Sunday, February 28, 2010

KENAPA MANUSIA SEMAKIN KEJAM EH?

salam~

aku ada sikit masa je utk menulis satu post kat blog aku pada hari ini. esok aku test applied material. pastu presentation applied material jugak. esok pon kelas full. adeh. aku demam ni. tadi dah g klinik kat taman kenari,  bawakkan. xde mc.. just surat pengesahan je. aku xtau la aku ni demam apa. hakhak. seyes aku xlarat sgt2. cam nak pengsan smua ada. makan ubat tadi rasa lega sikit dah.


baru2 ini kita dikejutkan dengan pembunuhan kanak2 umo 3tahun. aih~ baru 3tahun kenal dunia, sudah dibunuh, sangat kejam. sapa yang membunuh? tentulah manusia, tak kan kucing nak bunuh anak orang kot. kan kan kan. apa salah budak tu? kecik lagi. nak kata budak tu mencuri, tak pun. nak kata budak tu rogol orang, xmungkin. nak kata budak tu curang ke aniaya orang lain ke, kecik lagi. aku tau, semua rakyat malaysia sedih. aku perasan banyak status2 di facebook banyak yang berkisarkan tentang kes pembunuhan itu. semua jadi marah, sedih, terkilan.


pastu kes pembuangan bayi. sampai ada satu grup kat facebook yang bertajuk * saya benci pada orang yang membuang bayi*.. aku selalu tengok laman web oh tidak. kat situ banyak ditunjukkan gambar2 bayi dalam tong sampah, ditinggalkan, ada yang dibakar. sangat kejam. serius, kalau tak mau kan bayi itu, kenapa mesti buang? tak boleh ke diserahkan pada yang memerlukan? diluar sana, ramai yang xde rezeki untuk mempunyai cahaya mata tapi yang diberikan pula cahaya mata.. sanggup buang, bakar bayi itu. sedih. terkilan.


baru2 ini, hari jumaat yang lepas, aku keluar ke giant. dengan . sehari sebelum tu, kitorang ada konflik sikit. masa hari jumaat tu pun, ada jugak konflik sikit. hehe biarlah rahsia.. hehe, tak tau la kenapa minggu lepas tu, macam ada yang tak kena antara kami. hari tu, kitorang tengok cite niyang rapik. best. aku suka awal ngan kamal adli! haha. suka2. kusyuk je tengok. hehehe.. balik tu, kitorang g makan kat taman selasih. makan tomyam. hihi time makan pun, ada sikit selisih faham. adeh. masa tu tak tau nak cakap la kan. menangis hati ini. haha~

ok2.. pastu masa kul 8lebih, aku ajak  balik. aku penah kena warning ngan guard sebab dah 3x balik asrama lambat! haha.. so ari tu aku memang kena balik sebelum kul 9.. nak wat cm na.. ekekek. masa tu aku langsung dah tak pegang  dah, haha moody kan. dia pun wat xtau je kat depan..huhu. pas tu kitorang lalu kat depan giant,. traffic jammed pulak.


selalunya, setiap kali keluar naik moto dia, walau g mana2 pun aku mesti bawak handbag. yela, kalau pegang kan susah. aku ada 2hp, dompet, tisu. kunci bilik lagi.macam mana nak pegang,. tapi aku tak tau la kenapa ari tu malang bagi aku, malang tak berbau, time aku atas moto, ada orang naik moto jugak, sekelip mata je rentap handbag aku. tapi aku tak tau dari mana datangnya kekuatan tu, aku berjaya rentap balik. dan handbag tu aku dapat balik. masa tu aku tak tau dah nak cakap apa. meraung terus. menangis aku. sebab terkejut sangat2. yela, aku memang tak sangka langsung. serius,. fikiran aku masa tu melayang2. aku tgh fikirkan cam na la nak baik balik ngan . and patah balik . dah tak teruskan kat jalan tu. aku rasa takot sangat2. bayangkan, ada orang secara tiba2 rentap handbag yang memang aku galas kat lengan, kat ketiak. masa tu aku rasa moto  dah bergoyang2 tapi nasib baik dia berjaya kawal moto tu, kalau tak.. :(

kesilapan kitorang satu je, tak tengok num plat moto tu. ciss.. kalau dapat, memang kitorang nak buat repot polis. walau diorang tak dapat handbag aku, tapi aku nak diorang ditangkap, biar diorang tak ragut orang lain pulak. balik tu, mama terus call. dia cam tak sedap hati, dia dengar suara aku dah lain sangat. bila aku cerita je, dia cam nak nangis ja. isau sgt kat aku ni. dah la jauhh.. kalau jadi apa2 kan susah. balik je bilik, kak ika cam pelik je tengok aku cam baru lepas nangis, dia sempat pesan, fatin..jangan la nangis.. fatin gado ngan  ek.. xmo la nangis2.. hihi. pastu bila aku cite, baru dia tau. dia ingat aku gado ngan lagi tadi.

