terjah adalah di kulim landmark central, kulim. sejam rm18. kami amik 10 lagu, rm15. haha pernah 3jam. lalala~ tapi sangat lama dah kitorang tak pernah. budget lari aka busy. haha


Powered by BannerFans.com

banner contest beliau~

syarat2nya

:1. Ada blog sendiri. Jangan guna orang lain punya pulak.

2. Jadi follower blog ini. Senang nak tau update nanti.
3. Buat entry pasal contest ni dengan tajuk KARAOKEHOLIC.
4. Letak banner contest dalam entry dan sidebar blog korang.
5. Letak 1 keping gambar korang berkaraoke.
6. Tag rakan blogger. Tak kisah berapa orang pun :)
7. Tinggalkan komen pada link ini. untuk saya update link participants :)



saya pertaruhkan gambar ni!





Hadiah: Karaoke percuma di pusat karaoke pilihan anda ! Seriously :)

Tarikh tutup: 30 October 2010

join jangan tak join!! haha aku tag errr.. tag miera la~ heee

salam

Sunday, September 26, 2010

TAKDIR~


takdir tidak mahukan kita bersama
tapi aku tetap memilih untuk jatuh cinta
dan andai suatu hari nanti
takdir masih tidak mahukan kita
aku akan tetap merasa jatuh cinta
seandainya perasaan ini berubah
aku akan ingat bahagia itu
sebagai bahagia yang terindah
kerana kau yang membuka pintu hati
untuk aku jatuh cinta..




kredit rm10 utk iceq. amik puisi dia. hik2


andai itu takdirNYA..

;)

CONTEST SENYUMAN MANEH!

salam!

aku ditag oleh LIANA utk join contest ni..actually, tuan punya contest dah antar invite utk aku join. tapi aku sangat2 busy. :P sorii.. aku join jugak akhirnya! hehe


ni banner contest beliau.

syarat2nya :

Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar

Mesti buat N3 pasal contest ni.

Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri.

Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.

Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.

Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.

Tag minimum 2 atau lebih rakan anda.

Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.

Hadiah adalah topup bernilai RM30.

Jika pemenang menggunakan line prabayar, nilai tersebut akan ditukarkan kepada wang tunai dan akan di bank-in kan ke dalam akaun anda.


ni pic yang aku pertaruhkan.

maneh ka? hahaha lawak ja. aku suka pic ni~ lalala... senyuman yang menyimpan seribu rahsia.

tag kawan2 yang mempunyai senyuman maneh.

-ana mardia-
-fatyhah baharudin-


sapa2 yang nak join contest ni.. sila ke MANEH! banyak masa lagi nak join.. heeee

ok. done! tenkiu!

Saturday, September 25, 2010

RADJA-MAAF

Radja – Maaf

bila aku salah tolong maafkanlah

ku tak ingin membuat kau menangis
aku tahu kau marah
aku tahu kau luka
tapi jangan paksa tuk berpisah

* aku ingin selalu bersamamu

walau senang, walau kita susah

reff:

mungkin aku salah di matamu
mungkin aku lemah di matamu
tapi tak pernah terpikir
kau pergi tinggalkan aku

bila aku salah di matamu

bila aku lemah di matamu
ku hanya bisa memohon
maaf atas salahku

aku tahu kau marah

aku tahu kau luka
tapi jangan paksa tuk berpisah

repeat *

repeat reff
repeat *
repeat reff [2x]



lagu ni aku dah pasangkan elok2 kat blog aku.. best kan? aku tau lagu ni dari youtube la~ hehe lagi satu lagu terbaru radja ialah, terus terang. pun best jugak~! haha aku dari dulu memang suka lagu2 dari radja. yela, ntah kenapa suka. dari form4. ada kisah tersendiri :P

hehe ookk.. harap semua enjoy dgn blog aku dan lagu ni~ heee

Friday, September 24, 2010

NAK MINTAK TOLONG DAN GAMBAR RAYA!

salam

fuh! lama gak xupdate blog rupanya. maklumlah, tenet kadang2 lembap! tak la kadang2, selalu jerrr.. haha minggu ni sangat2 busy. dah start minggu busy dah. lepas raya, assignment banyaakkk, test banyakkk.. tiap2 malam aku kena buat assgment, pastu study utk test esoknya. on9 pun macam tak senang hati je. haha! ni rasa tenang sikit. sebab dah antar dah 4 lab report PLC. tension giler buat benda tu~~ hahaa!

fyp dah start arini. baru potong2 besi. dua orang je grup aku, sedih kan? org lain semuanya 5! paling kurang 4! huwaaaa.. mudahan2 segalanya berjalan dengan lancar. dan aku harap ni last sem bagi aku!

err.. aku nak mintak tolong la pada blogger2 yang tahu,, pasal benda ni.


ada beberapa web aku bukak tak boleh. keluar benda ni, bila tekan dont send atau send error report, automatik window tu terpadam. quit. apsal ek? baby adopter aku pun tak boleh bukak. ntah apa cite lydia dalam tu~~ uwaaaa...

PLEASE HELP ME!! sapa2 yang tahuu,, tlg2 bagitau aku..apa aku patut buat.. utk xnak ada benda ni..

ok, pic raya tak banyak sangat! haha ada la beberapa keping aku upload kat facebook~ weee. tu pun cilok hp abah aku. hp aku xde kamera. okay tipu. ada tapi cuma 1.3megapixel. tension kan? adehhhh!! hahahah



ni kat kampung tok wan aku. arwah tok wan aku. walau beliau dah xde, aku tetap panggil kampung tokwan aku. walau pun aku ada tok :P umah tok utk sebelah mama. umah tokwan utk sebelah abah~ hehehehe.. itu jambu kat belakang umah. mama petik. haha. aku amik la pic. abah amikkan kot. dengan teriakan aku menjerit, *saya lah usahawan jambu yang berjaya!!* hahaha poyos~ keh2


gambar ni kat depan umah tok! hehe ok, ni baru tok. hehe dengan alisya. melaram tudung dari seseorang :P tembam kan aku pakai? haha gambar atas tu aku tarik kedepan dah. xnampak la dua kaler. haha alisya pun ada gak tudung tuuuu~ dia yang ajar aku pakai.wakakakak!!


ni la alisya., nurul alisya alia. dia ni sebenarnya anak jiran aku masa kitorang dok kat kulim. mama aku ngasuh dia dari umo dia 2bulan sampai la 3tahun. pastu kitorang pindah ke sg petani. dia memang rapat giler dgn family aku. dan sekarang dia umo 11 tahun! darjah 5 sudah~ tinggi kan. nak dekat sama tinggi dekat aku..ceh! beza umo 10 tahun. tapi kasut raya aku dia boleh pakai. hahaha tu haa, dia melaram kasut raya aku..kasut princess okay! :P thanx pada si diaa~ weee.. i likeee. suka sgt2! rasa bertambah ketinggian ketika memakai! hahaha!!

berbalik kisah di umah tokwan. belakang umah. selangkah je dah sawah padi. kalau sebelah tepi ni ada kandang itikk. pak lang aku banyak bela itik! aku xamik gambar2 kandang itik kat abah aku..wuu.. so xdapat la tunjuk! xpe2, lain kali aku letak kat sini. haha. best2, tgk itik jalan. aku selalu kejar itik2 tu. haha kejam! alisya yang amik pic ni~

lastly, aku letak jugak gambar poyo ni! hahaha masa ni aku nak kuar makan kot. aku suruh alisya amik. 1st pic dia amik ni, tapi agak blur, so xnampak sgt2. 2nd pic dah xjadi senget mcm ni. dan pic2 seterusnya, xjadi mcm ni. haha so aku amik pic ni, edit2 sikit. aku letak kat sni. alisya kata *tu diaa, gediknya* hahahahah!!ni baju raya! mama buat, aku suka! abah beli kain ni! cantik kann.. mak aku pun sama gak. warna merah. aku purple. corak sama! hehehehe suka2!


ok abis sudah, cite pasal raya! haha mood raya tak abis lagi. kuih raya dan kerepek2, maruku penuh satu rak dalam loker. kalau aku lapar, aku makan la! haha semua mama kasi~ heeee

aku dah tengok jadual final exam. start 8nov sampai 13 nov! pastu tamatlah sudahhh!! yahooooooooooooo!! heheh

ok laaa!! nak start blogwalking! dan yang perlu anda tahu, esok, bersamaan ari sabtu, aku ada kelas BAS!! kul 8 pagi sampai 11pagi...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~!