malam tu, aku tak boleh tido. langsung. asal aku pejam mata, aku nampak mamat dua orang tu. aku nampak sorang rentap handbag aku. pagi tu aku bangun je, tangan aku sakit. efek semalam kot. memang bodoh punya manusia. dalam handbag aku tu bukan ada duit beribu2 ringgit pun. ada berbelas2 ringgit je pun. kalau dapat pun, tak berbaloi. aku rasa hp diorang lagi canggih dari hp aku ni haa.. dan yang aku terkilan sangat, yang meragut tu, melayu,.kaum aku sendiri tuuu~ lainlah kalau bangsa asing. ni melayu. apa sangap sangat ke ngan duit sampai sanggup meragut.

aku harap diorang kena langgar dah dekat traffic light depan tu. mana tau kan. dah mati ke. kalau masih hidup agi, bagus la. tuhan simpan nyawa korang utk bertaubat, kalau korang mati time tu jugak, tak sempat bertaubat,. aih. apa punya manusia la. aku tak leh bayangkan kalau apa2 terjadi kat aku ngan . nasib baik dua2 tak jadi apa2. cuma aku trauma. soknya aku g pasific ngan faiq. dah tak bawak handbag. semua nya  pegang. letak dalam poket dia. and beg kamera dia. adeh. bukan apa, aku jadi takot sangat2, benda ni pertama kali berlaku kat aku, aku dah puas menangis dah. nak tido pun tak boleh.

kepada peragut2 di luar sana, mana la tau ada diantara korang yang baca blog aku ni ke, insaf2lah. xde faedahnya pun meragut ni ha,, kalau apa2 jadi kat orang tu, mati ke., tak ke naya. dah la meragut, nanti disabitkan atas kesalahan membunuh pulak. cuba kalau mak korang kena ragut pastu mati, apa korang rasa? aku tak tau la kalau korang kata besttt.. happyy..suka tengok mak mati,.. kan kan kan..

tadi keluar pun tak bawak handbag. aku tak tau bila trauma aku akan berakhir. waaaa~ mama, i need u!!!!

Friday, February 26, 2010

I just want to tell u..


Dear You,
I just want to tell you,
I love you with all my heart.

I wish for us to be together,

Never shall we be apart.

I just want to tell you,
You put the smile on my face.
I want to be by your side,
I don't want to be any other place.

I just want to tell you,
You mean so much to me.
I see you as nothing less than the world,
And that I want you to see.

I just want to tell you, I wouldn't be able to live without you. Without the comfort you give,
There's nothing I could do.


I just want to tell you, I thank you for being there.
You've always given me a shoulder to lean on,
And you always care.

I just want to tell you,
I think of you every moment of the day. And how much I love you,
Words could never even say.

I just want to tell you,
I love you with all my heart.

I wish for us to be together,
Never shall we be apart.



Thursday, February 18, 2010

SADELINE VATERIA!


salam.

sama seperti tahun lepas, tahun ini aku sekali lagi membuat topik berkenaan budak kecik ini. hehe

tido awal semalam. bangun lambat pagi ini.. hehe mungkin penat pasal semalam :P

ok, selamat hari jadi kepada sadeline vateria atau iceq. yang ke 21. yeay~ dia dah 21.. kitorang baru 20..ekekek semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki. semoga ceria2 selalu. jangan sedih2. selalu aku baca blog ko, mesti sedih. umo 21 tak nak sedih2 k... kawan2 ramai lagi di sisi ko. semoga tahun 2010 membawa banyak kebahagiaan utk ko.

rindu sangat nak jumpa ko. tapi tak de rezeki lagi. insyallah..kalau ada rezeki, kita pasti akan berjumpa lagi. walau bukan pada raya cina tahun ni. hehe.. jaga diri syg~ frenship 4ever k!


iceq. ni hadiah 2 in 1. kek dengan handbag. hakhak =p

happy bsday! =)

Tuesday, February 16, 2010

RINDU MAMA =(

salam.