byebye

Friday, September 17, 2010

TERUS TERANG-RADJA

Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Karena tak ada yang tahu
Arti cinta sesungguhnya


Cinta datang dari Tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karena aku manusia
Yang pastinya butuh cinta
Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan


Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan


Perpisahan..
Cinta datang dari Tuhan


best lagu ni, serius best. aku suka. mendayu2 je. haha dari dulu lagi aku peminat radja. dari dulu la, dari form4, semua lagu2 radja aku hafal. haha XD


***masih kat kg, pekan darat :)

Tuesday, September 14, 2010

TEMAN TAPI MESRA

salam.

dia hanya teman
kami hanya kawan
bukan kata2 artis
bukan kata2 yang direka2
tapi ni sejujurnyaa

dia hanya teman
teman tapi mesra
adanya dia membahagiakan saya
adanya kekasih, sempurnalah hidup saya,


maaf,
aku tidak curang
apatah lagi menduakan cinta
hakikatnya,
kami hanya kawan

aku tidak pernah selingkuh
percayalah,
janji dan impian yang kita angankan
insyallah,
bakal menjadi kenyataan

cinta ini tetap utk kekasih.:)


>IF<

Sunday, September 12, 2010

MANUSIA SEMAKIN KEJAM..

salam..

Sejak akhir2 ni, terlalu banyak kes yang melibatkan manusia. membunuh, merogol dan pembuangan bayi. terlalu banyak. kenapa manusia semakin kejam? aku pun tak paham.

Manusia semakin kejam disebabkan oleh semakin menghilangnya agama dalam kehidupan. Walaupun diakui beragama Islam, namun kebanyakan manusia sekarang hanya menganggap Islam sebagai agama teokratik dan bukan sebagai cara hidup. Buktinya jelas. Agama hanya diukur menerusi ibadatnya sahaja. Jika cukup solat lima waktu, berpuasa, dan seumpamanya, sudah dikira beragama dan dianggap sudah memadai. Campur aduk atara agama dan budaya memburukkan lagi keadaan.

Cuba kita lihat diri sendiri. Sejauhmanakah kita menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai cara hidup kita. Bagi diri ini, masih terlalu jauh untuk mencapai darjat muslim sejati. Walaupun begitu perkara ini tidak bermakna kita harus tewas dengan pujukan hawa nafsu dan Syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk ke Neraka. Ingatlah Neraka itu ialah seburuk-buruk tempat kembali. Sudah muak kita mendengar ungkapan tersebut, namun sejauhmakah kita takut akan N.E.R.A.K.A. Kita, termasuklah diri sentiasa leka, lalai, alpa, jahil dan kurang bersyukur akan segala nikmat yang telah dicurahkan kepada kita. Mengapa kita sentiasa Jahil tentang Islam sedangkan kita telah mengakui Syahadah sejak kita lahir lagi.

Akhlak para penganut Islam dewasa kini semakin meruncing. Lihat sahaja setiap hari pelbagai dosa yang dilakukan seperti membunuh, rogol, merompak, berjudi, rasuah dan terlalu banyak lagi dosa-dosa yang dilakukan. Hakikat manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa memanglah benar. Sungguhpun begitu, hal ini tidak bermakna setiap hari semakin rakus manusia khususnya masyarakat Islam di negara kita terjebak dalam kancah jenayah yang rata-ratanya melibatkan dosa atau jenayah yang besar dan yang terbaru pembunuhan yang tidak terlintas pun gamak dilakukan oleh ahli keluarga sendiri. Perkara ini jelas membuktikan bahawa umat Islam kini terlalu dahaga akhlak dan kedamaian.

Dalam beberapa minggu saja, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pembuangan bayi setiap hari. Makin banyak berita yang ada, kes semakin berleluasa. Masya Allah, kenapa jadi macam tu? Kalau tak nak kan bayi tu, serahkan saja pada keluarga yang memerlukan. ramai lagi yang memerlukan cahaya mata. mengapa mesti dibuang? kasihan pada bayi. dia tak bersalah. dia tak tahu apa2, .kalau dia tau nasib dia macam tu, dia pun tak nak lahir kat dunia ni.