wah..lama gila aku xtulis blog..wuu~ aku xde idea la. ditambah dengan bznya dengan assgment, quiz, test dan macam2 lagi la. adeh. kelam kabut jugak la.. hehehe

sekarang aku tengah cuti mid sem. cuti 9 hari. sekarang aku di kampung. kat pekan darat, sg dua, butterworth. yaaa. aku tak dapat balik ke kemaman. mula2 aku ingat nak jugak beli tiket senyap2 dan balik jugak ke sana. tapi tu la, kemaman xde bus stand. aku kena turun kat kuantan. ayah aku lak sibuk keja. raya cina pun dia keja. adeh. akhirnya aku buat keputusan aku balik ke kg tercintaku. hehe.

cuti tak kan indah tanpa assgment. haha kan? lainlah kalau tak belajar. conform la xde assgment., aku bykkk asgment,. baru siapkan sikit. haha. adeh. sini panas. xujan langsung. aku lak tertinggal sabun muka. so, jerawat2 mula merayap2 di pipiku. hehe...

akhirnya hari sabtu hari tu kitorang jumpa., g karaoke, makan, hehe. dan malam itu sangat indah bagiku. haha~ dia ada belikan ole2 utk ku dari sabah. 

esok..esok..esok.. haha aku tunggu saat esok.. err.. nanti lah aku cite ek. kah2.

menghabiskan cuti mid sem di kampung.. rindu kat mama.. waa~ ari2 mesti kena tepon mama. rindu sangat2. ntah bila la aku dapat jumpa dia. nak dekat 2bulan dah ni tak jumpa. waaaaaaa..

err.. ada orang tanya aku, sambut valentine tak? err. aku tak balas. bagi aku, ari2 adalah hari kasih sayang. bukan dengan kekasih sahaja, dengan ibu bapa dan keluarga pun boleh kan. ada orang yang semangat2 nasihat aku jgn sambut valentine sebab haram. ya. aku tahu. tapi dia buat benda lain yang haram tak ape lak kan? sama jugak. aku no komen la pasal ni. ari valentine aku dok kg je. haha.

sampai di sini saja. aku tak de idea dah nak tulis. tak tau kenapa aku jadi macam ni,. opss. lupa lak, dah setahun dah usia blog aku ni. haha happy anniversary ye blog. haha jaga diri semua. byee. salam.


--percayalah kawan2, cuti takkan indah tanpa assignment.!haha---

Thursday, February 4, 2010

SUARA RINDU~



entah kenapa
hati ini merasa kehilangan
akan sesosok keperibadian
yang begitu lembut
yang menemani dalam kesendirian
yang menghangatkan di kala hati membeku
hari-hari dalam kebersamaan
mungkinkah hanya tinggal kenangan belaka
canda tawa bersamamu
kini hanya penantian
tutur sapa dengan dirimu
kini hanyalah impian semata
jauh tatapan untuk bertemu
jauh kata untuk menyapa
walau jarak membentang menghalangi
namun hati menanti hadirnya dirimu.
i miss you when something really good happens, because you are the one i want to share it with. i miss you when something is troubling me because you are the one who understands me so well. i miss you when i laugh and cry because i know that you are the one that makes my laughter grow and my tears dissapear. i miss you all the time, but i miss you most when i lay awake at night and think of all the wonderful times we spent each other; for those were some of the best times of my life.

Monday, February 1, 2010

BILA LAGI??

salam~

assignment makin banyak. aku xtau nak buat yang mana satu. semua grup lain2. haha. ni la padahnya masuk banyak sangat kelas. so assgment pon lain2 grup. jenuh nak ingat orang2 nya. kadang2 jumpa kat kafe, kenal tapi tak tau dia kelas mana.. ahaks

hurm~ pasal ahmad faiq. apa lagi ek aku nak cakap. haa.. gado dan gado. yeah. kawan2 dia masuk campur sekali. fine. gudbye black bird. harap tak berjumpa lagi~ aku dah block fb dia dari fb aku. amin.. dah tak tengok dia langsung. aku sangat2 benci dia. um~

yaaa.. dah dua hari rumate2 aku masak. 1st kitorang masak tomyam kecuali aku. (saja je letak perkataan kitorang) kah2. fieyza yang masak. hehe sedap2. aku suka. aku tolong2 sikit je. aku kan tak pandai masak. hihi.. makan sampai kenyang. haha. sedapp.. dan malam ni kak ika dan nadya pulak masak megi. dengan sayur la semua la. bukan rendam2 ek. ni masak betol2. sedap!! jiran2 ku pun dapat gak merasa. sedapnyaa..

tetibe teringat kata2 kak ika time kitorang ngah makan tomyam.

kak ika : pas fiza masak, kak ika. pastu nadya. pastu fatin. boleh? akak xkira, fatin mesti masak sebelum abis sem ni..

~gulp~
akak. masak megi rendam air panas pun boleh kan? masak jugak :P

ARTIKEL RAKAN BLOGGER