Dan yang terbaru, kes pembunuhan datuk Sosilawati,.datuk sosilawati dibunuh dan dibakar,. dan abunya dihanyutkan ke sungai. astaghfirullahalzim.. satu malaysia terkejut. apa salah dia sampai diperlakukan sebegitu? kerana harta? dendam? kalau ya pun, jangan sampai membunuh. cuba bayangkan kita menjadi anak2nya, apa perasaan kita? bayangkan anak2 dia raya tanpanya di pagi raya. dan mengetahui keadaan sebenar dia. sedihnya.

Kesimpulannya, penghayatan dan mengamalan Islam dalam kehidupan hanyalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan umat ini. Bagi ibu atau bapa yang terbaca komen yang tidak seberapa ini, didiklah anakmu dengan Islam. Kekejaman Umat pada masa kini tidak akan selesai jika kita terus hanyut dengan dunia yang secara jelasnya menipu daya manusia.


Sama-samalah kita fikirkan....

Saturday, September 11, 2010

RAYA PERTAMA~

salam

harini dah raya kedua. semalam agak busy jugak la. tak sempat nak update blog. hik3~ btw, selamat hari raya kepada semuaa~

malam raya aku dah iron semua baju raya. baju raya ada 3pasang, kaler hijau, purple dan hitam. yeah~raya pertama aku pakai baju warna hijau. pagi2 buta aku on9. facebook lengang giler. ada la sorang dua yang on9. hahaha yang lain2 xdee..maklumlah raya kan? :P

pagi tadi dah hidangkan makanan, kemas2 umah tok sikit, japgi orang nak datang beraya.aku pun pakai baju kurung tu dan lepak atas umah sambil on9~ hehe

tengahari tu sepupu aku sebelah abah call, dia datang amik aku. bawak aku raya umah tokwan. sebelah abah aku~ huhu best la jugak. makan bihun sup, makan laksa. sumpah kenyang. pastu ikut mak sedara n sepupu2 pegi raya umah sedara diorg. best2~

duit raya? setakat arini aku dapat rm27, ok gak kan? dapat jugak. hahaha best2. tapi kalau pegi raya umah org, xdapat la kan. sedih je :P

arini, raya kedua,. aku xpegi mana2,. dok kat umah je. pakai t-shirt je~ tengok tv, on9 dan tido...zzzzz

raya ke 5 atau 6 mama balikkk! yeayy!! :))


:)

SI PEMBOHONG AKAN DITAMPAR~

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PANG!!* Robot tersebut menampar anaknya.


"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PANG!!*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".


Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PANG!!* Samad ditampar oleh robotnya.

Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PANG!!*

Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...


:))

Wednesday, September 8, 2010

JUMAAT RAYA! :)

salam..

alhamdulillah. tadi dah ada pengumuman raya.. hari raya jatuh pada hari jumaat, 10/9/10. bukannya esok. sapa ntah yang kecoh2 cakap esok raya. so, ramai la yang kelam kabut, risau, takot esok raya~ adehh..

esok kita buat ketupat okay? rendang ayam, rendang daging! hehe esok aku nak buat ketupat. tolong tok. maklumlah mama xde. aku nak belajar la umah tok. hehe kuih raya pun bykkkkkkkkkk.. aku bawak 5jenis, mak lang, 2jenis, makcik, 5jeniss.. nyum2~~

btw, kat facebook dan tagged, aku guna nama bahulu gebu~ hehe ada yang tanya, gebu ke?? opsss. ada yang tanya , ada jual bahulu ke? nak beli. adess. itu nama saje la. bukannya jual bahulu betol2. hahah.. best kan nama tu?? selagi mood raya ada, selagi tu aku nak guna nama tu :))

esok mesti ramai tak on9, sebab busy buat ketupat,,,,keh3..

:P

I LOVE YOU CONTEST

salam

aku join i love you contest~ aku ada ramai org yang aku syg. hehe boleh la aku masuk..heee

contest dari missroxycute


banner contest!

segala syarat2nya anda boleh lihat di blog beliau. nak copy tak boleh, dia tak bagi :P so, check kat blog beliau okay?

ni gambar yang dipertaruhkan..hee

aku dan mama ku. :)
I love my mother as the trees love water and sunshine - she helps me grow, prosper, and reach great heights.

sapa2 nak join. sila klik.. SAYA SAYANG AWAK

done!!
byee..:)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER